Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Saturday, September 29, 2012

Kembara Felda Johor 2

Salam
Hari ini telah masuk hari kedua kejohanan pada kejohanan KFC-Felda Johor Open Regatta 2012. Kembara pasukan Terengganu agak menarik juga dengan beberapa perkara-perkara yang agak mencabar bagi mereka;
  1. Khamis27hb September: 
  • Bermula dengan terpaksa menukar lori dari lori sedia ada atas sebab-sebab teknikal pengurusan yang tak dapat dielakkan menyebabkan perancangan untuk bergerak pada awal pagi Khamis tidak berjalan lancar.
  • Jam 1130am lori yang telah diload lewat petang semalam sampai ke Riyaz dan bot diturunkan oleh atlet dan menunggu untuk lori baru
  • Jam 1230tghari lori baru sampai dan naikkan bot, kesian atlet-atlet kecik.... tetapi terpaksa tunjuk garang ckit baru kerja jalan.....Tapi taklah teruk sangat abang lori ada.
  • Jam 1330 selesai dan atlet sembahyang dahulu sebelum memulakan perjalanan
  • Perjalanan panjang ke Johor bermula sudah dengan 2 kenderaan; 1 x van Majlis Daerah Kemaman dan terpaksa coach korbankan kereta Avanza yang mempunyai masalah aircond. Singgah di Dungun mengambil En Rusdi dan berhenti makan tengahari di Dungun depan Hospital...(apalah kereta-kereta kat Dungun ni...ambulan sikitnya kuat melalak nak keluar dari hospital buat bodoh aje....bukan orang Dungun tu, orang luar...sure punya).
  • Sekitar jam 6pm lebih berhenti kat area Gebeng kot (depan shell) ambil layar windsurf untuk pasukan MYA yang tertinggal dari Usop Pahang.
  • Jam 7pm hampir jam 8pm singgah sembahyang dan makan malam kat Nenasi
  • Jam 1230 malam akhirnya sampai kawasan pertandingan di Tg Leman setelah melalui perjalanan yang bagaikan ular kena palu juga selepas melepasi bandar Mersing
  • Jam 0130pagi hari Jumaat. Selepas turunkan bot (lori kena balik) check-in bilik mula-mula berangan ke Felda residence tetapi kemudian ke bangunan hostel yang baru dan dan dan kitalah orang penghuni pertama dorm tersebut okey lah juga ada aircond dan berkipas lagi tu..dan bilik airnya juga berada dalam satu dorm. Ada 10 katil double decker kot dalam 1 bilik dan kita pasukan terakhir menginap 1 dorm tu kita punyalah.
 
Jumaat: Sekitar jam 0630am kembara Johor memasuki hari kedua kembara ataupun hari pertama di Tg Leman ini. 
  • Selepas solat dan beratur pagi atlet terus ke venue untuk melakukan persiapan bot. Begitu bersemangat sekali walaupun masih belum pulih sepenuhnya dari perjalanan jauh mereka tekun melakukan bot rig hinggakan 3- 4 kali kena suruh berhenti dulu untuk sarapan pagi.
  • Manager juga sibuk dengan urusan pendaftaran dan sebagainya.
  • Taklimat kepada pelayar oleh pihak pengelola dilakukan pada jam 1030am dengan keadaan agak ok pada awalnya kemudiaannya bertukar sedikit baik dari suasana pasar malam P. Duyong. Dapati pada kejohanan ini Sailing Instructionnya paling banyak dibuat silap dan tidak begitu diambil berat oleh juri yang dilantik untuk pembetulan ayat-ayat yang boleh mengelirukan dan mencetus suasana yang tidak begitu baik.
  • Atlet diberi makan tengahari dan seterusnya bergerak untuk solat Jumaat yang dikatakan jauh oleh sangat oleh Coach pok lah adalah kira-kira 55-50=5minit dengan kereta.
  • Pelayar turun ke laut untuk pertandingan pertama dengan hanya 1 pertandingan sahaja yang dapat dijalankan dalam keadaan angin sangat perlahan pada awalnya sebelum awan hujan melintasi gelanggang dengan gust yang agak kuat dan mengubah arah angin menjadi tak menentu dan terus drop di bawah 2kts selepas awan berlalu. Hanya 1 pertandingan sahaja yang dapat dijalankan dengan juga race maraton utk 420 terpaksa diberi shorten course.
  • Pertandingan diberi postponment dan ditangguh esok sekitar jam 1645pm pelayar balik ke darat
  • Taklimat malam pada jam 2015mlm dengan perbincangan prestasi atlet vs sasaran. Keputusan 1 perlumbaan hari ini
    • Asri tempat pertama bagi Laser 4.7 Boys
    • Opti: Ali di tempat ke-6 dan ke-2 division
    • Izzuddin ke-21 dan ke-7 Division B
    • Latif ke-23 dan ke-9 Division
    • Asmawi ke24 dan ke-10 Division B
    • Omar ke-34 dan ke-15 Division
    • Fatiin ke-42 dan ke-19 Division
    • Manakala Hakimi dan Safares tidak berjaya menamatkan pertandingan bersama 35 peserta lain setelah angin mati dan mereka ketinggalan agak jauh dari top fleet
Pertandingan pada hari ini masih berjalan.

