Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Thursday, December 15, 2011

Latihan di Langkawi Berakhir

Hari ini merupakan hari terakhir pasukan perahu layar Terengganu menjalani latihan di Pulau Langkawi bagi persiapan menghadapi kejohanan kebangsaan akan berlangsung di Timah Tasoh. Pasukan akan bergerak seawal pagi esok untuk ke Timah Tasoh bagi persediaan akhir menghadapi Kejohanan Kebangsaan yang akan berlangsung pada 19hb ini.
Sedikit rentetan aktiviti pasukan sambungan dari yang lepas:
  1. Ahad 11hb; Rest day aktiviti atlet di Telaga Tujuh....relaxing. Kumat juga telah melapor pada hari ini... joint sekaki.
  2. Isnin 12hb; Latihan dijalankan dengan keadaan angin yang baik di luar channel. Bermula dengan angin 11-12kts meningkat 12-14kts kemudiannya dan gust ada yang mencecah 15kts. Berlaku kerosakan pada layar pasukan negeri yang dah usang. Somad mengalami kerosakan pada puncak layarnya, manakala Solehudin mengalami kerosakan pada spinnaker yang agak teruk. Mainsail Husna juga mengalami koyak pada bahagian clew. Optimist menjalani latihan seperti biasa berhadapan dengan kompleks PLPLK. Latihan sesi petang gym kepada pelayar dinghy.  Pada sebelah malamnya diadakan night sailing untuk semua untuk latihan kepada feeling dan sense. Beberapa pelayar Kedah ikut turut serta termasuk Faizal yang berpasangan dengan Hafizzudin
  3. Selasa 13hb; Latihan dipecah kepada 2 kumpulan dengan dinghy turun menjalani latihan pada sesi pagi (masalah bot jurulatih hanya tinggal 1) dan Optimist pada sebelah petang. Kumpulan yang tidak menjalani latihan di air mengadakan teori. Latihan bagi pelayar dinghy hanya diadakan di hadapan kompleks PLPLK memandangkan keadaan angin yang agak perlahan dengan Anas berpasangan dengan Solehudin. Penggiliran latihan bagi kelas Int 420 telah dilakukan memandang penambahan Kumat yang joint pasukan dan Anas turut serta. Manakala Somad pula menjalani latihan dengan Bic Techno. Teori malam juga diadakan dengan melihat semula video sailing 420.
  4. Rabu 14hb; Optimist pula menjalani latihan pada sesi pagi dengan kelas dinghy melakukan senggaraan pada bot yang mengalami beberapa kerosakan dengan tali yang hampir putus pada traveller Laser, jib sheet 420 juga mengalami kerosakan yang sama. Pagi ini juga baru berpeluang untuk menghantar layar yang koyak pada latihan 2 hari lepas untuk pembaikan...Hangus juga RM 250.00. Dinghy menjalani latihan pada sesi petang dengan hanya mengadakan short training (prestasi yang agak teruk pada hari ini memandangkan beberapa atlet mengalami batuk dan demam - Muslim dan Mustaqiim). Kumat dan Sollehudin juga beraksi kurang menarik. Mengadakan 3 x race bersama denan pelayar Kedah.
  5. Khamis 15hb; Hari ini hanya mengadakan latihan singkat dengan mengadakan pertandingan RM10 kepada champion. 4 races telah berjaya diadakan oleh kelas Optimist manakala dinghy 3 races. Tahniah kepada pemenang..semuanya dimenangi oleh pelayar Terengganu. Optimist dimonopoli oleh Asri manakala dinghy oleh pasangan Kumat dan Fathuddin. Solehudin dan Anas tidak turun menyiapkan bot untuk pertandingan kebangsaan. Pelayar melakukan unrig dan penyerahan peralatan selepas pertandingan. Aktiviti bebas selepas tuuu..........shopping sakan...beli coklat...
 Beberapa gambar menarik pada next posting..

No comments:

Post a Comment