Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, January 8, 2012

Calendar Pelayaran Terengganu

Makluman kepada pelayar negeri terdapat beberapa pindaan kecil di dalam kalendar aktiviti pelayaran negeri pada tahun ini.
Termasuklah penambahan perancangan klinik windsurf bagi zon timur yang belum diputuskan. Klinik ini dicadangkan pada 16hb hingga 19hb Februari iaitu semasa kejohanan ASC. Masih menunggu maklumat terkini dari Ucop coach Pahang.
Juga memasukkan semula cuti sekolah untuk perayaan Chinese New Year dimana bermula 20hb Jan hingga 28hb Januari semasa International Clinic di Langkawi dan juga semasa Mini Kem.
Sila ambil maklum mungkin sebelah petang nanti dapat dilihat, buat masa ni ada masalah untuk melakukan upload kerana internet sangat slow..

Thursday, January 5, 2012

Selamat Menyambut Tahun baru 2012

Sail_@_Ganu mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.
Tahun baru seperti kebiasaannya semua orang dengan azam yang baru
Dengan tekad menukarkan sebarang kegagalan yang lalu kepada kejayaan
Begitu lah jua sailing di Terengganu kita bertekad untuk menjadi lebih gemilang setelah
agak cemerlang menutup tirai 2011
Walaupun kita bukan yang terbaik
Tetapi sekurang-kurang setiap pelayar telah melakukan yang terbaik
dan
kini kita bertekad menanam azam untuk
menjadi lebih baik dan mensasarkan
YANG TERBAIK
INSYAALLAH