Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Monday, December 31, 2012

Laporan Kejohanan Kebangsaan (7) dan Ranking Kebangsaan Optimist

Kelas Optimist walaupun kurang menyerlah pada kejohanan ini kecuali bagi Ali Imran yang berstatus atlet kebangsaan dan Asmawi yang lain didapati tidak menepati apa yang disasarkan dan ada yang lari agak jauh dari sasaran masing-masing. Kejayaan dengan berada pada top 3 acara berpasukan di tempat kedua adalah kejutan yang mengurangkan sedikit kekecewaan atlet lain tidak menepati sasaran. Kemungkinan melupakan kehadiran peserta luar negara menyebabkan sedikit lari dari sasaran.

Walaupun begitu sedikit perkembangan yang positif ditunjukkan apabila beberapa dari mereka didapati lebih fokus dan memberi komitmen yang agak baik terutamanya semasa berada di air. Asmawi sebagai contoh memberikan penumpuan dan komitmen dan diterminasi yang baik dalam melakukan rutin sebelum start.

Keputusan acara individu secara ringkasnya bagi atlet negeri Terengganu adalah seperti berikut:
Athletes Name
Results
1.     Ali Imran Bin Othman
Overall 8th, Div B:  1st
2.     Asmawi Bin Azman
Overall 15th, Div B: 3rd
3.     Abdul Latif Bin Mansor
Overall 26th, Div B: 9th
4.     Mohd Izzuddin Bin Abdul Rani
Overall 39th, Div B:12th  
5.     Nuur Fatin Solehah Bt Abdul Rahman
Overall 84th, Div B: 31st, Girls: 18th
6.     Umar Al-Farouk Bin Mohd Zawawi
Overall 63rd, DivB: 22nd  
7.     Alyauma Akma bte Zulkefli
Overall 102nd, Div B: 38th, Girls: 23rd
8.     Ikrami Hakimin B Marham
Overall 77th, Div B: 28th
9.     Muhammad Khaidir Bin Mohd Zahawi
Overall 98th, Div C:22nd


Khaidir yang buat pertama kalinya beraksi pada kejohanan terbuka selepas hanya beraksi pada kejohanan Terengganu Norvis semasa Kejohanan KFC-Monsoon baru-baru ini telah menunjukkan prestasi yang memuaskan apabila turut mengatasi Auyoma yang juga buat pertama kali beraksi di luar Terengganu tetapi telah mempunyai pengalaman yang lebih luas.

Pencapaian bagi kelas perempuan sedikit mengecewakan di mana terutamanya Fatin sedikit merosot di mana juga telah jatuh di belakang Hakimi dalam keputusan keseluruhan. Fokus yang sedikit rendah dipercayai antara punca utama apabila antara punca kekalahan apabila salah satu perlumbaanya telah DNF apabila berada jauh di belakang garisan permulaan semasa persediaan bermula.


Juga rata-rata yang baru, (bukan pelaayr SUKMA) tidak begitu memahami sepenuhnya dengan keperntingan melakukan rutin persediaan start.

Memandangkan kelas Optimist ini mempunyai peserta yang ramai maka keputusannya tidak dimuat turunkan terus; jika berminat anda boleh dapati pada link di bawah:
  1. Keputusan Optimist Overall
  2. Keputusan Optimist By Division
  3. Keputusan Optimist Girls dan sekali lagi
  4. Keputusan Optimist Team Race
Manakala bagi kedudukan ranking regatta pula bagi kelas Optimist jelas top 5 diungguli oleh peserta Negeri Sembilan apabila tempat pertama, ketiga, kempat dan kelima di bolot mereka dengan peserta Melaka berada pada tangga ke-2.
Manakala Ali juga berjaya mencapai keputusan yang memuaskan apabila berjaya berada kedudukan ke-8 Overall dan Ke-4 bagi Kategori Junior.
Izzuddin pula berada pada kedudukan ke-27 Overall dan ke-8 Junior. Asri yang banyak tak menyertai kelas Optimist selepas bertukar ke kelas Laser 4.7 berada pada kedudukan ke-33, Asmawi ke-34 dan Latif ke-37. Kedudukan-kedudukan ini merupakan suatu yang agak kurang memuaskan tetapi setidak-tidaknya menjadi petanda aras yang kita perlu bekerja keras untuk memperbaiki kedudukan ranking pada tahun hadapan.
Bagi kategori perempuan juga kurang memuaskan tetapi memandangkan mereka ini masih terlalu baru didedahkan kepada pertandingan maka kita mengharap sesuatu yang lebih baik pada tahun hadapan

