Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Monday, December 31, 2012

Laporan Kejohanan Kebangsaan (7) dan Ranking Kebangsaan Optimist

Kelas Optimist walaupun kurang menyerlah pada kejohanan ini kecuali bagi Ali Imran yang berstatus atlet kebangsaan dan Asmawi yang lain didapati tidak menepati apa yang disasarkan dan ada yang lari agak jauh dari sasaran masing-masing. Kejayaan dengan berada pada top 3 acara berpasukan di tempat kedua adalah kejutan yang mengurangkan sedikit kekecewaan atlet lain tidak menepati sasaran. Kemungkinan melupakan kehadiran peserta luar negara menyebabkan sedikit lari dari sasaran.

Walaupun begitu sedikit perkembangan yang positif ditunjukkan apabila beberapa dari mereka didapati lebih fokus dan memberi komitmen yang agak baik terutamanya semasa berada di air. Asmawi sebagai contoh memberikan penumpuan dan komitmen dan diterminasi yang baik dalam melakukan rutin sebelum start.

Keputusan acara individu secara ringkasnya bagi atlet negeri Terengganu adalah seperti berikut:
Athletes Name
Results
1.     Ali Imran Bin Othman
Overall 8th, Div B:  1st
2.     Asmawi Bin Azman
Overall 15th, Div B: 3rd
3.     Abdul Latif Bin Mansor
Overall 26th, Div B: 9th
4.     Mohd Izzuddin Bin Abdul Rani
Overall 39th, Div B:12th  
5.     Nuur Fatin Solehah Bt Abdul Rahman
Overall 84th, Div B: 31st, Girls: 18th
6.     Umar Al-Farouk Bin Mohd Zawawi
Overall 63rd, DivB: 22nd  
7.     Alyauma Akma bte Zulkefli
Overall 102nd, Div B: 38th, Girls: 23rd
8.     Ikrami Hakimin B Marham
Overall 77th, Div B: 28th
9.     Muhammad Khaidir Bin Mohd Zahawi
Overall 98th, Div C:22nd


Khaidir yang buat pertama kalinya beraksi pada kejohanan terbuka selepas hanya beraksi pada kejohanan Terengganu Norvis semasa Kejohanan KFC-Monsoon baru-baru ini telah menunjukkan prestasi yang memuaskan apabila turut mengatasi Auyoma yang juga buat pertama kali beraksi di luar Terengganu tetapi telah mempunyai pengalaman yang lebih luas.

Pencapaian bagi kelas perempuan sedikit mengecewakan di mana terutamanya Fatin sedikit merosot di mana juga telah jatuh di belakang Hakimi dalam keputusan keseluruhan. Fokus yang sedikit rendah dipercayai antara punca utama apabila antara punca kekalahan apabila salah satu perlumbaanya telah DNF apabila berada jauh di belakang garisan permulaan semasa persediaan bermula.


Juga rata-rata yang baru, (bukan pelaayr SUKMA) tidak begitu memahami sepenuhnya dengan keperntingan melakukan rutin persediaan start.

Memandangkan kelas Optimist ini mempunyai peserta yang ramai maka keputusannya tidak dimuat turunkan terus; jika berminat anda boleh dapati pada link di bawah:
  1. Keputusan Optimist Overall
  2. Keputusan Optimist By Division
  3. Keputusan Optimist Girls dan sekali lagi
  4. Keputusan Optimist Team Race
Manakala bagi kedudukan ranking regatta pula bagi kelas Optimist jelas top 5 diungguli oleh peserta Negeri Sembilan apabila tempat pertama, ketiga, kempat dan kelima di bolot mereka dengan peserta Melaka berada pada tangga ke-2.
Manakala Ali juga berjaya mencapai keputusan yang memuaskan apabila berjaya berada kedudukan ke-8 Overall dan Ke-4 bagi Kategori Junior.
Izzuddin pula berada pada kedudukan ke-27 Overall dan ke-8 Junior. Asri yang banyak tak menyertai kelas Optimist selepas bertukar ke kelas Laser 4.7 berada pada kedudukan ke-33, Asmawi ke-34 dan Latif ke-37. Kedudukan-kedudukan ini merupakan suatu yang agak kurang memuaskan tetapi setidak-tidaknya menjadi petanda aras yang kita perlu bekerja keras untuk memperbaiki kedudukan ranking pada tahun hadapan.
Bagi kategori perempuan juga kurang memuaskan tetapi memandangkan mereka ini masih terlalu baru didedahkan kepada pertandingan maka kita mengharap sesuatu yang lebih baik pada tahun hadapan

Keputusan bagi Malaysian Ranking Optimist adalah seperti berikut:
  1. Kedudukan Ranking Malaysia Optimist Overall
  2. Kedudukan Ranking Malaysia Optimist Junior
  3. Kedudukan Ranking Malaysia Girls

No comments:

Post a Comment