Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Wednesday, October 17, 2012

Update Penyertaan: KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2012

Terkini update...Pasukan Thailand akan turut sertai menyertai kejohanan ini dengan menghantar 2 pelayar Optimist dan 2 orang pegawai.

Kepada kekawan jadual di atas adalah jumlah penyertaan terkini kejohanan
  1. Masih terdapat negeri-negeri yang belum settle berkaitan dengan bot mereka harap perkara ini akan dapat diatasi segera, tiada banyak yang dapat dibantu...
  2. Juga penyertaan ada yang masih belum menghantar borang Preliminary Entry Form, sila berbuat demikian untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan yang juga akan melibatkan kita semua pada hari kejohanan sebenar. Termasuk untuk memasukkan awal nama peserta dalam scoring system.
  3. Tulisan merah di jadual di atas hanyalah anggaran saya sahaja jadi saya berharap anda tolong pastikan dan sekiranya bertukar atau salah tolong maklumkan kepada saya
  4. Begitu juga saya berharap saiz pakaian peserta pasukan anda dapat disertakan awal bagi memudahkan kami menyediakan jumlah saiz yang cukup. Ini bagi mengelakkan terutamanya pelayar Optimist tidak mendapat T-Gaun kerana tiada saiz kecil terpaksa pakai saiz besar. Pakaian untuk semua peserta + 2 x pegawai sahaja.
  5. Saya juga mendapati tuan-tuan ramai yang masih belum membuat booking penginapan. Ada beberapa homestay berhampiran sudah di booking pada masa tersebut. Jadi sila berbuat demikian dan tolong updatekan kepada saya.
  6. Saya berharap tuan-puan dapat merancang pergerakan pasukan dan peralatan anda dengan baik dan selamat. Sila maklumkan kepada pihak kami berkaitan dengan pergerakan anda.
  7. Sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan kepada apa-apa akan dimaklumkan kepada tuan-tuan kemudiannya.
  8. Kami merancang untuk menyediakan sarapan pagi, makan tengahari - pack lunch dan minum petang. Sekiranya ada peserta tuan-tuan yang mempunyai alergi atau sesuatu kelainan dari yang biasa sila beritahu mungkin....kami boleh membantu.
  9. Sekiranya ada-ada cadangan kepada penambahbaikan sila hubungi kami kot-kot boleh disegerakan dan akan menambah menceriakan kejohanan nanti.
  10. Sekali lagi kontak yang boleh dihubungi adalah:
    1. Abdul Rani Idris: 012 5296850, Fax/Tel: 09 6662276, email: abdulraniidris@gmail.com
    2. Othman Bin Sidek: 013 9212376, email: 9w2oms@gmail.com
Sekian. Salam

AKTIVITI SAIL@GANU-OKTOBER MENUJU 3RD WEEK

Terengganu sailing pada bulan Oktober mingu-minggu kebelakangan ini berjalan seperti biasa. Program Pembangunan di bawah program tunas berjalan lancar dengan kedatangan pelayar-pelayar yang menggalakkan.
Malahan program semakin rancak dengan minggu pertama bulan Oktober pelayar dari Pulau Perhentian PLD Besut telah hadir menjalani latihan di Riyaz. Seramai 11 pelayar dengan 4 darinya perempuan telah berkampung selama 3 hari 2 malam di rumah coach untuk sesi kali ini.

2 pelayar dari Dungun juga telah hadir pada hari Sabtu untuk 2 sesi latihan. Agak malang sedikit bagi PLD Dungun dimana pantai kawasan latihan telah ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan. Perancangan PLD Dungun adalah untuk menjalani latihan di Riyaz buat sementara waktu.

Disamping itu latihan bagi atlet senior (SUKMA) negeri juga berjalan seperti biasa, masalahnya kedatangan atlet dari kelas-kelas Laser (Radial dan Standard) dan Int 420 kurang memberangsangkan kecuali bagi kelas Optimist berjalan dengan lancarnya. Mustaqiim yang menuntut di UMP, Angah persediaan STPM, Husna, Somad dan Kulim persediaan SPM menyebabkan kedatangan latihan suram. Kumat dan Fathuddin sekarang sudah berkerjaya begitu juga dengan Azri yang masih menunggu panggilan. Sementara itu Sail@Ganu mengucapkan selamat datang ke alam kejurulatihan buat Sollehudin yang sekarang menjadi salah satu tonggak kekuatan pasukan Sail@Ganu dalam melaksana dan merealisasi program Penyediaan Pasukan. Pasukan Perahu layar negeri Terengganu melalui mesyuarat JKKnya baru-baru ini teah bersetuju untuk memulakan elaun latihan bermula dari 26hb Ogos yang lalu jadi saya harap atlet-atlet dapat menjalani latihan seperti biasa disamping menyusun semula jadual kerja/sekolah dengan latihan.