Keputusan bagi Malaysian Ranking Optimist adalah seperti berikut:
  1. Kedudukan Ranking Malaysia Optimist Overall
  2. Kedudukan Ranking Malaysia Optimist Junior
  3. Kedudukan Ranking Malaysia Girls

Laporan Kejohanan Kkebangsaan (6) dan Ranking Laser Standard

Ini adalah berita dan laporan ke-6 dari siri laporan kejohanan dan melibatkan kelas Laser Standard.
Pelayar Terengganu yang mengambil bahagian adalah Azri. Azri merupakan bekas pemenang pingat emas SUKMA kelihatan sedikit tidak bermaya melalui keputusan yang ditunjukkan. Hanya berada pada tempat ke-empat. Ianya menjadi tanda tanya juga kepada jurulath pasukan luar. Jawapannya agak mudah iaitu komitmen dan konsisten dalam latihan dan itu yang tidak ada pada Azri untuk edisi kali ini. Hanya beberapa kali berlatih selepas SUKMA itupun untuuk kejohanan dan selepas Kem pemilihan menuju ke Kejohanan Kebangsaan hanya sekali turun berlatih menyebabkan ianya lambat untuk adapt (menyesuaikan diri dengan suasana) apatah lagi pada kejohanan kali ini dengan angin perlahan banyak race yang berada pada non hiking condition yang merupakan kelemahan utama Azri sebelum ini.

Walaupun begitu konsistensi Azri pada kejohanan ranking lainnya sebelum ini menyebabkan ianya berjaya berada kedudukan kedua di belakang Nizam dan tidak mampu dipintas oleh pelayar lain. Syabas diucapkan pada Azri dan dengan peluang untuk beraksi di SUKMA telah tertutup untuknya ia perlu memikirkan jalan untuk mengorak masa depannya samada ingin terus mencapai kecemerlangan sebagai atlet atau sebaliknya mencari aaalternatif lain mungkin beralih kebidang kejurulatihan. Kalau masih ingin maju ke depan ia terpaksa bekerja keras dari sekarang sebelum terlewat...




Laporan Kejohanan Kebangsaan (5) & Ranking Laser Radial

Pasukan Terengganu tidak menyertai acara ini. Mustaqiim yang sedang persediaan peperiksaan final UMP dan tiada atlet perempuan yang layak. Persaingan lelaki antara Farhan dan Latif agak ketara dengan sesekali di saingi oleh Malone (Singapore). Bagi kategori perempuan persaingan sengit antara Amirah dan Rufina dari awal hingga akhir. Elia yang memberi tentangan pada awal-awal perlumbaan hanyut di hari terakhir kepada Myanmar, begitu juga dengan Khairuneeta tidak  begitu menjadi. Walaupun begitu saingan bagi acara wanita agak menarik bagi top 5.

Bagi ranking kebangsaan keputusan keseluruhan top 5 diungguli oleh peserta perempuan ini mungkin disebabkan oleh konsistensi menyertai pertandingan dan sebagaimana dinyata sistempoint yang tinggi menyebabkan sukar untuk peserta lain untuk mengejar apabila tidak konsisten menyertai kejohanan.
Nasib agak menyebelahi Amirul Mustaqiim apabila ia berjaya berada pada tangga ke-3 walaupun banyak tidak menyertai kejohanan termasuk Kejohanan Kebangsaan ini. Farhan berjaya berada pada tempat pertama dan diikuti oleh Syafiq dari Johor. Apa-apa pun syabas juga kepada Mustaqiim pelayar Laser radial bagi negeri Terengganu.




Sunday, December 30, 2012

Latihan minggu terakhir tahun 2012 Disember Minggu 4

Latihan pada minggu ini tidak begitu memuaskan dan hanya dijadualkan pada kekerapan dan intensiti rendah setelah balik dari kejohanan Kebangsaan. Komen dan result bagi setiap kelas masih lagi di paparkan berterusan kelas demi kelas bot dan tinggal kelas Laser sahaja lagi belum dipaparkan. Juga ranking kebangsaan bagi kelas Optimist.
Keputusan bagi ranking kebangsaan juga kemungkinan besar akan berubah dan akan dikeluarkan lagi satu rankig terkini.

