Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Thursday, November 29, 2012

Kembali...Team MSNT ke Monsoon Cup MMRC??

Selamat bertemu kembali....

Agak lama Sail @ Ganu menyepi di alam siber dengan last posting berkenaan persediaan KFC-Monsoon Regatta.
  1. KFC-Monsoon Regatta berakhir dengan kejayaan penyertaan yang memuaskan berganda dari penyertaan lepas. Strategi yang dijalankan untuk menarik penyertaan yang dilakukan telah berjaya menampakkan hasil walaupun lewat NOR dikeluarkan. Sayang sekali kejohanan ini dicacatkan dengan persediaan tempat tidak memuaskan terutamanya melibatkan:
    1. Kemudahan asas seperti tandas
    2. Begitu juga dengan kemudahan asas air
    3. Makanan yang disediakan juga menjadi isu perbualan 
    4. Bagaimana pun ianya sedikit sebanyak di redakan dan ditutup dengan hadiah yang ditawarkan dapat memuaskan hati bagi yang memenangi hadiah tetapi bagaimana dengan yang tidak menang mungkin meninggalkan kejohanan ini dengan tanggapan buruk. Post mortem harus disegerakan untuk melihat permasalhan yang timbul dan gerak kerja yang harus diambil bagi menganjurkan kejohanan pada masa hadapan. Sehingga ke perlis masih adalagi kedengaran komen-komen dari Terengganu di bawa angin timur cuma nasib baik angin timur belum cukup kuat.
  2. 3 x atlet sebaik tamat kejohanan telah ke langkawi untuk latihan pusat dan kem pemilihan  sebagai atlet kebangsaan:
    1. Azri Bin Suhaimi: bagi kelas Laser Standard
    2. Asri Bin Azman: bagi kelas Laser 4.7 (tetapi telah bertanding untuk kelas Byte CII)
    3. Ahmad Danish Bin Abdul Hadi: bagi kelas windsurf Bic Techno
    4. Dimaklumkan kesemua mereka telah menunjukkan prestasi yang agak memuaskan dengan kesemua mereka berada pada top 3 bagi setiap kelas semasa pertandingan pemilihan diadakan.
  3. Sebaik tamat kem pemilihan mereka telah turut mengambil bahagian di kejohanan KFC- Perlis Regatta 2012 bersama dengan Izzuddin untuk kelas Optimist:
    1. Azri telah berjaya mendapat tempat ke-2 di belakang Nizam untuk kelas Laser Standard yang terpaksa digabungkan dengan Laser Radial kerana x cukup penyertaan bot bagi kedua kelas tersebut.
    2. Asri hanya mendapat tempat ke-4 setelah mengalami maslah dengan bot penuh air pada hari ke-2 dan sekali lagi pada hari terakhir beraksi baik tetapi OCS pada pertandingan terakhir menyevabkan hilang untuk tempat ke-3
    3. Ahmad Danish menunjukkan kecemerlangan untuk angi perlahan dan tidak mennetu apabial berjaya mengatasi pemenang pingat Perak SUKMA 2012 (Husaini) tetapi sayang sekali telah DSQ pada pertadningan terakhir kerana kelemahan pengetahuan rule apabila hanya buat 1 x pusingan penalty sahaja untuk kesalahan Part 2 meneybabkan ia terpaksa berpuashati di tempat ke-3. Apa-apa pun tahniah kepada Danish berjaya memenangi pingat hanya pada pertandingan ke-2 beliau selepas KFC-Monsoon baru-baru ini.
    4. Izzudin hanya mampu berada pada kedudukan ke-15 adalah sesuatu yang tidak begitu memberangsangkan iaitu masih lagi tidak boleh lari dari 1/2 fleet.
    5. Apa-apa pun jumlah penyertaan sedikit kurang memberangsangkan dimana banyak state tak hadir mungkin atas sebab juga NOR keluar lewat hanya awal 3-4 hari sebelum NOR KFC Monsoon. Termasuk penyertaan dari pasukan Terengganu sendiri sedangkan asalnya dah ada dalam pelan periodisasi tetapi tersilap teknik tidak diluluskan oleh MSNT dan TESA telah menanggung semua perbelanjaan pasukan Terengganu untuk kejohanan ini.
  4. Ahmad Danish akan kembali menjalani latihan di Langkawi mulai hari Sabtu (01hb Dec) ini sehinggalah ke Kejohanan Kebangsaan KFC/MYA/Milo (18hb Dec) untuk memantapkan lagi skil pengendalian beliau. Tahniah dan terimakasih atas komitmen keluarga beliau untuk bersetuju untuk membenarkan dan seterusnya menghantar Ahmad Danish ke Langkawi dan ini adalah petanda positif terhadap sumbangan dan pengorbanan penjaga/ibu-bapa terhadap program pembangunan sukan perahu layar. Semoga pada masa hadapan lebih banyak kita dapat lakukan dengan penglibatan yang lebih dari pihak parent/penjaga.
  5. Terkini adalah penyertaan pasukan Terengganu di dalam Kejohanan MMRC final stage seperti dikenyataan Pok lah di bawah:
 

Cumanya penyertaan team ini harus diperhalusi lagi kalau mengikut apa yang dikatakan oleh coach Pok Lah kerana halatuju untuk penyertaan ini tidak pernah diperbincangkan sebelum ini...aleh-aleh masuk bertanding....Bagus memang bagus tetapi kena lihat kepada halatuju dahulu dan perkembangan peruntukan program pembangunan sekarang....kalau benar MSNT akan tanggung baiklah tetapi kalau kena keluar dari kantong yang sama untuk program pembangunan keseluruhan perahu layar rasanya kena diperhalusi lagi...Siapa bayar entrance fee dan semua perbelanjaan... yang akan terlibat... bagaimana dengan program latihan rasanya kenalah dibuat dulu jangan just nak masuk bertanding dan sasaran kita pada tahun hadapan. Sebagai bekas anak didik Ian William tentu Pok Lah tahu apa dan untuk apa setiap cadangan program dan kita perhalusi akan kewajarannya.