 

Thursday, September 27, 2012

Kembara Johor Bermula-Catatan 1

Salam kembara anak Terengganu untuk mengharungi perairan Tg Leman bermula...
Minggu ini, minggu terakhir latihan untuk bulan September dipenuhi dengan persiapan akhir untuk kejohanan KFC-Felda Johor Open Regatta 2012.
Hari Isnin hingga Selasa persiapan bot, pemeriksaan peralatan, penggantian peralatan rosak dan cucian bot dilakukan oleh semua pelayar. Safares terlajak hingga awal petang tadi kerana tidak hadir semalam.
Ali juga kelihatan untuk pertama kalinya selepas rehat panjang kira-kira 2 bulan yang lepas.

Hari ini loading bot telah berjaya dilakukan setelah hampir-hampir kejohanan ini tidak dapat disertai kerana masalah pengangkutan. Semua pelayar-pelayar lain yang akan ke Johor kecuali Ali, Hakimi dan Izzuddin) menunjukkan komitmen yang baik cuma Hakimi dan Izzuddin terlibat dengan peperiksaan JKAF. Ali seperti biasa x hadir dengan masalah pengangkutannya. Atlet melakukan loading bot dalam keadaan hujan yang mulanya turun agak lebat sebelum lori sampai tetapi nasib baik sebaik lori sampai hujan sedikit reda.

Untuk makluman semua pelayar dijangka akan bergerak pagi besok. Atlet dari Pulau Duyong sila tunggu di gertak bawah jambatan sekitar jam 9.00am lebih sedikit. Ali dan Izzuddin bersama coach akan bergerak dari MSNT. Pergerakan menggunakan 1 x van dari Majlis daerah Kemaman...thank Mr Pengerusi... dan juga kereta resmi coach.

Kejohanan ini mungkin tiada apa-apa kepada atlet-atlet senior SUKMA dan juga Fatin tetapi sedar tak sedar merupakan kejohanan luar Terengganu resmi yang pertama buat Hakimi, Safares dan Omar...Tahniah tentu rasa seronok dan rasa berdebar pun adakan... nak jalan jauh...Johor ma...Harap jangan ada pula yang mabuk laut seperti pertama kali mereka keluar dari P. Duyong berlatih dan bertanding di Bukit Keluang, Besut pada tahun lepas. Almaklumlah training di Pulau Duyong tak ada ombak sekali dapat ombak terkejut mereka.

