Berakhir sudah Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2011. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Mungkin terdapat sedikit kecacatan dan kesilapan-kesilapan kecil tetapi tidaklah sampai menjejaskan perjalanan kejohanan.
Kejayaan menjalankan kejohanan ini menunjukkan yang kita mampu untuk menjaya dan merancakkan lagi aktiviti pelayaran di negeri Terengganu dan saya mencadangkan agar pada tahun hadapan kita mengadakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti kejohanan. Satunya mungkin elok dibuat pada pertengahan tahun ataupun setidak-tidaknya bersama bergabung dengan aktiviti yang dirangka atau seperti yang dicadangkan oleh Dato Rahin exco Pelancongan negeri Terengganu semasa berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah. Satu lagi cadangan dari Setiausaha TESA (Terengganu Sailing Association) juga adalah baik iaitu untuk menjayakan kejohanan Island Challenge iaitu maraton dari Pulau ke Pulau. Kejohanan kedua adalah Kejohanan Terengganu Monsoon Regatta 2012. Penambahbaikan rasanya perlu dilakukan dengan menaik taraf kejohanan-kejohanan tersebut dibuat secara International Open dengan menjemput pasukan dari luar Malaysia. Macam mana setuju tak?
Keputusan kejohanan belum dapat di postkan kerana saya masih menunggu keputusan-keputusan diemailkan kepada saya. Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya juga tahniah atas usaha keras anda dan cuba lagi pada tahun hadapan.
Disini kesempatan diambil untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada semua yang bekerja keras untuk menjayakan kejohanan ini dan ribuan terimakasih atas penat lelah dan masa yang diluangkan kepada pelaksanaan kejohanan ini:
Beberapa gambar menarik di post berikutnya.....bersambung

- Kepada orang kuat TESA: En Abdul Rashid Mohd Nor - T. Presiden, En Othman bin Sidek - Setiausaha, Hazman Bin Lazim- Bendahari, En Ayub Bin Deraman - AJK, en Rosdi Bin Muda-AJK, En Azanizam Bin AJK , En Anuar Bin Muda-AJK; yang telah bertungkus lumus sebelum bermula kejohanan lagi, berkampung di venue Pulau Duyong hinggalah tamat kejohanan ini masih lagi sibuk untuk mengemaskini peralatan dan tempat.
- Penuntut-penuntut dari Unisza yang dengan jayanya membantu melincinkan kejohanan ini dengan bantuan-bantuan pentadbiran, pengurusan dan membantu melaksanakan pengurusan di darat.
- Jabatan Bomba yang telah membantu keselamatan di air dengan pasukan keanggotaan 2 x bot telah memberikan kerjasama dan komitmen yang sangat tinggi bermula dari hari pertama sehinggalah tamat kejohanan.
- Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu masih lagi memasukkan acara ini sebagai salah satu aktiviti sampingan sempena Monsoon Cup dan membantu kemudahan facilitas terutama semasa acara perasmian pembukaan dan majlis penutup.
- MSN Terengganu membantu dengan kemudahan khemah, bangku dan lain-lain. SPONSOR SEKALI KOT?
- En Wan Hashim jawatankuasa tempat yang memberikan bantuan yang besar sehingga berjaya mendapatkan pengunaan tempat dengan lancar juga membantu untuk menyediakan penginapan.
- JKKK Pulau Duyong yang memberi sokongan kepada pelaksanaan kejohanan ini, membantu untuk mengarahkan mengosong dan menyediakan pontoon untuk meletakkan bot.
- Lain-lain pihak penaja: Kementerian Belia dan Sukan, KFC dan MSNT.
- Lain-lain pihak yang menolong yang tak tercatat dan tidak ketinggalan kepada pelayar-pelayar Terenganu yang membantu sebelum dan selepas kejohanan
- Akhirnya kepada pelayar-pelayar yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini dengan meriahnya, walaupun dalam notis yang singkat berjaya mendapatkan 80 penyertaan dari semua kelas dan kebanyakan negeri hadir kecuali Sabah, Sarawak, Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan dan Perlis.
- Tidak terlupa kepada pegawai-pegawai teknikal khasnya yang didatangkan oleh MYA.
Beberapa gambar menarik di post berikutnya.....bersambung
No comments:
Post a Comment