Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Wednesday, October 19, 2011

Perkembangan minggu ke-3 Oktober 2011

Sudah beberapa hari tak update sejak balik dari Langkawi. Sedikit penat dan sibuk dengan persiapan bagi perkampungan di Pulau Kapas pada minggu depan juga persiapan bagi kejohanan KFC Johor Open pada masa yang sama.

1. Seperti dimaklumkan kejohanan Asian Match Racing Championship (AMRC) sudah pun tamat dengan kemenangan. Kedudukan pemenang dan pasukan yang berjaya ke acara final Monsoon Cup adalah seperti berikut:


FINAL STANDINGS
1. William Tiller (NZL) – Full Metal Jacket Racing
2. David Gilmour (AUS) – Team Gilmour
3. Reuben Corbett (NZL) – AON Racing
4. Seah Chin Yew (HK) – Zoke Kiwi Match
5. Peter Nicholas (AUS) – Freshie Racing Team
6. Maximilian Soh (SIN) – Send It Sideways
7. Joe Howe (SIN) – TEAM JH

 2. Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat juga telah berakhir dengan jayanya walaupun sedikit cacat dengan acara penyerahan lesen tidak berjalan dengan baik dimana beberapa lesen belum siap disediakan. Berapa gambar menarik dihari terakhir:

Coach Ain bersedia untuk ujian praktikal. Kecil-kecil Si Cili Padi kecil lagi Ain atas coach Boat yang besar.
Sedang beraksi semasa ujian praktikal (Coach Ain)

Cikgu Hazman tidak sabar menunggu giliran


Sonang je...
Bersantai nampak dah test dah ke...Jangan lari..heh?

Cikgu Rashid sebaliknya orang besar bot kecik.

  Beres...boss..siap nanti ambik lesen

3. Dan yang terakhir pada hujung minggu lalu..Klinik pemilihan bagi atlet ke IODA World sedang berlamgsung di Pusat Latihah Pelayaran Kebangsaan Langkawi. Tahniah diucapkan kepada Ali kerana telah terpilih sebagai salah seorang calon. Ali ditemani oleh Pok Lah bagi sepanjang minggu ini dan akan terus ke Johor pada minggu depan bagi Kejohanan KFC Johor Open. Jumpa disana ya.

4. Tidak terlupa pameran dan demontrasi bot di Dungun juga telah selesai. Tidak banyak maklumat yang diterima melainkan makluman bahawa klinik ini lebih berjaya berbanding dengan klinik di Kemaman dengan penyertaan seramai kirakira 60 orang peserta.












Friday, October 14, 2011

Perkembangan terkini xtvt

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi aktiviti pelayaran negeri Terengganu dan juga melibatkan anak Terengganu.
  1. Kejohanan Kelayakan Asian bagi Monsoon Cup masih berlangsung untuk hari ke-3 dan mereka sudah menghabiskan 1 match untuk semi final. Laporan ringkas hanya akan menerangkan berkenaan dengan acara final sahaja. pasukan Hazwan hazim dari Perak yang menarik diri dari meneruskan saingan sebagai pemenang tempat kedua MMRC juga menyuramkan semangat untuk mengikut secara dekat acara ini.
  2. Pada hujung minggu ini bermula hari ini acara Pameran dan demontrasi bot telah diadakan di daerah Dungun setelah ianya ditangguhkan pada minggu lepas. Untuk acara ini dikendalikan sepenuhnya oleh group pusat latihan daerah Dungun dengan dibantu oleh pelayar Solehuddin dan Fathuddin. Coach Hamdan Yahaya juga dikhabarkan turut serta. Saya akan cuba mendapatkan butiran daripada mereka apabila berkesempatan nanti. Khabarnya seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam acara ini. Keadaan angin juga dikhabarkan baik sekitar 6-10kts. Juga . Ketika post ini sedang ditulis mereka sedang sibuk dengan BBQnya selamat menjamu selera dan besok kita berharap semuanya berjalan lancar.
  3. Sementara itu pihak jurulatih-jurulatih (coach Rani, Nurul Ain dan Saifullah) termasuk Cikgu Othman, Cikgu Rashid dan Cikgu Hazman berkampun di Langkawi juga mulai hari ini untuk Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat. Kursus ini merupakan kursus yang pertama diadakan di dalam negara. Kursus ini mendapat pengiktirafan daripada ISAF dan setiap peserta akan diberi dengan lesen untuk mengendalikan Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat. Beberapa gambar menarik dipaparkan:






Aksi-aksi di air pulak pada hari pertama kursus









Monday, October 10, 2011

BERITA MONSOON 9

Berita monsoon bagi kejohanan MMRC (Malaysian Match Racing Championship) melabuh sauh pada hari ini.
Menyambung pertandingan sepatuh akhir berlangsung sengit dalam keadaan angin sangat perlahan dan tidak menentu pada awal pagi.
Pertandingan separuh akhir yang sengit berakhir dengan kemenangan tipis 2 pasukan, Jeremy ke atas Masyuri dan Hazim ke atas Romzi kedua-dua pertembungan berakhir dengan 3-2.
pada penentuan tempat ke-3 dan ke-4. Romzi tewas tipis kepada Masyuri untuk tempat ke-3 kepada Masyuri dan Romzi ke-4. 
Sebelum itu 'Our coach Team" Ain menyingkir "Super Coach" Zaidi untuk tempat ke-5 dan ke-6.
"Mr GM - Afendy" sudah tidak kelihatan di venue mungkin sudah berlepas pulang.

Perlawanan akhir juga berlangsung dengan sengit antara Jeremy dan Hazwan Hazim. Keputusan kejohanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Jeremy dengan Hazim yang terpaksa melakukan penalty pada pertemuan penentuan final ke-5.

Bermakna selain menjuarai kejohanan MMRC ini; Jeremy akan mewakili Malaysia pada kejohanan berprestij penutup tirai World Match Racing Tour (WMRT) pada Nov 22 hingga Nov 27 nanti. Manakala Hazwan Hazim masih lagi berpeluang untuk ke WMRT pada kelayakan asia yang berlangsung selepas ini.

Apa-apa pun syabas diucapkan kepada "Our Coach Team" walaupun gagal mencapai sasaran mara ke separuh akhir sekurang-kurangnya mereka sudah mencuba yang terbaik mungkin. "Apa-apa pun nasihat saya mereka sepatutnya berlatih sebagai 1 pasukan lebih awal dan bukannya pada saat-saat terakhir membentuk pasukan" melainkan kalau sudah biasa bermain dengannya. Cuba lagi tahun depan.

Keputusan-keputusan peringkat separuh akhir dan akhir:

Semi Final 1
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Jeremy
1
0
0
1
1
3
Masyuri
0
1
1
0
0
2
Semi Final 2
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Hazim
0
1
1
0
1
3
Romzi
1
0
0
1
0
2


5th-7th
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Ain
1
1



2
Zaidi
0
0



0

Petit Final
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Masyuri
1
0
1


2
Romzi
0
1
0


1

FINAL
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
JEREMY
1
0
0
1
1
3
HAZIM
0
1
1
0
0
2