Juga satu lagi berita baik untuk PLD-PLD dimana MSNT telah bermurah hati untuk meluluskan pembelian bot-bot latihan baru yang berkemungkinan besar pada tahun hadapan akan dilaksanakan

Terengganu sailing juga pada bulan ini sedang rancak dengan persiapan-persiapan bagi Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2012. Menuju ke minggu-minggu akhir persediaan menyebabkan jadual kerja menjadi sedikit sibuk. Bot-bot juga sedang diselenggarakan oleh Coach Solehuddin dengan dibantu oleh Coach Pok Lah bagi kegunaan pasukan dan kawan-kawan yang berhajat. Untuk makluman semua bot-bot telah hampir habis untuk persediaan kejohanan. Jumlah kedudukan bot akan saya postingkan pada post berikutnya sambil akan mengupdate table checklist penyertaan.

Sail@Ganu tidak terlewat rasanya mengucapkan selamat bertunang kepada coach Pok Lah dan pasangannya Nurul juga pada minggu pertama bulan Oktober. Bila rancnagnya nak dilangsungkan...Buatlah time Monsoon Cup meriah sikit..Buat plan ngan T-BEST adakan acara semasa salah satu slot Monsoon Cup baru nampak canggih passs tu masuklah dalam buku Malaysia Book of Record. Orang Malaysia suka buat rekod-rekod ni apa lagi...cari idea..MALAYSIA BOLEH..

Tuesday, October 2, 2012

Update kepada Update Terengganu Monsoon Regatta

Untuk makluman tuan-tuan kejohanan Terengganu Monsoon tinggal kira-kira 1 bulan sahaja lagi.
Jadi untuk itu ingin diingat yang tarikh tutup untuk tuan-tuan menghantar borang penyertaan awal adalah pada 08hb Oktober ni..mohon untuk tuan-tuan berbuat demikian bagi memudahkan kerja-kerja pentadbiran bagi pihak kami. Juga untuk mengingatkan tuan-tuan agar bersegera membuat tempahan penginapan seperti yang terdapat di NOR yang telah diedarkan.

Sedikit pembetulan untuk nombor talian fax adalah seperti berikut: 09 666 2276 dan bukannya 09 966 2276. Maat atas kesilapan typing tersebut.

Update Buat masa sekarang seperti yang tertera di figure di atas jumlah penyertaan yang saya perolehi secara tak resmi (kecuali MYA sudah menghantar borang penyertaan) melalui perjumpaan dan komunikasi melalui talipon adalah seperti berikut:
  1. Optimist kira-kira 80 penyertaan
  2. Laser 4.7: 11 peyertaan
  3. Laser Radial: 6 penyertaan
  4. Laser Standard: 5 penyertaan (waiting for confirmation Romzi dan Qaedi)
  5. International 420: 08 penyertaan
  6. Windsurfing:08 penyertaan
  7. JUMLAH: 118 PENYERTAAN dengan 126 orang peserta
Sekali lagi saya memohon untuk tuan-tuan memberikan maklumbalas resmi melalui borang penyertaan dan fakskan kepada saya seperti nombor di atas.

Kejohanan pada kali ini dijangkakan akan menyaksikan persaingan antara pasukan-pasukan berikut bagi merebut piala pusingan sebagai pasukan terbaik dan juga ganjaran wang tunai yang ditawarkan:
  1. MYA dengan penyertaan yang agak tinggi 14 penyertaan pada kali ini dan semuanya pelayar-pelayar terbaik negara cam no nih mampukah pasukan lain memberi saingan?
  2. Kedah sebagai pasukan juara bertahan pada kali ini dengan penyertaan 13 pelayar sahaja kena tambah ni Kedah nak saing ngan MYA.
  3. Selangor juga dijangka akan memberikan saingan dengan 10 penyertaan. Kena tambah lagi ni Selangor dengan sedikit percaturan kelas acara pelayar.
  4. Terengganu juga dijangka mampu menggugat tetapi dengan barisan kebanyakan pelayar-pelayar baru ada sedikit susah.
Tak lupa satu kategori hadiah baru ditambah pada tahun ini iaitu PELAYAR TERBAIK KEJOHANAN TERENGGANU MONSOON akan turut dipertandingkan dengan trophy dan hadiah wang tunai dipertaruhkan.

LEKAS-LEKAS...MARI-MARI..JANGAN TERLAMBAT MASA MASIH ADA MASA  UNTUK ANDA MENYERTAI KEJOHANAN INI; BERSAING UNTUK MENJADI YANG TERBAIK DAN DALAM MASA YANG SAMA MENGUNGGULI GANJARAN YANG DIJANGKAKAN MENAWARKAN HADIAH WANG TUNAI TERBESAR KEPADA PELAYAR DALAM NEGARA PADA TAHUN INI BAGI KEJOHANAN TEMPATAN.

