Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Friday, December 2, 2011

BERITA MONSOON MELABUHKAN TIRAI



Kejohanan Monsoon Cup Match Racing Championship telah pun berakhir dengan kejohanan ini sebagai penutup World Match Racing Tour (WMRT 2011) bermakna kejohanan ini menjadi satu kejohanan yang sangat penting dan menarik kerana ia juga selain menentu siapakah juara monsoon juga menentukan siapa yang memenangi WMRT 2011 kerana perbezaan mata antara peserta amatlah hampir.

Berakhir pusingan separuh akhir Piala Monsoon telah dapat diketahui siapakah pemenangnya dengan Ian Williams dari Team GAC Pindar (team coach Pok Lah kita berlatih bersama 1 minggu sebelum Piala Monsoon) telah berjaya memenangi piala berprestij WMRT 2011 apabila saingan terdekat (Francesco Bruni-France) gagal memasuki pusingan separuh akhir.

Ian Williams juga turut seterusnya menungguli Piala Monsoon apabila mengalahkan Johnie Berntsson pada pusingan akhir. Keputusan Piala Monsoon adalah seperti berikut.
 
SKIPPERS STANDINGS
IAN WILLIAMS
TEAM GAC PINDAR
1
JOHNIE BERNTSSON
BERNTSSON SAILING TEAM
2
JESPER RADICH
ADRIAN LEE & PARTNERS
3
PETER GILMOUR
YANMAR RACING
4
WILLIAM TILLER
FULL METAL JACKET RACING
5
PHIL ROBERTSON
WAKA RACING TEAM
6
BJöRN HANSEN
MEKONOMEN SAILING
7
FRANCESCO BRUNI
BRUNI RACING
8
TORVAR MIRSKY
THE WAVE MUSCAT
9
MATHIEU RICHARD
FRENCH M. R. TEAM
10
DAMIEN IEHL
FRENCH M. R. TEAM
11
JEREMY KOO
ABDULLAH CHAN / KRT
12

Kejohanan Piala Monsoon pada kali ini menepati namanya sebagai Monsoon Cup apabila peserta-peserta terpaksa mengharungi sepanjang kejohanan dengan keadaan angin yang agak kuat bersama dengan angin hujan diselangi dengan puff dan lull yang agak ketara.

Bersama dengan kejohanan Piala Monsoon ini juga Persatuan Terengganu Sailing Association (TESA) telah diberi kepercayaan oleh Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) untuk mengadakan beberapa aktiviti -aktiviti sampingan bermula dengan:
  1. Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2011 seperti mana diterangkan dalam posting terakhir. Posting lepas menceritakan kejayaan kejohanan ini yang berjalan dengan baik dan menarik.
  2. Bersama-sama membantu MYA membuka satu kaunter  kiosk menerangkan berkenaan aktiviti MYA. Kaunter telah dibuka berhampiran dengan pintu keluar ke jeti marina merupakan lokasi yang agak strategik cuma kurang persediaan oleh pihak MYA mengurangkan seri di kaunter ini.
  3. Menganjurkan kejohanan match racing bagi kelas International 420 dan Laser bersebelahan dengan gelanggang Piala Monsoon yang diadakan dihadapan Pasar Payang dan juga Pulau Warisan. Kejohanan ini telah menarik tumpuan pelawat terutama yang memenuhi Pasar Payang dan Pulau Warisan. Yang kurang menariknya kerana dimaklumkan lewat oleh persatuan menyebabkan negeri-negeri tidak dapat menghantar peserta dan oleh itu peserta-peserta Terengganu mengungguli kejohanan ini.
  4. Selain itu MYA juga telah menguruskan kepada persatuan-persatuan negeri menghantar kira-kira 30 pelayar-ahli ke venue Piala Monsoon Riyaz Heritage bagi memeriahan acara ini pada 26 dan 27hb November
Berakhirnya Monsoon Cup bermakna berita Monsoon juga melabuh tirai. Tidak bermakna aktiviti pelayaran anak-anak Ganu juga menurunkan layar....aktiviti latihan tetap diteruskan malahan pasukan perahu layar Terengganu di bawah kendalian TESA dan MSNT akan mengadakan program latihan tindik bersama dengan atlet kebangsaan di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan P.Langkawi pada 06hb hingga 16hb Disember dan seterusnya akan mengambil bahagian di kejohanan Penutup tirai 2011 di Kejohanan Kebangsaan di Timah tasoh Perlis mulai 19hb hingga 23hb Disember.

No comments:

Post a Comment