Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Tuesday, July 7, 2020

SURI RUMAH RAIH RM2,500 SEBULAN HASIL JUAL TELUR ITIK

BERMULA hanya sekadar hobi membela itik pada waktu terluang, akhirnya menjadi satu perusahaan keluarga sehingga mampu memberi keuntungan RM2,000 hingga RM2,500 sebulan hasil penjualan telur itik.
Penternakan itik diusahakan keluarga Maznah Md Top, 45, pada mulanya hanya membabitkan kira-kira 50 ekor itik pada 2004 di reban yang dibina di pekarangan rumah di Kampung Pandan Satu, dekat Kuantan.
Namun, disebabkan bau kurang menyenangkan dan teguran jiran kerana persekitaran berbau busuk, memaksa keluarga terbabit mencari tapak sesuai membina reban ternakan lebih besar. Susulan itu, kerajaan negeri meluluskan kawasan lebih besar, kira-kira 500 meter dari rumahnya yang boleh menempatkan 500 ekor.
“Pada pertengahan 2006, kami mendapat kawasan sesuai kemudian mula membina kandang lebih besar bagi menambah jumlah ternakan itik. Itik yang diternak mampu menghasilkan 100 hingga 150 biji telur sehari, bergantung kepada keadaan cuaca dan jika hujan, telur dihasilkan berkurangan sedikit berikutan keadaan persekitaran yang sejuk.
“Telur itik kami dibeli pengusaha restoran sekitar Kuantan yang menjadi pelanggan tetap dengan harga jualan mengikut gred antara 50 sen sebiji atau RM15 bagi 30 biji,” kata Maznah ketika ditemui di ladang ternakan itiknya, di situ baru-baru ini.
Ikuti selanjutnya: https://harizamrry.com/2008/04/18/suri-rumah-raih-rm2500-sebulan-hasil-jual-telur-itik/

No comments:

Post a Comment