Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Friday, June 3, 2011

Blog Aktiviti Pelayaran di Terenganu

Ini adalah blog kedua saya dari arbi sailing corner selepas SailMast'X'tr tidak lagi aktif sehubungan dengan perpindahan saya menghirup angin pantai timur di Terengganu. SailMast'X'tr mungkin akan lebih kepada penyataan rasa hati terhadap memandang dari jauh sebagai orang luar terhadap perkembangan aktiviti latihan atlet kebangsaan palayaran yang nampaknya lesu dari pandangan luar......why?????. Nanti ada masa saya akan ulaskan juga merupakan salah satu alasan saya bertukar angin mungkin....

Blog baru ini memaparkan aktiviti-aktiviti pelayaran bot-bot kecil di negeri Terengganu. Lebih menumpukan kepada aktiviti pelayaran bot-bot kecil terutamanya melibatkan atlet-atlet negeri. Juga akan melaporkan aktiviti-aktiviti latihan dan pertandingan secara keseluruhan. Sebaik mungkin saya berharap atlet dan orang-orang disekeliling mereka dapat mengikuti perkembangan melalui blog ini terutamanya terhadap sesi latihan, pemilihan kejohanan dan prestasi semasa kejohanan.

Aktiviti-aktiviti bagi kelas keel bot (kelas Monsoon Cup) akan dimuat turun apabila mendapat maklumat dari pihak berkenaan.

Buat permulaan blog ini akan melaporkan aktiviti terdekat melibatkan Kejohanan Perahu Layar bagi Zon Timur. Latar belakang kejohanan ini adalah kali pertama diadakan setelah agak lama diperkata dan diperbincangkan samada pada peringkat persatuan kebangsaan, juga di dalam perancangan MSSM. Harapan agar ianya menjadi titik tolak kepada pelaksanaan apa yang dirancang.

Buat pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Pelayaran Terengganu (TESA) dengan kerjasama Pejabat Belia dan Daerah Besut sebagai penaja utama.

Venue: Perairan Kem Seri Keluang, Besut Terengganu

Tarikh: 06hb Jun hingga 09hb Jun (diikuti dengan klinik asas pelayaran untuk daerah Besut mulai 09hb hingga 11hb Jun 2011)

Kelas yang dipertandingkan adalah:
  1. Optimist Overall
  2. Optimist Novis
  3. Laser Rada Open
  4. Laser 4.7 Open
  5. Open Dinghy (Int 420)
Negeri Kelantan telah bersetuju menghantar 4 peserta bagi acara Optimist dan Laser...manakala Pahang yang bersetuju untuk menghantar 3 pelayar Optimist dan 2 Laser (4.7 dan Radial) nampaknya menghadapi masalah kelulusan peruntukan untuk kejohanan ini. Masih lagi menaruh harapan untuk melihat sekurang-kurangnya 1 pelayar bagi setiap kategori (Optimist, Laser Radial dan Laser 4.7). Sayangnya kelas Int 420 tiada penyertaan dari jiran kita Kelantan dan Pahang atas masalah bot dan tiada atlet.

Hingga kini penyertaan Optimist adalah sejumlah 16 penyertaan, 8 penyertaan bagi kelas Laser 4.7 dan Radial serta 3 penyertaan bagi kelas Int 420 (Open Dinghy).

Bot-bot telah dibawa ke Besut dari Pulau Duyong sebagai pusat latihan negeri dan juga dari Penarik, Setiu ya menunggu kehadiran pelayar sahaja.

No comments:

Post a Comment