Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Thursday, December 29, 2011

Kejohanan Kebangsaan 2011; pasukan Terengganu Nelang

Siaran Terlewat

Kejohanan kebangsaan KFC-Milo-MYA/NSC menutup tirainya pada 23hb Dec. Walaupun tidak mengungguli kebanyakkan kelas yang dipertandingkan pasukan Terengganu berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan dan mula menjadi perhatian pasukan-pasukan lain. Tahniah kepada anak-anak Terengganu atas kemenangan yang dicapai anda
Kepada yang tidak berjaya teruskan usaha untuk tahun 2012.



Tempt ke-3 Acara maraton Int 420 Lelaki

Tempat Ke-2 Int 420 lelaki Maraton

Tempat ke-2 acara Maraton Int 420 Perempuan. champion tak belayar pun camno

Tempat ke-2 acara Laser 4.7 Maraton

Tempat Ke-3 bagi acara Laser Standard


Tempat Ke-3 bagi Kategori Laser 4.7 Lelaki

Juara bagi Kategori Int 420 Lelaki

Champions bagi Kategori International 420 Perempuan, kejutan terbesar kejohanan dengan Amy kurang 1 bulan latihan di air menjuarai acara ini.

Cuba Cari di mana Kumat

Para Pemenang bergambar dengan medal dan hamper masing-masing

Thursday, December 15, 2011

Gambar-gambar latihan

Beberapa gambar latihan



Negaraku berkumandang di PLPLK tepat 0730am....
 Untuk berjaya kita mestilah  Aim Highhhhh
 Pemandangan dari Bukit menghala Bella Vista.
 Apasal kena tinggal dengan coach ni atlet.....ingat sape potong coach pumping 50.

Aksi mission impossible....sailing at night



 Somad dengan windsurfnya...biarkan...biarkan..

 

Latihan di Langkawi Berakhir

Hari ini merupakan hari terakhir pasukan perahu layar Terengganu menjalani latihan di Pulau Langkawi bagi persiapan menghadapi kejohanan kebangsaan akan berlangsung di Timah Tasoh. Pasukan akan bergerak seawal pagi esok untuk ke Timah Tasoh bagi persediaan akhir menghadapi Kejohanan Kebangsaan yang akan berlangsung pada 19hb ini.
Sedikit rentetan aktiviti pasukan sambungan dari yang lepas:
  1. Ahad 11hb; Rest day aktiviti atlet di Telaga Tujuh....relaxing. Kumat juga telah melapor pada hari ini... joint sekaki.
  2. Isnin 12hb; Latihan dijalankan dengan keadaan angin yang baik di luar channel. Bermula dengan angin 11-12kts meningkat 12-14kts kemudiannya dan gust ada yang mencecah 15kts. Berlaku kerosakan pada layar pasukan negeri yang dah usang. Somad mengalami kerosakan pada puncak layarnya, manakala Solehudin mengalami kerosakan pada spinnaker yang agak teruk. Mainsail Husna juga mengalami koyak pada bahagian clew. Optimist menjalani latihan seperti biasa berhadapan dengan kompleks PLPLK. Latihan sesi petang gym kepada pelayar dinghy.  Pada sebelah malamnya diadakan night sailing untuk semua untuk latihan kepada feeling dan sense. Beberapa pelayar Kedah ikut turut serta termasuk Faizal yang berpasangan dengan Hafizzudin
  3. Selasa 13hb; Latihan dipecah kepada 2 kumpulan dengan dinghy turun menjalani latihan pada sesi pagi (masalah bot jurulatih hanya tinggal 1) dan Optimist pada sebelah petang. Kumpulan yang tidak menjalani latihan di air mengadakan teori. Latihan bagi pelayar dinghy hanya diadakan di hadapan kompleks PLPLK memandangkan keadaan angin yang agak perlahan dengan Anas berpasangan dengan Solehudin. Penggiliran latihan bagi kelas Int 420 telah dilakukan memandang penambahan Kumat yang joint pasukan dan Anas turut serta. Manakala Somad pula menjalani latihan dengan Bic Techno. Teori malam juga diadakan dengan melihat semula video sailing 420.
  4. Rabu 14hb; Optimist pula menjalani latihan pada sesi pagi dengan kelas dinghy melakukan senggaraan pada bot yang mengalami beberapa kerosakan dengan tali yang hampir putus pada traveller Laser, jib sheet 420 juga mengalami kerosakan yang sama. Pagi ini juga baru berpeluang untuk menghantar layar yang koyak pada latihan 2 hari lepas untuk pembaikan...Hangus juga RM 250.00. Dinghy menjalani latihan pada sesi petang dengan hanya mengadakan short training (prestasi yang agak teruk pada hari ini memandangkan beberapa atlet mengalami batuk dan demam - Muslim dan Mustaqiim). Kumat dan Sollehudin juga beraksi kurang menarik. Mengadakan 3 x race bersama denan pelayar Kedah.
  5. Khamis 15hb; Hari ini hanya mengadakan latihan singkat dengan mengadakan pertandingan RM10 kepada champion. 4 races telah berjaya diadakan oleh kelas Optimist manakala dinghy 3 races. Tahniah kepada pemenang..semuanya dimenangi oleh pelayar Terengganu. Optimist dimonopoli oleh Asri manakala dinghy oleh pasangan Kumat dan Fathuddin. Solehudin dan Anas tidak turun menyiapkan bot untuk pertandingan kebangsaan. Pelayar melakukan unrig dan penyerahan peralatan selepas pertandingan. Aktiviti bebas selepas tuuu..........shopping sakan...beli coklat...
 Beberapa gambar menarik pada next posting..

