Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Friday, December 28, 2012

Laporan Kejohanan Kebangsaan (4): Windsurf + Bic Techno

Ulasan bersambung.... sori beberapa hari terhenti kerana kesibukan lain. Atas permintaan Haliza Hanif maka saya memaparkan dahulu ulasan sedikit sebanyak berkaitan dengan kelas windsurf dan  juga Bic Techno.

Pencapaian pelayar Terengganu hanya kepada Danish sahaja yang mengambil bahagian dan sepeti biasa kelas ini jelas masih tidak mendapat sambutan dari negeri-negeri selain pelayar kebangsaan dan pelaayr dari Pulau Pinang sahaja. Terengganu sendiri dengan hanya mempunyai 3 board nyata jelas sukar untuk mengembangkan kelas ini kerana hingga kini tiada mempunyai pelayar perempuan.

Walaupun Danish telah sedikit menunjukkan peningkatan tetapi masih jauh agak tertinggal berbanding dengan pemenang top 3. Walaupun begitu tahniah kepada Danish kerana dengan umurnya yang baru 12 tahun mampu menyaingi pelayar-pelayar yang lebih berusia darinya seolah bertanding dengan handicap. Kita berharap Danish akan menunjukkan peningkatan prestasi yang lebih baik dengan komitmen dan usaha yang lebih keras dan lebih sistematik pada tahun hadapan.

Sekalung tahniah kepada Katherine pemenang pingat emas Perempuan SUKMA yang berjaya mengungguli acara Bic Techno ini menumpaskan pemenang pingat emas SUKMA lelaki yang juag merupakan pelayar kebangsaan Black Danial dan juga pemenang pingat Perak Husaini. Sebagaimana semua sedia maklum persiapan untuk menjadi juara itu melibatkan semua elemen termasuklah dalamnya dari segi persediaan mental. teknik, fizikal dan tidak ketinggalan persediaan bot akan memainkan peranan dalam menentukan kecemerlangan...so tiada alasan apatah lagi apabila sudah berada pada tahap sebagai pelayar kebangsaan apatah lagi.


Sementara itu kedudukan ranking kebangsaan bagi kelas windsurfing juga sepertimana kedudukan Kejohanan Kebangsaan hanya berkisar kepada personal yang sama melibatkan atlet kebangsaan dan pelayar senior orang lama. Somad yang tidak menghadiri beberapa kejohanan selepas SUKMA menyaksikan ia terpaksa berpuashati di tempat ke-lima sahaja. Begitu juga alasan yang sama buat  Cat (Katherine) berjaya menempatkan dirinya pada kedudukan ke-empat bagi ranking kebangsaan. Sistem mata yang tinggi bagi fleet yang kecil menyebabkan agak susah untuk mengejar apabila ketinggalan beberapa kejohanan dalam ranking. 





1 comment:

  1. Tetapi keputusan Somad sekiranya ada pecahan gender berada pada tempat kedua. Adakah perlu pecahan gender tersebut

    ReplyDelete