KFC-FELDA JOHOR OPEN REGATTA 2012

Kejohanan telah pun berakhir

Komen keseluruhan kejohanan pada kali ini agak kurang menarik dengan keadaan angin yang sangat perlahan terutama pada hari kedua pertandingan dengan 4 perlumbaan dijalankan.  Perlumbaan pada hari kedua dengan angin yang perlahan tidak menentu kekuatan dan arah angin ditambah dengan keadaan arus yang kuat terutama pada 2 perlumbaan terakhir agak merencatkan kemeriahan pertandingan Pada hari terakhir berbaki 2 pertandingan angin agak baik itupun pada perlumbaan kedua (terakhir). Angin begitu baik sekali selepas perlumbaan yang terpaksa ditamat awal bagi persediaan acara penutup yang akan dirasmikan oleh pemangku sultan Johor.

Kesilapan utama kepada pelayar Terengganu yang berpeluang untuk memenangi tempat yang lebih baik terutamanya Ali yang sepatutnya sekurang-kurangnya berada tempat ke-4 adalah OCS/BFD. 2 races Ali telah OCS/BFD pada perlumbaan yang ia tamat pada kedudukan ke-2 dan ke-3. Begitu juga dengan Asri kalau ia tak OCS pada 2 perlumbaan ia akan menjadi juara; ini terpaksa berpuashati pada tempat ke-3, Asri perlu lebih berhati-hati pada masa hadapan memandangkan ia juga terlibat dengan protest dan DSQ pada perlumbaan yang juga ia OCS, apalah dia orang ni x check betul-betul - OCS lepas tu DSQ habiskan masa aje; tetapi sekurang-kurangnya Asri kelihatan agak yakin semasa dalam bilik protes dan semakin matang..... bagusss.

Mendapati, OCS yang banyak (terutama dengan BFD) bukan sahaja pelayar Terengganu adalah disebabkan mereka ini ditolak oleh sotong-sotong (pelaayr baru) yang sepatutnya mungkin boleh bertanding dalam litar yang asing yang tidak menggangggu kelancaran perlumbaan dan merencatkan perlumbaan pelayar-pelayar senior yang juga mempengaruhi kepada pelangggaran RRS yang nyata yang xleh nak diprotes pun.

Tahniah buat Izzuddin buat pertama kali berada pada top 10 kejohanan ranking kebangsaan. Juga kepada Latif dan Asmawi yang mula nampak semula sentuhan mereka setelah agak tenggelam pada kejohanan SUKMA lepas. Tahniah kepada pelayar-pelayar baru yang buat pertama kalinya beraksi di luar (Umar, Safares dan Hakimi)
  1. terutamanya buat Umar walaupun buat pertama kali tetapi dengan keputusan ke-31 adalah atas dari separuh fleet dan melepasi sasaran coach
  2. Buat Safares walaupun agak terlewat pada 2 perlumbaan terakhir baru nampak apa yang sepatutnya ditunjukkan pada 2 hari terawal
  3. Buat Hakimi perlu lebih banyak berusaha dan lebih fokus; jangan banyak sangat main-main dan kena lebih serius.
Fatin juga kena bekerja keras, kejohanan ini adalah kejohanan kedua buatnya dan dari segi keputusan telah kalah kepada Umar dan kebanyakan keputusan juga berada lebih dari separuh fleet adalah kurang memberangsangkan. Jadi latihan dan kerja keras perlu untuk latihan-latihan pada masa hadapan.

Keputusan melibatkan pasukan Terengganu:

NAMA
OPTIMIST OVERALL
OPTIMIST DIVISION ‘B’
GIRLS
MUHAMMAD IZZUDDIN BIN ABDUL RANI
10TH
4TH
-
ABDUL LATIF BIN MANSOR
15TH
8TH
-
ASMAWI BIN AZMAN
18TH
9TH
-
ALI IMRAN BIN OTHMAN
21ST
12TH
-
UMAR AL-FAROUK BIN MOHD ZAWAWI
31ST
14TH
-
NUUR FATIN SOLEHAH BTE ABDUL RAHMAN
36TH
17TH
7TH
ALIF SAFARES BIN AZMI
67TH
27TH
-
IKRAMI HAKIMIN BIN MARHAM
71ST
29TH
-
JUMLAH PESERTA
78
30
18
NAMA
LASER 4.7


ASRI BIN AZMAN
3RD

-
JUMLAH PESERTA
4



KEPUTUSAN PENUH BOLEH DI DAPATI DARI WEBSITE KEDAHSAIL: https://sites.google.com/site/kedahsail/home/johor