Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Monday, March 5, 2012

Kembali @ ganu

Salam untuk semua

Sori agak lama tak mengupdate blog ini..... Bukannya tiada aktiviti yang dijalankan tetapi seperti biasa agak terlalu sibuk dengan aktiviti dan agak malas menguasai diri.

Beberapa aktiviti sepanjang bulan Januari dan Februari melibatkan pelayar negeri:
  1. terlibat dengan LITC di Langkawi pada 20hb - 29hb Januari
  2. mini kem SUKMA melibatkan semua atlett SUKMA 2 - 4hb Feb di Jenagor, Hulu Terengganu
  3. terus bergerak ke Langkawi pada 5hb Februari untuk kejohanan RPAL
  4. RPAL - semua atlet mengambil bahagian pada kejohanan Reg Perdana Antarabangsa Langkawi mulai 8hb - 12hb Februari.
  5. atlet Optimist dan Laser kembali ke Terengganu selepas kejohanan manakala atlet double handed stay di Langkawi untuk klinik double handed ISAF.
  6. 16hb Februari atlet double handed balik kecuali yang terpilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Asian sailing Championship (ASC).
  7. ASC? Kejohanan dwi tahunan ini merupakan kejohanan terbesar multi class event bagi peringkat asia selain Sukan Asia. Kejohanan diadakan mulai 17hb hingga 25hb Februari. 6 orang atlet dari Terenganu telah terpilih bagi kejohanan ini. Tahniah kepada mereka-mereka ini:
 
Acara
Nama
Keputusan
Int. 470 Lelaki
1.        Ku Anas Bin Ku Zamil- Helm shj crew dari Selangr
Champion
2.        Sollehudin Bin Ismail – Crew shj helm dari P.Pinang
2nd
Int. 470 Perempuan
3.        Tengku Malisa Bte Tengku Omar – crew shj helm dari Johor
6th
Int. 420 Perempuan
4.        Fadilatul Husna Bte Rameli - helm
7th

5.        Norul Syuhada Bte Jamaludin

Laser Standard
6.        Azri Bin Suhaimi
6th

Terkini pelayar sedang menjalani latihan pusat bagi persediaan MSSM di pusat latihan negeri Riyaz, Pulau Duyong sebelum akan ke Pantai Balok, Kuantan esok untuk persediaan terakhir kejohanan tersebut.