Senarai nama peserta untuk Kejohanan ini adalah:

NAMA PESERTA
DAERAH
KELAS BOT
KEPUTUSAN
1.   Ali Imran Bin Othman
Penarek, Setiu
Opt B

2.   Asmawi Bin Azman
P. Duyong, K Terengganu
Opt B

3.   Abdul Latif Bin Mansor
P. Duyong, K Terengganu
Opt B

4.   Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rani
Gong Badak, K. Terengganu
Opt B

5.   Nuur Fatin Solehah binti Abdul Rahman
P. Duyong, K Terengganu
Opt B

6.   Alif Safares Bin Azmi
P. Duyong, K Terengganu
Opt B

7.   Umar Al-Farouk Bin Mohd Zawawi
P. Duyong, K Terengganu
Opt B

8.   Ikrami Hakimin B Marham
P. Duyong, K Terengganu
Opt B

9.   Mohd Asri Bin Azman
P. Duyong, K Terengganu
Laser 4.7

10.     Abdul Rani Bin Idris
Gong Badak, K. Terengganu
Coach

11.  Mohd Saifullah Bin Mohd Esa
Penarek, Setiu
Coach

12.  En Rusdi Bin Muda
Dungun
Manager










Tuesday, September 25, 2012

updatekan penyertaan Anda

Kepada pelayar-pelayar dari Terengganu samada bekas pelaayar ataupun atlet sedia ada sila confirmkan penyertaan anda untuk Kejohanan Terengganu Monsoon yang akan berlangsung pada 8-11hb November ini. Ini kerana akan memudahkan pengurusan bot dan peralatan. Juga sekiranya anda berminat untuk menjadi pembantu teknikal/pegawaiperlumbaan pada kejohanan ini sila juga pastikan menghantar nama anda kepada pihak pengurusan TESA ataupun jurulatih negeri dalam kadar segera kerana finalised pegawa-pegawai kejohanan akan dikeluarkan dalam kadar segera.

Dalam masa yang sama Terengganu Sailing juga ingin mengambil kesempatan menjemput semua warga pelayaran untuk turut sama menyertai kejohanan ini. Format pertandingan adalah sama seperti tahun lepas cuma hadaiah wang tunainya mungkin sedikit akan di...............tambah tak banyaklah ckit aje. Termasuk juga untuk pasukan terbaik kita menawarkan hadiah berupa wang tunai dan piala pusingan.

Buat masa ini dari segi penyertaannya hanya Sabah sahaja yang telah membuat booking bot dan penyertaan, itupun hanya melalui talipon dan juga coach Balok telah book 2 buah bot Int 420. Buat masa sekarang Laser hanya tinggal 3 buah itupun kurang memuaskan kondisinya dan Int 420 tinggal 3 buah sahaja dan setakat ini secara tak resminya 3 bpenyertaan (MYA x 2+ Terengganu).

Windsurf board juga kemungkinan ada 1 buah tetapi seperti biasa kami hanya boleh board sahaja lain-lain kena bawa sendirilah...harga boleh dirunding.

Saturday, September 22, 2012

Catatan Perjalanan 19th Merdeka Day Regatta


Beberapa gambar harian kejohanan:


Day 1 Video           Day 2 Video   

Day 3Video                       LAST DAY:


Aktiviti yang dirakamkan hanya melibatkan aktiviti di darat sahaja memandangkan tidak begitu selamat untuk membawa kamera ke aiar dengan coach boat sediaada.

Semua aktiviti latihan senaman ringan bertempat di Perdana park, begitu juga dengan sarapan pagi berjalan kaki ke restoren berdekatan kira-kira 1km lebih kecuali pada hari Ahad restoren berdekatan tutup dan terpaksa berjalan hampir 2km lebih. Rasanya thaun depan kena minta budget untuk pengangkutan sekali.




Friday, September 21, 2012

Latihan Minggu ke-3 September

Aktiviti pelayaran negeri Terengganu bagi bulan September agak rancak.

Minggu ini sahaja 3 acara berbeza telah berlangsung.

Latihan kepada pelayar-pelayar tunas berjalan dengan lancar walaupun kedatangan sedikit merosot dengan ketidakhadiran beberapa pelayar yang nampaknya seolah-olah sudah mengundur diri. Berbaki dengan kira-kira 15 orang sahaja bagi daerah Kuala Terengganu sudah dikira baik. Apa yang dibanggakan dengan kehadiran mereka yang begitu mengujakan sekali dengan semangat tinggi untuk main air walaupun tanpa kehadiran coach Pok Lahnya. Latihan diteruskan juga pada hari Selasa under coach Rani walaupun masih kepenatan sebaik sampai dari Kota Kinabalu dan perjalanan panjang melebihi 12 jam dari LCCT ke Terengganu. Latihan untuk pelayar baru ini juga diadkan pada Hari Khamis. Thank kepada Asri, Awi, Izzuddin dan beberapa senior tunas yang membantu latihan termasuk latihan di air. Pasukan juga telah berjaya menyiapkan 7 buah bot Optimist termasuk bot-bot yang terbengkalai. Bagaimana latihan bagi pusat latihan daerah lain....???

