Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Wednesday, January 9, 2013

Amaran Angin Kencang Laut Bergelora

Amaran angin kencang dan laut bergelora mulai hari semalam 08hb, alhamdulillah tidak menghampiri pantai kita. Dan pada hari ini (mulai semalam lagi) amaran Tahap 3 telah dikeluarkan oleh Jabatan meteorologi dan terkini:
Dikeluarkan pada pukul 05:41PM, 09 Januari 2013
 


AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA



SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAMAngin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 40-50 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah Barat dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sehingga kini keadaan di kawasan latihan Riyaz Heritage adalah tenang kecuali sekali-sekala angin puff datang dan juga sekali-sekala diselang seli dengan hujan ringan. walaupun begitu kewujudan dan pergerakan awan hitam agak ketara menyelubungi Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Kecuali perkara-perkara di atas dan dikuatiri datangnya angin ribut bersama petir sahaja yang akan mengahalang aktiviti latihan, kerana jika dianggarkan angin yang melanda pantai adalah sekitar  20-28kts (40-50kmsj) sahaja dan kemungkinan ombak sebesar 3 meter adalah dijangkakan tidak berlaku  di kawasan Riyaz yang terlindung. Oleh itu latihan tetap diteruskan dengan peningkatan tahap kewaspadaan dan keselamatan pelayar. Begitu juga dengan kejohanan KT2R akan diteruskan dan sehingga kini tiada keputusan penangguhan dibuat. Cuma kita amat menggalakkkan penglibatan warga pelayaran bagi yang berminat bukan sekadar dapat belajar berkaitan dengan pengendalian pertandingan tetapi juga turut membantu jika berlaku sesuatu keadaan yang di luar jangkaan.

2 hari latihan semalam dan hari ini keadaan angin adalah sederhana dan perlahan sekitar puff kira-kira 10-12kts dan kebanyakan masa dengan lull di bawah 7kts dan kadang-kadang 5-6 sahaja terutamanya pada latihan sesi petang hari ini hanya kira-kira 4-6kts sahaja....


 

Saturday, January 5, 2013

CALENDAR DAN JADUAL LATIHAN PASUKAN PERAHU LAYAR TERENGGANU

Tahun baru dengan azam yang baru.... Melihat...mencongak.. perancangan pasukan Sail-@-Ganu.
Jadual Latihan harian bagi PLN telah dikeluarkan walau pun ianya hanya perancangan awal dan tertakluk kepada pindaan:

Bagi pelajar SMKBT yang bersekolah pada sesi pagi kita akan cuba lakukan terbaik mungkin untuk pertukaran sekolah. Walaupun begitu latihan tetap akan dijalankan pada sesi pagi.


Untuk itu latihan fizikal akan kita jalankan bersamaan dengan geng yang tak bersekolah pada waktu pagi bertempat di gym MSNT ataupun Riyaz.. tertakluk  kepada pindaan dan makluman semasa.

Jadual latihan untuk semua telah dikeluarkan beserta dengan calendar untuk bulan Januari. manakala Jadual Tahunan masih dalam finalised lagi dan masih menunggu kelulusan dari MSNT dan MSST.

Walaupun bagaimana pun semuanya telah dipersetujui oleh JKOP dan akan dipohon pengesahan dan endorsement  dari TESA dalam masa terdekat setidak-tidaknya semasa kejohanan pertama nanti.

Bagi pelayar Terengganu yang ingin mendapatkan jadual silalah ke fb Sailing Terengganu Team.

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Datang Tahun Baru 2013



 Selamat Tahun Baru 2013 semua!

Detik..demi detik, hari demi hari,hingga bulan demi bulan telah mengusung banyak cerita, suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat, kini tahun baru telah menyambut kita, tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan, kita buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan 

Harapan Tahun Baru ini Kita akan memiliki visi baru, misi baru, hidup baru, hari baru yang akan lebih baik dari hari kemarin ..

Iman membuat segala sesuatu menjadi mungkin. Harapan membuat segala sesuatu menjadi bekerja. Cinta membuat segala sesuatu menjadi indah. Semoga kamu memiliki semuanya untuk tahun baru ini.


Ucapkan selamat tinggal pada 2012 dan selamat datang  2013 .. Semoga tuhan memberkati kita .. semoga tahun ini jauh lebih baik dari tahun lalu