Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, July 5, 2020

PROJEK TERNAKAN ITIK PENELUR & PEDAGING DI KAWASAN MADA

Projek Ternakan Itik Penelur & Pedaging Di Kawasan MADA
Pemeliharaan itik penelur (Khaki Cambell) mula diperkenalkan pada tahun 2002 bagi tujuan pengawalan pembiakan Siput Gondang Emas (Pomacea canaliculata) dan kawalan infestasi padi angin di kawasan Muda. Peladang-peladang yang terlibat dengan program ini diberi bantuan anak itik di antara 40-50 ekor seorang. Pihak MADA telah mengagihkan sebanyak 5,040 ekor anak itik kepada peladang-peladang PPK D-IV, Permatang Buloh dan PPK B-IV, Pengkalan Kundor pada musim 1/2002.
Anak itik dipelihara sehingga berumur 3-4 bulan sebelum dilepaskan ke sawah. Kebiasaannya pelepasan itik ke sawah adalah pada peringkat selepas menuai padi, permulaan putaran tanah atau sebelum menabur benih padi.
Program ternakan itik penelur (Khaki Campbell) secara komersial mula diperkenalkan kepada peladang-peladang MADA pada tahun 2003. Setiap peladang terlibat diberi bantuan anak itik diantara 250-1,000 ekor mengikut keluasan kawasan ternakan.
Pada bulan Mac tahun 2005 program itik pedaging jenis Peking telah diagihkan kepada 38 orang penternak memandangkan bekalan itik penelur tidak dapat dibekalkan dari Thailand oleh sebab wabak selsema burung.

No comments:

Post a Comment