Salam dari Langkawi
Pasukan Pelayaran Terengganu selamat menjalani latihan di Kompleks Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan Langkawi (PLPLK)
Masuk hari ini bermakna telah masuk hari ke-empat kami menjalani latihan dan hari ini atlet telah diberi rehat setelah semalam menjalani latihan dalam keadaan angin bertiup baik 12-14kts dengan 2 sesi; satu sesi di luar Kuah dan satu di dalam channel Kuah berhadapan dengan PLPLK. Renteten pergerakan secara ringkasnya:
Akhir kalam selamat menyambut hari lahir kepasa Somad (semalam dan telah selamat bermandi tepung dan telur) dan juga kepada coach Pok Lah......jangan lari heh.....hehe mana mau lari....Somad doh mencari nak balas dendam dihati...semalam dia kena.....hari ni.....

- Pergerakan ke utara semenanjung bermula seawal pagi Selasa 06hb seperti biasa dengan bas MSNT, secara berkonvoi dengan lori yang membawa bot dan juga kereta coach Rani.
- Perancangan untuk segera sampai dan terus menurunkan bot di Timah Tasoh, Perlis tergendala apabila lori telah tersalah jalan selepas memasuki tol Plus Gurun telah memilih laluan ke selatan dan terpaksa berpatah balik melalui exit Sg Petani Utara. Juga masa yang diambil untuk menurunkan bot juga hampir 1 jam lebih.
- Terpaksa bermalam di Beseri (Timah Tasoh). Mula-mula pergi ke homestay penginapan yang akan diduduki semasa kejohanan kebangsaan nanti, tetapi memandangkan yang rumah tersebut hanya mempunyai 2 bilik sedangkan strength lelaki agak ramai iaitu kira-kira 15 orang maka pasukan berpindah menginap dirumah lama semasa Kejohanan Perlis Open dahulu. Makan malam di Restoren Tok Mek; Somad sampai kesudah tak dapat sup yang di ordernya.
- Seawal pagi Rabu 07hb, bertolak ke jeti Kuala Perlis singgah sebentar di Restoren Kak Bariah pekena sarapan pagi. Que yang panjang utk beli tiket kehangatan LIMA punya cerita. Nasib baik coach Sahril dari Selangor dah beratur awal pagi lagi terus tumpang dia untuk beli tiket. Jam 1000am belayar (tanpa layar) ke Langkawi.
- Menginap di Motel Awanza kurang 1km dari PLPLK. Penginapan hanya sehingga 10hb sahaja dan kemudian akan berpindah ke kompleks PLPLK. Selepas makan tengahari mendapatkan bot, bot rig dan preparation. Atlet turun ke air latihan penyesuaian dengan keadaan dan bot. Angin perlahan 5-10kts semasa puff. Seperti bias angin TL Langkawi sentiasa tidak steady dan seperti biasa juga Int 420 mengambil sedikit masa tambahan untuk menyediakan bot.
- Khamis 08hb, latihan seperti biasa bermula dengan latihan fizikal. Pelayar turun ke air hampir jam 1100 pagi menuju ke luar Kuah. Sayangnya angin hanyalah perlahan tetapi masih lagi berombak kecil. Cuaca agak panas berbanding dengan latihan di Kuala Terengganu. Latihan diadakan 2 sesi. Sesi petang hanya dilakukan di hadapan PLPLK. Lewat petang angin bertukar dari TL ke BD dengan choppy kira-kira 8-10kts.
- Jumaat 09hb, Latihan sesi pagi diadakan di hadapan PLPLK dengan bot speed race downwind dan upwind good wind 8-10kts. Latihan sesi petang juga diadakan di kawasan sama dengan bentuk latihan pun sama. Angin agak baik sama macam pagi. Keadaan atlet semuanya baik kecuali Ali mengalami demam dan tak menjalani latihan pada hari ini.
- Sabtu 10hb, Latihan pada hari ini agak mencabar dengan angin bertiup baik mulai awal pagi. Pelayar turun ke laut sekitar jam 1000am dan terus bermain di luar Kuah. Angin sekitar 11-13kts dan gust ada yang 14kts. Keadaan laut berombak dengan chopp dan swell berselang-seli. Sesi petang dijalankan di channel Kuah menuju ke jeti Polis Marin/Maritim Malaysia. Angin baik pada awal pagi tetapi menjadi perlahan pada penghujung latihan.
Akhir kalam selamat menyambut hari lahir kepasa Somad (semalam dan telah selamat bermandi tepung dan telur) dan juga kepada coach Pok Lah......jangan lari heh.....hehe mana mau lari....Somad doh mencari nak balas dendam dihati...semalam dia kena.....hari ni.....
No comments:
Post a Comment