Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Monday, November 21, 2011

KFC-TERENGGANU MONSOON REGATTA 2011-Sekalung Tahniah dan Terima Kasih 2

Gambar-gambar orang kuat KFC Terengganu Monsoon Regatta 2011:
         

 
 
 Orang-orang kuat Kejohanan...tanpa anda x suksesslah kejohanan..ribuan terima kasih

Upacara Penutup dan Penyampaian Hadiah

Ketibaan Exco Pelancongan negeri Terengganu Dato' Abdul Rahin 



 
kenamaan upacara penutup dan penyampaian hadiah


  
 Ucapan dari Timbalan Presiden MYA Dato' Wan Hisham dan juga Exco pelancongan Negeri Terengganu Dato' Abdul Rahin
 Para Pemenang Bergambar bersama pingat kemenangan dan trophy


 Penaja Utama KFC, Petronas belum lagi tahun depan mungkin....?

AKHIR KALAM SEKALI RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG MENJAYAKAN KFC-TERENGGANU MONSOON REGATTA 2011 JUMPA LAGI DITAHUN 2012 KEJOHANAN TERENGGANU MONSOON REGATTA

KFC-TERENGGANU MONSOON REGATTA 2011-Sekalung Tahniah dan Terima Kasih 1

Berakhir sudah Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2011. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Mungkin terdapat sedikit kecacatan dan kesilapan-kesilapan kecil tetapi tidaklah sampai menjejaskan perjalanan kejohanan.

Kejayaan menjalankan kejohanan ini menunjukkan yang kita mampu untuk menjaya dan merancakkan lagi aktiviti pelayaran di negeri Terengganu dan saya mencadangkan agar pada tahun hadapan kita mengadakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti kejohanan. Satunya mungkin elok dibuat pada pertengahan tahun ataupun setidak-tidaknya bersama bergabung dengan aktiviti yang dirangka atau seperti yang dicadangkan oleh Dato Rahin exco Pelancongan negeri Terengganu semasa berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah. Satu lagi cadangan dari Setiausaha TESA (Terengganu Sailing Association) juga adalah baik iaitu untuk menjayakan kejohanan Island Challenge iaitu maraton dari Pulau ke Pulau. Kejohanan kedua adalah Kejohanan Terengganu Monsoon Regatta 2012. Penambahbaikan rasanya perlu dilakukan dengan menaik taraf kejohanan-kejohanan tersebut dibuat secara International Open dengan menjemput pasukan dari luar Malaysia. Macam mana setuju tak?

Keputusan kejohanan belum dapat di postkan kerana saya masih menunggu keputusan-keputusan diemailkan kepada saya. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya juga tahniah atas usaha keras anda dan cuba lagi pada tahun hadapan.

Disini kesempatan diambil untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang bekerja keras untuk menjayakan kejohanan ini dan ribuan terimakasih atas penat lelah dan masa yang diluangkan kepada pelaksanaan kejohanan ini:
  1. Kepada orang kuat TESA: En Abdul Rashid Mohd Nor - T. Presiden, En Othman bin Sidek - Setiausaha, Hazman Bin Lazim- Bendahari, En Ayub Bin Deraman - AJK, en Rosdi Bin Muda-AJK, En Azanizam Bin AJK , En Anuar Bin Muda-AJK; yang telah bertungkus lumus sebelum bermula kejohanan lagi, berkampung di venue Pulau Duyong hinggalah tamat kejohanan ini masih lagi sibuk untuk mengemaskini peralatan dan tempat.
  2. Penuntut-penuntut dari Unisza yang dengan jayanya membantu melincinkan kejohanan ini dengan bantuan-bantuan pentadbiran, pengurusan dan membantu melaksanakan pengurusan di darat.
  3. Jabatan Bomba yang telah membantu keselamatan di air dengan pasukan keanggotaan 2 x bot telah memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi bermula dari hari pertama sehinggalah tamat kejohanan. 
  4. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu masih lagi memasukkan acara ini sebagai salah satu aktiviti sampingan sempena Monsoon Cup dan membantu kemudahan facilitas terutama semasa acara perasmian pembukaan dan majlis penutup.
  5. MSN Terengganu membantu dengan kemudahan khemah, bangku dan lain-lain. SPONSOR SEKALI KOT?
  6. En Wan Hashim jawatankuasa tempat yang memberikan bantuan yang besar sehingga berjaya mendapatkan pengunaan tempat dengan lancar juga membantu untuk menyediakan penginapan.
  7. JKKK Pulau Duyong yang memberi sokongan kepada pelaksanaan kejohanan ini, membantu untuk mengarahkan mengosong dan menyediakan pontoon untuk meletakkan bot.
  8. Lain-lain pihak penaja: Kementerian Belia dan Sukan, KFC dan MSNT.
  9. Lain-lain pihak yang menolong yang tak tercatat dan tidak ketinggalan kepada pelayar-pelayar Terenganu yang membantu sebelum dan selepas kejohanan
  10. Akhirnya kepada pelayar-pelayar yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini dengan meriahnya, walaupun dalam notis yang singkat berjaya mendapatkan 80 penyertaan dari semua kelas dan kebanyakan negeri hadir kecuali Sabah, Sarawak, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan dan Perlis.
  11. Tidak terlupa kepada pegawai-pegawai teknikal khasnya yang didatangkan oleh MYA.