Wednesday, December 14, 2011

Latihan di Langkawi

Beberapa gambar di bawah menceritakan latihan pasukan perahu layar Terengganu di pulau lagenda Pulau Langkawi:
 Beratur pagi adalah rutin harian kecuali pada hari cuti. Cuba teka siapa di belakang Husna...?
 Bersedia dengan training log masing-masing untuk latihan fizikal.
 Maintain aje sekarang ni games dah dekat kurang 10 hari lagi bro....
 Laser 4.7 (Kulim-19 dan Somad - 192368) tengah speed test. Kak Juna layar Somad dah koyak tolonnnnn..
Dinghies sedang serius running....running balik tu dari latihan jauh kek luar ada wave baik punya.
 Optimist pun serius running dah nak sunset dah....
Posing cantik coach Ain mendera Izzuddin di hari cuti...rest sambil training tau...tak... acah aje!
Master Dragon Lim dalam final phase pertapaan...or doing yoga?..... tak tengah buat muscle relaxation...cold bathing.

Aktiviti extrimist (not extreme) di Telaga Tujuh


Next beberapa picture lagi menyusul......

Sunday, December 11, 2011

Latihan Pusat di Langkawi

Salam dari Langkawi

Pasukan Pelayaran Terengganu selamat menjalani latihan di Kompleks Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi (PLPLK)
Masuk hari ini bermakna telah masuk hari ke-empat kami menjalani latihan dan hari ini atlet telah diberi rehat setelah semalam menjalani latihan dalam keadaan angin bertiup baik 12-14kts dengan 2 sesi; satu sesi di luar Kuah dan satu di dalam channel Kuah berhadapan dengan PLPLK. Renteten pergerakan secara ringkasnya:
  1. Pergerakan ke utara semenanjung bermula seawal pagi Selasa 06hb seperti biasa dengan bas MSNT, secara berkonvoi dengan lori yang membawa bot dan juga kereta coach Rani. 
  2. Perancangan untuk segera sampai dan terus menurunkan bot di Timah Tasoh, Perlis tergendala apabila lori telah tersalah jalan selepas memasuki tol Plus Gurun telah memilih laluan ke selatan dan terpaksa berpatah balik melalui exit Sg Petani Utara. Juga masa yang diambil untuk menurunkan bot juga hampir 1 jam lebih.
  3. Terpaksa bermalam di Beseri (Timah Tasoh). Mula-mula pergi ke homestay penginapan yang akan diduduki semasa kejohanan kebangsaan nanti, tetapi memandangkan yang rumah tersebut hanya mempunyai 2 bilik sedangkan strength lelaki agak ramai iaitu kira-kira 15 orang maka pasukan berpindah menginap dirumah lama semasa Kejohanan Perlis Open dahulu. Makan malam di Restoren Tok Mek; Somad sampai kesudah tak dapat sup yang di ordernya.
  4. Seawal pagi Rabu 07hb, bertolak ke jeti Kuala Perlis singgah sebentar di Restoren Kak Bariah pekena sarapan pagi. Que yang panjang utk beli tiket kehangatan LIMA punya cerita. Nasib baik coach Sahril dari Selangor dah beratur awal pagi lagi terus tumpang dia untuk beli tiket. Jam 1000am belayar (tanpa layar) ke Langkawi.
  5. Menginap di Motel Awanza kurang 1km dari PLPLK. Penginapan hanya sehingga 10hb sahaja dan kemudian akan berpindah ke kompleks PLPLK. Selepas makan tengahari mendapatkan bot, bot rig dan preparation. Atlet turun ke air latihan penyesuaian dengan keadaan dan bot. Angin perlahan 5-10kts semasa puff. Seperti bias angin TL Langkawi sentiasa tidak steady dan seperti biasa juga Int 420 mengambil sedikit masa tambahan untuk menyediakan bot.
