Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Friday, September 30, 2011

BERITA MONSOON 2 dan Lawatan ke venue oleh Cawangan Pelapis MSN

  1. Awal petang tadi pihak cawangan Pelapis MSN dengan diiringi oleh pegawai USPTN negeri Terengganu telah melakukan lawatan ke venue latihan perahu layar Program Penyedian atlet SUKMA dan Program Tunas Harapan MSNT di Ri-yaz Heritage di Pulau Duyong. Taklimat berkenaan dengan perkembangan berkenaan dengan  program latihan dan prestasi atlet telah diberikan dengan harapan agar sukan pelayaran akan juga dimasukkan ke dalam program Cawangan Pelapis Negeri sebagaimana yang berlaku di negeri Johor, Selangor, Pahang, Melaka dan negeri-negeri lain yang telah melaksanakannya.
  2. Sebagaimana yang dimaklumkan hari ini merupakan hari pertama Pameran dan Demontrasi bot di Pantai Marina, Kemaman. Laporan dari Pok Lah:
    1. Diadakan dalam sungai dengan arus yang kuat....dan tiada angin; venue latihan tunas di Teluk Kalung adalah lebih baik untuk program ini....Tak apelah ini hanya demo aje tu..
    2. Dimaklumkan seramai kurang lebih 36 peserta mengambil bahagian...kira baik lah tu. Sementara para pembantu selain Pok Lah, Fathuddin juga ada coach Hamdan, Cikgu Anuar, Cikgu Rosnizam dan Cikgu Othman serta lain-lain??/kot....itu laporan dari coach Pok Lah tengah makan malam dengan dia orang.
    3. Bot khabarnya kena turun dari jeti kastam sedang khemah utama diletakkan agak jauh dari tempat bot. Bila dah turun kena cross sungai. Bot kena tambat tengah sungai/towing untuk mengelakkan hanyut.
    4. Kayak pula main dekat luar muara juga jauh dari tempat turun bot/parking lot dan khemah utama
    5. Kesimpulan tidak mencapai sasaran untukkan memberikan penerangan dan demontrasi sukan perahu layar kepada crowd orang awam.
  3. Tunggu laporan untuk besok mungkin ada berita lebih positif dari Pok Lah beserta dengan fotonya sekali.
Chow

No comments:

Post a Comment