Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Wednesday, January 9, 2013

Amaran Angin Kencang Laut Bergelora

Amaran angin kencang dan laut bergelora mulai hari semalam 08hb, alhamdulillah tidak menghampiri pantai kita. Dan pada hari ini (mulai semalam lagi) amaran Tahap 3 telah dikeluarkan oleh Jabatan meteorologi dan terkini:
Dikeluarkan pada pukul 05:41PM, 09 Januari 2013
 


AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA



SEKSYEN A: AMARAN UNTUK ORANG AWAMAngin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 40-50 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Tioman, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan dan Sabah Barat dijangka berterusan sehingga Ahad, 13 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sehingga kini keadaan di kawasan latihan Riyaz Heritage adalah tenang kecuali sekali-sekala angin puff datang dan juga sekali-sekala diselang seli dengan hujan ringan. walaupun begitu kewujudan dan pergerakan awan hitam agak ketara menyelubungi Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Kecuali perkara-perkara di atas dan dikuatiri datangnya angin ribut bersama petir sahaja yang akan mengahalang aktiviti latihan, kerana jika dianggarkan angin yang melanda pantai adalah sekitar  20-28kts (40-50kmsj) sahaja dan kemungkinan ombak sebesar 3 meter adalah dijangkakan tidak berlaku  di kawasan Riyaz yang terlindung. Oleh itu latihan tetap diteruskan dengan peningkatan tahap kewaspadaan dan keselamatan pelayar. Begitu juga dengan kejohanan KT2R akan diteruskan dan sehingga kini tiada keputusan penangguhan dibuat. Cuma kita amat menggalakkkan penglibatan warga pelayaran bagi yang berminat bukan sekadar dapat belajar berkaitan dengan pengendalian pertandingan tetapi juga turut membantu jika berlaku sesuatu keadaan yang di luar jangkaan.

2 hari latihan semalam dan hari ini keadaan angin adalah sederhana dan perlahan sekitar puff kira-kira 10-12kts dan kebanyakan masa dengan lull di bawah 7kts dan kadang-kadang 5-6 sahaja terutamanya pada latihan sesi petang hari ini hanya kira-kira 4-6kts sahaja....


 

No comments:

Post a Comment