Hari Jumaat dan Sabtu ini hanya dihadkan kepada pelayar senior tunas dan pelayar SUKMA sahaja dengan kehadiran hanya kelas Optimsit sahaja (Tak termasuk Ali). Tahniah dengan kehadiran semula  Al-Auyoma, bersama dengan Safares, Omar, Hakimi dan tak ketinggalan si Syawal. Kesihan Ayouma dan Syawal baru aje joint balik dah kena belasah dengan uncle Rani. 12 rounds kena hari ini mau juga 2.5km jumlah larian kena hari ini. Sekali lagi baki 2 bot Optimist berjaya di lancarkan ke air menjadikan 09 buah bot Optimist berjaya berada di air. Sekali lagi Asri terutamanya, dengan bantuan Awi, Latif dan Izzuddin telah berjaya merealisasikan semua bot Optimist berada di air. Latihan pada 2 hari ini juga adalah untuk pemilihan atlet bagi kejohanan di Johor pada minggu hadapan

Pada masa yang sama aktiviti pelayaran juga diadakan di pusat latihan Setiu di bawah kendalian coach Pok Lah bersama-sama dengan pelayar-pelayar Setiu dan En Rosdi. Ada gambar-gambar menarik??? Updatekan..Coach Pok Lah ada access untuk blog ini.


Sunday, September 16, 2012

Terengganu Monsoon Regatta 2012

Untuk makluman Terengganu Sailing Association akan menganjurkan kejohanan Terengganu Monsoon Regatta 2012. Kejohanan ini sebagai salah satu acara yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui T-BEST sempena MONSOON CUP 2012.

Kepada kekawan yang berminat silalah datang beramai-ramai memeriahkan kejohanan ini. Hadiah kemenanagan selain medal dan wang tunai peserta juga akan diberi sijil penyertaan. Sama seperti tahun lepas kejohanan ini juga menawarkan persaingan antara pasukan terbaik yang diambilkira melalui pungutan mata peserta pada setiap perlumbaan berdasarkan kedudukan masing-masing.

Bulan November merupakan bulan pelayaran bagi negeri Terengganu yang mana akan diadakan juga beberapa acara lain pada bulan ini. Acara-acara ini akan saya updatekan kemudian

Bersama ini saya postkan detail berkenaan dengan acara tersebut. Sebarang perkembangan akan diupdatekan sepanjang masa:

  1. Preliminary NOR Terengganu Monsoon Regatta
  2. Preliminary Entry Form
  3. Lists of Accomodation
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ataupun cikgu Othman

Salam

Catatan Perjalanan 3

Pertandingan KFC-19th Merdeka Day Sabah baru sahaja berakhir; dengan perlumbaan terakhir tidak dapat dijalankan kerana hari ini angin tidak seperti 2 hari sebelumnya hanya bertiup di bawah 2 kts dan kadang-kadang tiada angin langsung.

Pelayar kini sedang sibuk melakukan unrig dan pemulangan bot.

Juga bermakna keputusan hari semalam kekal dengan Terengganu berjaya memenangi
  1. Tempat ke-2 bagi acara Int 420 (Solehudin dan fathuddin)
  2. Tempat ke-3 bagi acara laser Standard (Azri)
  3. Tempat ke-3 bagi acara Laser 4.7 (Asri)
Selain itu keputusan-keputusan melibatkan pelayar Terengganu;
  1. Laser Radial: Kumat ke-4 dan Mustaqiim ke-5
  2. Optimist: 
    1. Izzuddin ke-20 Overall dan ke-4 Div B
    2. Nuur Fatin ke-25 Overall dan Ke-6 Div B
Sekian; Laporan lanjut akan menyusul

Catatan Perjalan 2


Perjalanan 2: Kejohanan KFC-19th Merdeka Day Open Regatta 2012 masih berlangsung masuk hari ke-3 dengan berbaki 2 perjalanan berbaki.
 