Latihan minggu ini bermula dengan menurunkan bot sebaik kembali dari Kejohanan Kebangsaan pada petang hari Isnin dalam keadaan hujan lebat. Latihan juga dikeluarkan pada hari untuk pelayar-pelayar yangtertinggal di bawah kendalian coach Saifullah.

Pelayar diberi rehat 3 hari selepas kejohanan termasuk cuti hari Krismas pada 25hb Disember. Latihan diteruskan untuk pelayar norvis bermula 26hb Disember, latihan masih tergangu dengan hujan yang turun agak lebat tetapi masih berangin kuat. Latihan juga dijadualkan untuk persediaan Kejohanan Zon Timur (EZ-Sail).

Kejohanan zon timur yang dijadualkan pada 29 hingga 30hb Disember akhirnya ditangguhkan atas sebab angin kuat dan banjir yang melanda terutama di kawasan sekitar Kuantan dan Beserah.

Latihan dapat berjalan dengan lancar semula bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Pada Khamis latihan masih tertumpu kepada Junior, manakala senior mengemaskini peralatan yang digunakan semasa Kejohanan Kebangsaan. Sayangnya angin sudah kembali perlahan terutama pada hari Sabtu.

Tidak terlupa pada minggu ini tahniah juga kepada Asri yang telah mendapat surat tawaran resmi dari MYA untuk menjadi atlet kebangsaan. Beliau akan melapor ke Langkawi bersama atlet-atlet lain yang turut terpilih pada 01hb jan ini; tetapi besar kemungkinan akn pergi sedikit lewat setealh masalah pertukaran sekolah selesai

Atlet diberi rehat sekali lagi untuk persiapan pembukaan sekolah.

Demikianlah coretan minggu terakhir tahun 2012.




Friday, December 28, 2012

Laporan Kejohanan Kebangsaan (4): Windsurf + Bic Techno

Ulasan bersambung.... sori beberapa hari terhenti kerana kesibukan lain. Atas permintaan Haliza Hanif maka saya memaparkan dahulu ulasan sedikit sebanyak berkaitan dengan kelas windsurf dan  juga Bic Techno.

Pencapaian pelayar Terengganu hanya kepada Danish sahaja yang mengambil bahagian dan sepeti biasa kelas ini jelas masih tidak mendapat sambutan dari negeri-negeri selain pelayar kebangsaan dan pelaayr dari Pulau Pinang sahaja. Terengganu sendiri dengan hanya mempunyai 3 board nyata jelas sukar untuk mengembangkan kelas ini kerana hingga kini tiada mempunyai pelayar perempuan.

Walaupun Danish telah sedikit menunjukkan peningkatan tetapi masih jauh agak tertinggal berbanding dengan pemenang top 3. Walaupun begitu tahniah kepada Danish kerana dengan umurnya yang baru 12 tahun mampu menyaingi pelayar-pelayar yang lebih berusia darinya seolah bertanding dengan handicap. Kita berharap Danish akan menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih baik dengan komitmen dan usaha yang lebih keras dan lebih sistematik pada tahun hadapan.

Sekalung tahniah kepada Katherine pemenang pingat emas Perempuan SUKMA yang berjaya mengungguli acara Bic Techno ini menumpaskan pemenang pingat emas SUKMA lelaki yang juag merupakan pelayar kebangsaan Black Danial dan juga pemenang pingat Perak Husaini. Sebagaimana semua sedia maklum persiapan untuk menjadi juara itu melibatkan semua elemen termasuklah dalamnya dari segi persediaan mental. teknik, fizikal dan tidak ketinggalan persediaan bot akan memainkan peranan dalam menentukan kecemerlangan...so tiada alasan apatah lagi apabila sudah berada pada tahap sebagai pelayar kebangsaan apatah lagi.


Sementara itu kedudukan ranking kebangsaan bagi kelas windsurfing juga sepertimana kedudukan Kejohanan Kebangsaan hanya berkisar kepada personal yang sama melibatkan atlet kebangsaan dan pelayar senior orang lama. Somad yang tidak menghadiri beberapa kejohanan selepas SUKMA menyaksikan ia terpaksa berpuashati di tempat ke-lima sahaja. Begitu juga alasan yang sama buat  Cat (Katherine) berjaya menempatkan dirinya pada kedudukan ke-empat bagi ranking kebangsaan. Sistem mata yang tinggi bagi fleet yang kecil menyebabkan agak susah untuk mengejar apabila ketinggalan beberapa kejohanan dalam ranking. 





