Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, September 25, 2011

Makluman aktiviti September - Oktober

Pameran dan demontrasi sukan air sempena Monsoon Cup pada tahun ini yang melibatkan sukan rowing, kayak dan perahu layar yang sepatutnya bermula pada hujung lepas (22-23 Sep) telah ditangguh ke hujung minggu ini (29/9 - 1/10) bermula dengan Daerah Kemaman dengan perancangan daerah lain dibawa ke depan seperti jadual berikut:
  1. Daerah Kemaman - Pantai Marina (29/9-1/10)
  2. Daerah Dungun - Teluk Lipat (6-8/10)
  3. Daerah Marang - Pulau Kabu/Kuala Sg Marang (13-15/10)
  4. Daerah Besut - (Pantai Bulit Keluang) 20 - 22/10
  5. Daerah Setiu - Pantai Rhu 10 (27-29/10)
  6. Daerah Hulu Terengganu - (Water Front/Gawi/Tasik Kenyir) 3-5/11
  7. Daerah Kuala Terengganu - Pulau Duyong (10-12/11)
Berlaku beberapa pertindihan aktiviti pelayaran di Terengganu pada masa-masa tersebut antaranya:
  1. Pada Minggu pertama bulan 10 semasa Pameran dan demontrasi di Dungun juga akan diadakan pertandingan Monsoon Cup Match Racing kelayakan Malaysia mulai 7-10/10 bertempat di Riyaz heritage Pulau Duyong
  2. Juga pada hujung bulan Oktober atlet (SUKMA) negeri Terengganu akan beraksi di pertandingan KFC-Johor Open Regatta yang akan berlangsung pada 28-30/10 bertempat di Mersing Johor
  3. Pada minggu terakhir pameran dan demontrasi di Pulau Duyong, Kuala Terengganu juga akan
    1. berlangsung Karnival Tunas yang melibatkan atlet tunas perahu layar negeri setiap daerah
    2. kejohanan Perahu Layar Pantai Timur 3-2011 (EZ sail 3) yang melibatkan atlet negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan
          Semua aktiiviti ini akan bertempat di veneu yang sama iaitu di Pulau Duyong.

Update setiap aktiviti akan menyusul



No comments:

Post a Comment