Pertandingan berjalan lancar dengan keadaan angin dan ombak yang baik dan kadang-kadang mencabar tahap kemabukan coach terutama untuk hari semalam dengan ombak yang menenggelamkan bot Optimist ketika berada di bawah ombak.

Kedudukan pelayar Terengganu selepas 7 pertandingan berakhirnya hari ke-2 dengan 1 discard dibenarkan untuk kejohanan ini:
  1. Int 420: 2nd (Solehuddin dan fathuddin) di belakang Faizal dan Kiki - Kebangsaan, 3rd pelayar Negerei Sembilan
  2. Laser Standard: Azri ke-3 di belakang Nizam yang tak tercabar oleh group Laser dan juga Farhan si Moon dar Johor. Azri belayar pada kejohanan ini dengan masalah bot yang agak ketara berat dan penuh air.
  3. Laser Radial: Kumat menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan apabla memberikan saingan kepada pelayar-pelayar kebangsaan dan bekas (1st -Rufina, 2nd - Farhan dan 3rd - Amirah). Mustaqiim pula hanya berpuashati dengan kedudukan ke-5 dengan keputusan agak kurang memuaskan booking 5 dan 6 pada kebanyakan perlumbaan
  4. Optimist: 
    1. Izzuddin menunjukkan sedikit peningkatan apabila berjaya berada di aats sedikit dari pertengahan fleet dengan fleet B berada pada kedudukan ke-4.
    2. Nuur fatin Solehah menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan pada hari pertama dan semalam juga agak baik dengan sedikit merosot pada perlumbaan terakhirnya, merupakan kejohanan ke-2 luar negeri Terengganu selepas kejohanan MSSM
  5. Laser 4.7: Asri juga menunjukkan prestasi yang memuaskan bagi acara ini yang merupakan kejohanan yang pertama baginya terutama beraksi semasa angin melebihi 10kts. Cuma prestasi semasa angin perlahan sedikit merosot.
Hari terakhir hari iniAhad masih lagi AP dinaikkan kerana ketiadaan angin




Thursday, September 13, 2012

Merdeka Day Regatta 2012: Catatan Perjalanan 1

Update: beberapa gambar semasa...
Pasukan perahu layar buat masa sekarang sedang  berada di Kota Kinabalu untuk Kejohanan KFC-Merdeka Day Open Regatta 2012. Senarai peserta adalah mengikut seperti mana yang telah dipaparkan pada posting lalu, Syukur Pasir dan Kumat yang pada awalnya tidak dapat bersama pasukan telah berada di KK akhirnya.

Atlet telah menerima bot masing-masing kecuali Azri masih belum menerima botnya lagi (bot dari TLDM). Persiapan asas bot baru shj dilakukan. Kelemahan persiapan menyediakan peralatan yang dilewatkan dan tidak mengikut jadual menyebabkan beberapa perkara tidak dapat dilakukan dengan lancar.

Coretan perjalan ke Sabah:
  1. Isnin dan Selasa (10 & 11hb) Hanya Laser 4.7 dan Optimist melakukan persiapan bot pada hari Isnin. Tak boleh nak secured semua peralatan kena tunggu hingga Selasa.
  2. Selasa 18++ pergerakan ke LCCT bermula dari MSNT:
    1. Singgah Pulau Duyong ambil Fatin
    2. Singgah Dungun ambil En Rosdi
    3. Berhenti makan di Paka, Dungun
    4. Singgah sebentar hari ini dalam sejarah tak semena-mena seekor ular sawa (besar gila untuk kategori anak ular) berehat ditengkok coach di dalam bas. Tak caya nih hah videonya kat dalam fb.
    5. Singgah UMP utk ambil Mustaqiim dan terakhir sekali setelah berehat sebentar di Hentian Karak, perjalanan diteruskan dengan stop terakhir di hentian Rehat Dengkil
  3. Rabu pagi selepas berehat, mandi dan solat Subuh di R&R Dengkil akhirnya perjalan dengan bas berjaya dengan selamatnya sampai ke LCCT.
  4. Penerbangan mengikut jadual dengan sedikit lewat hampir-hampir jam 1000am ke KKIA Terminal 2. Perjalan ke tempat penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Thank Pak Yusop dan Untie Chin-Chin datang menjemput kitarang kat airport.
  5. Sekitar jam 1330 setelah berehat sebentar ke kelab KYC (Kinabalu Yacht Club), singgah sebentar di Medan Selera Tg Aru untuk makan tengahari. Semua bot berjaya dapat kecuali Azri
Sekian laporan awal1: 12hb September 2012