Tuesday, December 25, 2012

Laporan Kejohanan Kebangsaan (3) Laser 4.7

Berikut pula adalah keputusan bagi kelas Laser 4.7. Kulim selepas berehat untuk persediaan SPMnya kembali beraksi dengan agak baik walaupun berlatih kurang dari 1 minggu sebelum kejohanan. Jelas persaingan yang diberikan oleh bekas-bekas pelayar top 10 Optimist kebangsaan begitu ketara dan dari keputusan yang dilihat persaingan sentiasa sengit dan kedudukan kerap berubah. Masalah di garisan permulaan menghalang keputusan yang lebih baik untuknya termasuk juga persaingan boat-to-boat dengan beberapa pelayar yang tidak seharusnya berlaku. Kesulitan di garisan permulaan agak ketara hinggakan terpaksa ke protest room untuk kesalahan yang dilakukan oleh pelayar INA yang berdaftar atas kelab SAFYC.

Bagi Asri juga yang sedikit terbawa-bawa dengan apa yang dilakukannya semasa belayar Optimist menjejas prestasi pada awal-awal perlumbaan sebelum lebih cemerlang pada perlumbaan hari terakhir membawa ia ke kedudukan ke-4 dari posisi ke5-7 pada hari-hari sebelumnya. Juga banyak kemahiran teknik pengendalian perlu diperbaiki oleh pelayar

Manakala bagi kedudukan ranking kebangsaan walaupun tidak banyak pertandingan yang disertai Kulim ia berjaya berada kedudukan ke-4 lelaki dan dengan terkeluarnya Muhd Farhan dari Perak kerana ia hanya berhak memenangi 1 ranking sahaja (dan dalam kes ini ke Kelas Laser Radial kerana ia juara bagi kategori lelaki) mana secara automatik Kulim naik ke tangga ke-3 dan Asri ke-4. Asri yang hanya belayar dengan Laser 4.7 selepas Kejohanan SUKMA mampu berada pada tangga ke-4 adalah membanggakan dimana 5 kejohanan disertai beliau (Sabah, Johor, Terengganu, Perlis dan Kejohanan Kebangsaan). Tetapi nampaknya macam sesuatu yang tidak kena dengan keputusan ranking kebangsaan bagi kelas ini dan perlu diperhalusi.





Laporan berita Kejohanan Kebangsaan (2) - Int 420

Berikut adalah keputusan bagi kelas Int 420. Jumlah penyertaan bagi Perempuan seramai 6 bot mendahului acara lelaki yang hanya hadir dengan 5 bot sahaja. Ini agak memeranjatkan kerana selalunya kelas perempuan sedikit kureng.

Tahniah kepada Fadilatul Husna kerana mampu memberi saingan dan seterusnya memenangi tempat ke-3 walaupun berpasangan dengan peserta Selangor yang lama sudah tidak berlatih hampir setahun lebih. Jelas kelas ini didominasi oleh pasangan pelayar kebangsaan, Husna yang berada pada tempat ke-2 dari awal pertandingan terpaksa akur kepada peserta Myanmar pada perlumbaan terakhir setelah menghadapi masalah dengan spinnakernya semasa reaching.

Selain dari itu Husna juga telah memenangi tempat ke-2 bagi kategori perempuan untuk kedudukan final Malaysia Ranking Regatta dan sekali lagi tahniah. Jelas komitmen dan konsistensi memacu kepada kejayaan beliau.


Monday, December 24, 2012

Minggu Ke-3 Disember - Berita Kejohanan Kebangsaan (1)

Minggu ke-3 bulan Disember dipenuhi dengan aktiviti pertandingan Kejohanan Kebangsaan yang bertempat di Batu Laut, Kuala Langat. KFC-29th-MYA-MILO/MSN National Open Championship 2012 bermula pada 19hb Disember dan telah berakhir pada 23hb Disember 2012 
Pasukan bergerak ke Selangor pada 18hb Disember sebaik sahaja menaikkan bot ke lori dalam keadaan hujan renyai-renyai dan juga sebentar petang tadi menurunkan bot semula di Riyaz dalam juga keadaan hujan lebat. Pergerakan balik juga dalam keadaan hujan renyai-renyai setelah acara penyampaian hadiah sebaik menaikkan bot yang juga dalam keadaan hujan.