Beberapa gambar menarik di post berikutnya.....bersambung

Coach Pok Lah the shining star from Ganu

Berita yang dipetik dari web resmi Monsoon Cup WMRT.

Local Sailor trains with World Champion

by Monsoon Cup

PULAU DUYONG (20 November 2011): Mohd Saifullah Mohd Esa has been given a unique opportunity as he has been recruited by Ian Williams for practice sessions as the world sailing champion prepares for the Monsoon Cup, which takes place from 22nd to 27th November at Ri-Yaz Heritage Marina Resort and Spa, Kuala Terengganu.
With one crew-member arriving late, Williams can’t afford to wait and wants to get in as much practice as possible. Mohd Saifullah has chalked up experience as a bowman, racing on Tiffany Koo’s team during the Malaysian Match Racing Championship (MMRC) last year and knows how it feels to sail with the front-runners.
But being on board a world champion’s boat is something else. What more, on the boat of the current No.1 on the World Match Racing Tour leaderboard. With 106 points, Williams and his team, Team GAC Pindar, are potentially one event away from being crowned champions.
In 2010, Williams’ confidence in the potential of our local sailors led him to look at the possibility of signing a major sponsorship deal with a large Malaysian bank. He said, “The first way to help local sailors move forward would be to have them join my team for a training session. The second way would be for me to enter an event with the Malaysians crewing for me.”  
Williams took the opportunity to impart his knowledge and experience to the Malaysian sailors. He said, “I wanted to try to test each candidate on a number of areas, in particular; strength and fitness, ability to learn, awareness, reaction to pressure, and natural affinity for the sport.” In terms of pure sailing ability, three candidates stood out, one of them being Mohd Saifullah. Williams explained, “I thought that Saifullah was probably the most accomplished sailor in his role and that’s the reason why we picked him to train with us.”
The Monsoon Cup has not only elevated the sport of sailing in Malaysia but also provided a means to get more children to take up sailing. The event has also opened the doors to corporate sponsorship as it offers sponsors great benefits in terms of exposure and corporate social responsibility (CSR) initiatives. Leading Malaysian corporations are always looking out for sponsorship opportunities such as these that are not only advantageous to the company but also benefit society as a whole.

Cayalah ok Lah......Ciao.

Sunday, November 20, 2011

XTVT Pelayaran Terengganu semakin rancak

Salam untuk semua
Sorry agak lama tidak berposting disebabkan dengan kesibukan dicampur dengan kemalasan diri dan juga dengan lat top yang sering meragam. Bukan bermakna tiada aktiviti malahan aktiviti pelayaran semakin rancak menuju ke penghujung tahun 2011 ini.
Untuk makluman semua pameran dan demontrasi bot telah berjalan dengan lancar dengan berakhirnya pameran terakhir di Kuala Berang. Beberapa gambar menarik dari Norul...thank.





 


 Pameran dan Demontrasi di Besut

Selain itu pasukan Terengganu juga telah menyertai Kejohanan Johor Open Regatta pada penghujung bulan Oktober 28-30hb Oktober.

Dan terkini Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta sedang berjalan dengan rancaknya dengan jumlah penyertaan yang agak baik. Penyertaan pasukan Terengganu sahaja berjumlah kira-kira 17 bot:
  1. Optimist teramai dengan 11 penyertaan: Asri, Ali, Asmawi, Izzuddin, Danish, Latif, Omar, Hakimi, Safares, Auyoma dan Fatin. Jumlah penyertaan Optimist adalah kira-kira 47buah bot.
  2. Laser 4.7: Tg Mohd Muslim dan Seikh Somad
  3. Laser Radial: Amir
  4. Laser Standard: Azri
  5. Int 420: Pasangan Mohd Sollehudin dan Mohd Fathuddin serta pasangan Husna dan Muslihin
Detail kejohanan akan dipostkanselepas berakhir kejohanan.