  6. Khamis 08hb, latihan seperti biasa bermula dengan latihan fizikal. Pelayar turun ke air hampir jam 1100 pagi menuju ke luar Kuah. Sayangnya angin hanyalah perlahan tetapi masih lagi berombak kecil. Cuaca agak panas berbanding dengan latihan di Kuala Terengganu. Latihan diadakan 2 sesi. Sesi petang hanya dilakukan di hadapan PLPLK. Lewat petang angin bertukar dari TL ke BD dengan choppy kira-kira 8-10kts.
  7. Jumaat 09hb, Latihan sesi pagi diadakan di hadapan PLPLK dengan bot speed race downwind dan upwind good wind 8-10kts. Latihan sesi petang juga diadakan di kawasan sama dengan bentuk latihan pun sama. Angin agak baik sama macam pagi. Keadaan atlet semuanya baik kecuali Ali mengalami demam dan tak menjalani latihan pada hari ini.
  8. Sabtu 10hb, Latihan pada hari ini agak mencabar dengan angin bertiup baik mulai awal pagi. Pelayar turun ke laut sekitar jam 1000am dan terus bermain di luar Kuah. Angin sekitar 11-13kts dan gust ada yang 14kts. Keadaan laut berombak dengan chopp dan swell berselang-seli. Sesi petang dijalankan di channel Kuah menuju ke jeti Polis Marin/Maritim Malaysia. Angin baik pada awal pagi tetapi menjadi perlahan pada penghujung latihan.
Untuk semua sesi latihan di atas hanya melibatkan atlet Laser dan 420's sahaja. Atlet Optimist menjalani latihan hanya di hadapan PLPLK bersama dengan atlet kebangsaan pelapis dan atlet negeri Kedah dengan strength yang agak baik kadang-kadang mencecah 15-20 bot. Kebetulan 3 atlet yang akan beraksi di Kejohanan Optimist Dunia juga menjalani latihan di sini di bawah coach sahril Selangor..
Akhir kalam selamat menyambut hari lahir kepasa Somad (semalam dan telah selamat bermandi tepung dan telur) dan juga kepada coach Pok Lah......jangan lari heh.....hehe mana mau lari....Somad doh mencari nak balas dendam dihati...semalam dia kena.....hari ni.....

Monday, December 5, 2011

Pengambaraan ke Negeri barat atas angin

Tiada banyak aktiviti-aktiviti pelayaran yang mengujakan pada minggu ini. keputusan testing bagi atlet negeri baru berakhir, sedikit kelesuan...selepas rehat 2 hari meneruskan latihan seperti biasa.

Aktiviti lebih kepada persiapan untuk ke membawa bot ke Timah Tasoh Perlis dan latihan di Langkawi Kedah bersama pasukan kebangsaan dan Kedah. Terimakasih kepada kesudian KSA membantu pasukan anak terengganu menjalani latihan bersama di pulau Lagenda. Terimakasih juga kepada Persatuan Perahu Layar Perlis memberikan kerjasama dan kkeizinan untuk meletakkan bot di venue lebih awal.

Petang tadi bot-bot telah selamat dinaikkan bermakna bermula pengambaraan anak Terengganu ke negeri atas angin bagi persediaan latihan dan Kejohanan Kebangsaan.

Friday, December 2, 2011

BERITA MONSOON MELABUHKAN TIRAI



Kejohanan Monsoon Cup Match Racing Championship telah pun berakhir dengan kejohanan ini sebagai penutup World Match Racing Tour (WMRT 2011) bermakna kejohanan ini menjadi satu kejohanan yang sangat penting dan menarik kerana ia juga selain menentu siapakah juara monsoon juga menentukan siapa yang memenangi WMRT 2011 kerana perbezaan mata antara peserta amatlah hampir.

Berakhir pusingan separuh akhir Piala Monsoon telah dapat diketahui siapakah pemenangnya dengan Ian Williams dari Team GAC Pindar (team coach Pok Lah kita berlatih bersama 1 minggu sebelum Piala Monsoon) telah berjaya memenangi piala berprestij WMRT 2011 apabila saingan terdekat (Francesco Bruni-France) gagal memasuki pusingan separuh akhir.