Pencapaian pasukan agak membanggakan dan mampu menyaingi kejayaan pada tahun lepas yang rata-rata disertai oleh kira-kira semua peserta SUKMA 2012 dan tahun ini jumlah pasukan sedikit kecil tanpa kehadiran kelas Laser Radial dan International 420 Lelaki. Pasukan Terengganu masih mampu memenangi pingat (top 3) dalam beberapa kategori yang disertai.

Pertamanya bagi acara BERPASUKAN TEAM RACING OPTIMIST pasukan negeri telah berjaya mendapat tempat ke-2 di belakang negeri PAHANG setelah ditunjuk jalan keluar oleh pasukan Myanmar atas kesilapan taktikal kecil di garisan permulaan yang menjadi punca utama pasukan sudah ketinggalan hingga tamat.

APA-APA PUN TAHNIAH KEPADA PASUKAN OPTIMIST NEGERI TERENGGANU bermula dengan kedudukan ke-10 pada pusingan awal Double Knock-out System. Menang ke atas tuan rumah Selangor, menyingkirkan KEDAH yang berada pada rank ke-2, ditewaskan oleh pasukan Malaysia ke Loser Brackets dan menyingkirkan PERAK di Loser Pool sebelum bertemu Myanmar


Sunday, December 16, 2012

Minggu Ke-2: Disember Kem Latihan Pusat

Aktiviti minggu ke-2 bulan Disember pasukan perahu layar Terengganu berjalan dengan sangat lancar hanya kehadiran dari PLD Besut dan Setiu sahaja sedikit mengecewakan. Walaupun begitu telah di imbangi dengan kehadiran atlet Kuala Tereengganu.

Kem latihan pasukan bermula pada 10hb Disember berakhir siang tadi dengan penyampaian hadiah kejohanan.

Kehadiran kelas Optimist sehingga maksima 22 buah bot pada satu-satu masa amat memberansangkan. Pelayar Int 420 mulai untuk memasang bot dan merealisasikan bot 420 sekurang-kurangnya 3 buah di air. Laser group juga ada 2-3 buah.

Keadaan angin bermula dengan angin perlahan dan menuju ke penghujung kem angin bertiup dengan lebih kencang hingga menyebabkan beberapa pelayar baru yang berumur sekita 9-11 tahun terpaksa balik ke pantai terutamnya pada hari terakhir.

Seperti yang dinyatakan kehadiran sedikit tidak memuaskan apabila PLD Besut tidak dapat menghantar peserta pada saat-saat akhir kerana masalah pengangkutan.

PLD Setiu pula hanya mampu menghantar 1 x pelayar sahaja. Ini adalah permulaan yang baik kepada menjayakan latihan/pertandingan bulanan seperti dirancang.

Akhir sekali berbanyak terimakasih kepada semua jurulatih, pengurus-pengurus, dan semua pihak yang membantu menjayakan program ini.

Lain-lain berita detail dan gambar/video berkenaan dengan program ini kepada warga pelayaran Terengganu sila ke fb Terengganu Sailing yang akan diupdatekan dari masa ke semasa.

Monday, December 3, 2012

Aktiviti hujung November Bermula Disember 2


 AKTIVITI 2: Pasukan Pelayaran Terengganu sempat berlatih 1 hari di hujung bulan November (30hb Nov) dan mulai semalam (01hb Disember) selepas kembali dari Kejohanan KFC-Perlis. Kedatangan sungguh menggalakkan dengan 22 pelayar hadir dan semuanya turun ke air walaupun terpaksa berganti bot untuk kelas Laser dan windsurf. Juga fleet Optimist dengan 16 bot boleh berada di air dengan semuanya dapat melengkapkan course adalah perkembangan yang sangat baik kepada pelayaran negeri Terengganu bagi masa depan.
Masih berlaku beberapa kerosakan kepada bot MORRES yang baru diperbaiki setelah beberapa kali digunakan untuk latihan pada bulan November dan memerlukan pembaikan semula. 

