Terkini update...Pasukan Thailand akan turut sertai menyertai kejohanan ini dengan menghantar 2 pelayar Optimist dan 2 orang pegawai.
Kepada kekawan jadual di atas adalah jumlah penyertaan terkini kejohanan
- Masih terdapat negeri-negeri yang belum settle berkaitan dengan bot mereka harap perkara ini akan dapat diatasi segera, tiada banyak yang dapat dibantu...
- Juga penyertaan ada yang masih belum menghantar borang Preliminary Entry Form, sila berbuat demikian untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan yang juga akan melibatkan kita semua pada hari kejohanan sebenar. Termasuk untuk memasukkan awal nama peserta dalam scoring system.
- Tulisan merah di jadual di atas hanyalah anggaran saya sahaja jadi saya berharap anda tolong pastikan dan sekiranya bertukar atau salah tolong maklumkan kepada saya
- Begitu juga saya berharap saiz pakaian peserta pasukan anda dapat disertakan awal bagi memudahkan kami menyediakan jumlah saiz yang cukup. Ini bagi mengelakkan terutamanya pelayar Optimist tidak mendapat T-Gaun kerana tiada saiz kecil terpaksa pakai saiz besar. Pakaian untuk semua peserta + 2 x pegawai sahaja.
- Saya juga mendapati tuan-tuan ramai yang masih belum membuat booking penginapan. Ada beberapa homestay berhampiran sudah di booking pada masa tersebut. Jadi sila berbuat demikian dan tolong updatekan kepada saya.
- Saya berharap tuan-puan dapat merancang pergerakan pasukan dan peralatan anda dengan baik dan selamat. Sila maklumkan kepada pihak kami berkaitan dengan pergerakan anda.
- Sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan kepada apa-apa akan dimaklumkan kepada tuan-tuan kemudiannya.
- Kami merancang untuk menyediakan sarapan pagi, makan tengahari - pack lunch dan minum petang. Sekiranya ada peserta tuan-tuan yang mempunyai alergi atau sesuatu kelainan dari yang biasa sila beritahu mungkin....kami boleh membantu.
- Sekiranya ada-ada cadangan kepada penambahbaikan sila hubungi kami kot-kot boleh disegerakan dan akan menambah menceriakan kejohanan nanti.
- Sekali lagi kontak yang boleh dihubungi adalah:
- Abdul Rani Idris: 012 5296850, Fax/Tel: 09 6662276, email: abdulraniidris@gmail.com
- Othman Bin Sidek: 013 9212376, email: 9w2oms@gmail.com
No comments:
Post a Comment