Ian Williams juga turut seterusnya menungguli Piala Monsoon apabila mengalahkan Johnie Berntsson pada pusingan akhir. Keputusan Piala Monsoon adalah seperti berikut.
 
SKIPPERS STANDINGS
IAN WILLIAMS
TEAM GAC PINDAR
1
JOHNIE BERNTSSON
BERNTSSON SAILING TEAM
2
JESPER RADICH
ADRIAN LEE & PARTNERS
3
PETER GILMOUR
YANMAR RACING
4
WILLIAM TILLER
FULL METAL JACKET RACING
5
PHIL ROBERTSON
WAKA RACING TEAM
6
BJöRN HANSEN
MEKONOMEN SAILING
7
FRANCESCO BRUNI
BRUNI RACING
8
TORVAR MIRSKY
THE WAVE MUSCAT
9
MATHIEU RICHARD
FRENCH M. R. TEAM
10
DAMIEN IEHL
FRENCH M. R. TEAM
11
JEREMY KOO
ABDULLAH CHAN / KRT
12

Kejohanan Piala Monsoon pada kali ini menepati namanya sebagai Monsoon Cup apabila peserta-peserta terpaksa mengharungi sepanjang kejohanan dengan keadaan angin yang agak kuat bersama dengan angin hujan diselangi dengan puff dan lull yang agak ketara.

Bersama dengan kejohanan Piala Monsoon ini juga Persatuan Terengganu Sailing Association (TESA) telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) untuk mengadakan beberapa aktiviti -aktiviti sampingan bermula dengan:
  1. Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2011 seperti mana diterangkan dalam posting terakhir. Posting lepas menceritakan kejayaan kejohanan ini yang berjalan dengan baik dan menarik.
  2. Bersama-sama membantu MYA membuka satu kaunter  kiosk menerangkan berkenaan aktiviti MYA. Kaunter telah dibuka berhampiran dengan pintu keluar ke jeti marina merupakan lokasi yang agak strategik cuma kurang persediaan oleh pihak MYA mengurangkan seri di kaunter ini.
  3. Menganjurkan kejohanan match racing bagi kelas International 420 dan Laser bersebelahan dengan gelanggang Piala Monsoon yang diadakan dihadapan Pasar Payang dan juga Pulau Warisan. Kejohanan ini telah menarik tumpuan pelawat terutama yang memenuhi Pasar Payang dan Pulau Warisan. Yang kurang menariknya kerana dimaklumkan lewat oleh persatuan menyebabkan negeri-negeri tidak dapat menghantar peserta dan oleh itu peserta-peserta Terengganu mengungguli kejohanan ini.
  4. Selain itu MYA juga telah menguruskan kepada persatuan-persatuan negeri menghantar kira-kira 30 pelayar-ahli ke venue Piala Monsoon Riyaz Heritage bagi memeriahan acara ini pada 26 dan 27hb November
Berakhirnya Monsoon Cup bermakna berita Monsoon juga melabuh tirai. Tidak bermakna aktiviti pelayaran anak-anak Ganu juga menurunkan layar....aktiviti latihan tetap diteruskan malahan pasukan perahu layar Terengganu di bawah kendalian TESA dan MSNT akan mengadakan program latihan tindik bersama dengan atlet kebangsaan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan P.Langkawi pada 06hb hingga 16hb Disember dan seterusnya akan mengambil bahagian di kejohanan Penutup tirai 2011 di Kejohanan Kebangsaan di Timah tasoh Perlis mulai 19hb hingga 23hb Disember.

Monday, November 21, 2011

KFC-TERENGGANU MONSOON REGATTA 2011-Sekalung Tahniah dan Terima Kasih 2

Gambar-gambar orang kuat KFC Terengganu Monsoon Regatta 2011:
         

 
 
 Orang-orang kuat Kejohanan...tanpa anda x suksesslah kejohanan..ribuan terima kasih

Upacara Penutup dan Penyampaian Hadiah

Ketibaan Exco Pelancongan negeri Terengganu Dato' Abdul Rahin 



 
kenamaan upacara penutup dan penyampaian hadiah


  
 Ucapan dari Timbalan Presiden MYA Dato' Wan Hisham dan juga Exco pelancongan Negeri Terengganu Dato' Abdul Rahin
 Para Pemenang Bergambar bersama pingat kemenangan dan trophy


 Penaja Utama KFC, Petronas belum lagi tahun depan mungkin....?

AKHIR KALAM SEKALI RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG MENJAYAKAN KFC-TERENGGANU MONSOON REGATTA 2011 JUMPA LAGI DITAHUN 2012 KEJOHANAN TERENGGANU MONSOON REGATTA