Sunday, September 9, 2012

Latihan Mingguke-2 Fasa1 2012-2013

Aktiviti latihan hujung minggu lalu berakhir hanya 2 hari latihansahaja dapat dijalankan dengan kehadiran atlet tunas yang semakin memberangsangkan. Tetapi latihan didapati agak mencabar minda coach....

  1. Latihan hari Khamis berjalan dengan baik mulai jamh 3.00 ptg hingga jam 6.30ptg. Momentum ini jika berterusan rasanya lagi 3-5 sesi pelayar mampu membawa sendiri bot dalam keadaan angin 4-7kts.
  2. Latihan hari Jumaat:
    1. Bermula sesi pagi untuk pelayar-pelayar terutamanya tunas....masih melakukan ujian fizikal terpaksa coach Pok Lah bersendirian...coach Rani sedikit sibuk dengan persiapan akhir menyediakan NOR Terengganu Open 2012. Harapan tahun ini bertambah ramai penyertaan dengan sedikit awal NOR dikeluarkan. Rancangnya kalau kepada MYA dan state semasa AGM MYA. Cuma beberapa kekeliruan dan keraguan masih menjadi tanda tanya...???
    2. Semasa sesi pagi didapati ada pelayar yang hadir tetapi tidak bersama dengan kumpulan melepak di bahagian lain termasuk diruangan restoren Cindai Ballroom Riyaz. Perkara ini perlukan pemantauan bersama dan langkah-langkah pencegahan sebelum merbak ke-isu-isu lain yang mungkin lebih besar kesannya terhadap program.
    3.  Sesi teori bermula jam 1130 selepas pelayar dilepaskan pulang kira-kira 1 jam kerana ramai yang belum bersarapan pagi... Perlu ada pengurusan dalam hal ini supaya waktu tidak banyak terbuang. Pelayar digalakkan untuk membawa sendiri bekalan makan pagi
    4.  Tengahari atlet tunas dilepaskan untuk balik makan tengahari. Terdapat beberapa atlet yang tidak balik terus ke rumah tetap berada di tempat lain tanpa pengetahuan pihak keluarga dan ini merisaukan sehingga ada pelayar diturut oleh keluarga dan disuruh balik. Agak merugikan perkara ini berlaku dan seterusnya pelayar tidak boleh mengikuti sessi berikutnya pada sebelah petang. Pelayar telah diingatkan akan pekara ini.
    5. Petang sekitar jam 1445ptg pelayar mulai turun ke air. Latihan pada awalnya berjalan lancar dengan 2 bot Optimist Senior (Izzuddin, Fatin), 3 bot Optimist Tunas, 1 x windsurf tunas, 1 x Laser 4.7 (Asri). 
    6. Tiba-tiba seorang pelayar mengadu sakit kaki tercucuk benda (disyaki terkena duri ikan mati). Agak teruk juga dengan menangis-nangis dan dihantar balik oleh Omar Al Farouk.
    7. Pada masa yang sama ribut mulai melanda venue latihan. Tindakan pantas dilakukan oleh pihak jurulatih dan pelayar senior mengarahkan semua pelayar naik ke darat telah berjaya mengelak sesuatu yang buruk dari berlaku. Cuma pelayar windsurf sahaja (bersama coach Pok Lah lagi 1 windsurf) gagal balik ke pantai kerana agak jauh ke tengah dan tidak mampu mengemudikan layar dalam keadaan angin melebihi 20kts kira-kira 30min). Sekali lagi tindakkan pantas Sollehudin membawa coach boat telah berjaya melakukan recovery terhadap Pok Lah dan windsurf. 
    8. Dimaklumkan pada masa yang sama pelayar yang tercucuk duri tadi ditimpah musibah lain kerana dimaklumkan rumahnya telah ditimpa pohon yang tumbang menimpa sebahagian rumahnya semasa ribut.
    9. Atlet tunas diberi pelepasan sebaik ribut berakhir dengan keadaan angin yang telah mati di bawah 2kts.
    10. Sesi diteruskan untuk student Uniszar dengan sesi pemasangan bot Laser dibantu oleh Sollehudin dan pelayar senior.
  3. Itulah dia sssi minggu ini yang agak mencabar minda dan kudrat....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
  4. Moral of story...
    1. Program pembangunan berjalan dengan baik sekali dan lancar.
    2. Kelancaran dan peningkatan prestasi dapat berlaku dengan lebih pantas dengan latihan berterusan berjadual dan dengan bantuan pelayar-pelayar senior
    3. Pertolongan dan kerjasama dari semua yang terlibat amatlah diperlukan dan dihargai dan nyata berjaya membuatkan program berjalan lancar dan mampu mengelak dari berlaku sesuatu keburukan dan musibah lain yang tak terjangka.
    4. Mengikuti setiap standard Operating Procedure amatlah penting dalam menjayakan program latihan.
    5. Last but not least....mana pelayar-pelayar senior lain kenapa tidak datang berlatih; kecuali pelayar-pelayar yang mempunyai peperiksaan anda dikecualikan, yang lain???. Harap masalah ini dapat diatasi segera..kerana kerbau di pegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya (katanya), ikutlah program latihan telah kita bersama-sama rancangkan.
  5. Tidak terlupa sehingga kini saya masih lagi tidak menerima laporan latihan atlet...okey sape antar dulu kita bagi duit raya...hehehh.. Cikgu Othman plan nak buat jamuan raya di Setiu, moga-moga berlaku. jadikan cikgu....???