Disamping itu terimakasih diucapkan kepada semua pelayar yang hadir pada hari tersebut atas bantuan mengemaskini kawasan dan juga melakukan pembersihan kawasan parking juga bilik yang berterabur. Kerjasama dipinta dari semua untuk memastikan kekemasan kawasan yang kita gunakan kerana telah acap kali menerima teguran dari pihak pengurusan Riyaz. Kita berharap agar kita akan mendapat kelulusan tempat baru supaya kita lebih bebas dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih rancak lagi.

Awal pagi semalam juga Ahmad Danish telah ke Langkawi untuk latihan susulan bagi kelas windsurfing bagi menajamkan lagi skill beliau untuk persiapan kejohanan kebangsaan seterusnya mencerahkan peluang beliau terpilih sebagai atlet pelapis kebangsan. Ia telah dihantar oleh bapa beliau sendiri.

Pasukan sedang merancang beberapa acara terutamanya melibatkan kem latihan pusat bagi persediaan ke Kejohanan kebangsaan. Segala info dan update bolehlah diikuti di fb Terengganu Sailing yang dikhaskan untuk warga pelayaran Terenggau sahaja, Untuk kawan-kawan yang diluar sana sorry buat masa sekarang kita menghadkan kepada pelayar-pelayar Terengganu sahaja.



Aktiviti hujung November Bermula Disember 1

AKTIVITI 1: Kehangatan Monsoon Cup semakin terasa dengan minggu terakhir di warnai dengan MMRC seperti last posting dengan kedudukan selepas berakhirnya Monsoon Cup adalah seperti mana di cedok dari fb Monsoon Cup

by Monsoon Cup Malaysia on Friday, November 30, 2012 at 6:13pm ·

PULAU DUYONG, 30 November 2012 : Jeremy Koo (KFC Malaysia/KRT) proved he was too good for the rest when he defeated Hazwan Hazim in the finals of the Malaysian Match Racing Circuit (MMRC) Final Stage – Pulau Duyong, Terengganu held at the Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa. Hazwan, who was undefeated up to this point, had to settle for second place.



“This is absolutely the best outcome we could have hoped for, winning the fourth stage, as well as qualifying for the Monsoon Cup. We sailed the best we could in the light wind conditions, the team did a great job,” said Jeremy who received RM8,000 cash prize money sponsored by the State Government of Terengganu.......
 UNTUK MELIHAT ULASAN PENUH SILA LINK TAJUK
.............Keputusan kedudukan ranking dicedok dari fb tersebut adalah:
MMRC Final Stage-Pulau Duyong : Final Standings
1. Jeremy Koo (KFC Malaysia/KRT)
2. Hazwan Hazim (Permai Hotel Match Racing Team)
3. Harisfabillah Muhammad (RMNMRT2)
4. Masyuri Rahmat (RMNMRT1)
5. Nurul Ain Md.Isa (Ri-Yaz Heritage Sailing Team)
6. Mohd Saifullah Mohd Esa (Terengganu Sailing Team)

MELIHAT KEPUTUSAN SEBELUMNYA SEOLAH-OLAH  POK LAH MENANG KE ATAS AIN..???


Begitu banyak berita-berita yang terbit di media massa tidak seperti KFC Monsoon Regatta baru-baru ini, sehinggakan malas untuk mengambil entry. Waalupun begitu antara yang menarik dari Dunia Sukan

Pusingan Akhir MMRC Milik Jeremy »

JEREMY-CELEBRATES-HIS-VICTORY-OVER-HAZWAN Jeremy Koo muncul sebagai pemenang Pusingan 4 Sirkit Match Racing Malaysia (MMRC) 2012 yang berlangsung di Pulau Duyong hari… 

 Jeremy Koo Juarai MMRC 2012, Layak Ke Piala Monsun Jeremy Koo mengesahkan tempat beliau di kejohanan penutup musim Alpari...

 Masyuri dan Jeremy Bersaing Ke Piala Monsun Pencarian wakil Malaysia ke kejohanan perahu layar berprestij, Piala Monsun...

Juga Kehangatan AWMRC (A=Alpari -penaja baru mulai tahun 2012 ini) mulai terasa. Anda boleh mengikutinya antara posting menarik dari KL Pos:

1. Piala Monsun Jadi Buruan Dato’ Peter Gilmour