Thursday, September 6, 2012

Pencapaian Terkini

Kepada atlet-atlet negeri yang ingin mendapatkan kedudukan terkini dan pencapaian mereka sepanjang program SUKMA 2012 untuk apa-apa jua kegunaan seperti untuk mendapatkan insentif ganjaran, pingat anugerah dan sebagainya boleh mendapatkannya di link di bawah:


Fasa transisi sudah berakhir; atlet diingatkan untuk melengkapkan borang aktiviti yang telah diberikan dan menyerah kembali kepada saya.

Atlet tidak bersekolah dan atlet yang tidak mempunyai peperiksaan penting juga hendaklah mulai menjalani latihan seperti yang telah dirancang.

Aktiviti-aktiviti Pasukan:
  1. Untuk makluman majlis pelancaran program mentor akan ditangguh kepada antara tarikh berikut: 24hb-26hb September bersempena dengan Klinik Perahu Layar dan Circuit MSST 1-12 anjuran MSST.
  2.  Aktiviti latihan pertandingan terkini pasukan perahu layar Terengganu adalah Kejohanan KFC-Merdeka Day 2012 yang akan berlangsung di KYC, Tg Aru, Kota Kinabalu Sabah mulai 14hb - 16hb Sep. 
    1. Pasukan dijangka bergerak pada 11hb atau 12hb Malam dengan bas ke Kuala Lumpur (LCCT)
    2. Senarai atlet terpilih adalah:

KELAS
NAMA ATLET
OPTIMIST
1.   Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rani
2.   Nuur Fatin Solehah binti Abdul Rahman
LASER
3.   Mohd Asri Bin Azman
4.   Muhammad Amirul Mustaqiim Bin Abdul Rani
5.   Azri Bin Suhaimi
6.   Tengku Mohd Amirul Asraf Bin Tengku Othman
INT 420
7.   Mohd Sollehudin Bin Ismail
8.       Mohammad Fathuddin Bin Salleh
COACH
9.   Abdul Rani Bin Idris
10.  Mohd Saifullah Bin Mohd Esa
PENGURUS
11.  Rusdi Bin Muda