Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Wednesday, October 17, 2012

AKTIVITI SAIL@GANU-OKTOBER MENUJU 3RD WEEK

Terengganu sailing pada bulan Oktober mingu-minggu kebelakangan ini berjalan seperti biasa. Program Pembangunan di bawah program tunas berjalan lancar dengan kedatangan pelayar-pelayar yang menggalakkan.
Malahan program semakin rancak dengan minggu pertama bulan Oktober pelayar dari Pulau Perhentian PLD Besut telah hadir menjalani latihan di Riyaz. Seramai 11 pelayar dengan 4 darinya perempuan telah berkampung selama 3 hari 2 malam di rumah coach untuk sesi kali ini.

2 pelayar dari Dungun juga telah hadir pada hari Sabtu untuk 2 sesi latihan. Agak malang sedikit bagi PLD Dungun dimana pantai kawasan latihan telah ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan. Perancangan PLD Dungun adalah untuk menjalani latihan di Riyaz buat sementara waktu.

Disamping itu latihan bagi atlet senior (SUKMA) negeri juga berjalan seperti biasa, masalahnya kedatangan atlet dari kelas-kelas Laser (Radial dan Standard) dan Int 420 kurang memberangsangkan kecuali bagi kelas Optimist berjalan dengan lancarnya. Mustaqiim yang menuntut di UMP, Angah persediaan STPM, Husna, Somad dan Kulim persediaan SPM menyebabkan kedatangan latihan suram. Kumat dan Fathuddin sekarang sudah berkerjaya begitu juga dengan Azri yang masih menunggu panggilan. Sementara itu Sail@Ganu mengucapkan selamat datang ke alam kejurulatihan buat Sollehudin yang sekarang menjadi salah satu tonggak kekuatan pasukan Sail@Ganu dalam melaksana dan merealisasi program Penyediaan Pasukan. Pasukan Perahu layar negeri Terengganu melalui mesyuarat JKKnya baru-baru ini teah bersetuju untuk memulakan elaun latihan bermula dari 26hb Ogos yang lalu jadi saya harap atlet-atlet dapat menjalani latihan seperti biasa disamping menyusun semula jadual kerja/sekolah dengan latihan.


Juga satu lagi berita baik untuk PLD-PLD dimana MSNT telah bermurah hati untuk meluluskan pembelian bot-bot latihan baru yang berkemungkinan besar pada tahun hadapan akan dilaksanakan

Terengganu sailing juga pada bulan ini sedang rancak dengan persiapan-persiapan bagi Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2012. Menuju ke minggu-minggu akhir persediaan menyebabkan jadual kerja menjadi sedikit sibuk. Bot-bot juga sedang diselenggarakan oleh Coach Solehuddin dengan dibantu oleh Coach Pok Lah bagi kegunaan pasukan dan kawan-kawan yang berhajat. Untuk makluman semua bot-bot telah hampir habis untuk persediaan kejohanan. Jumlah kedudukan bot akan saya postingkan pada post berikutnya sambil akan mengupdate table checklist penyertaan.

Sail@Ganu tidak terlewat rasanya mengucapkan selamat bertunang kepada coach Pok Lah dan pasangannya Nurul juga pada minggu pertama bulan Oktober. Bila rancnagnya nak dilangsungkan...Buatlah time Monsoon Cup meriah sikit..Buat plan ngan T-BEST adakan acara semasa salah satu slot Monsoon Cup baru nampak canggih passs tu masuklah dalam buku Malaysia Book of Record. Orang Malaysia suka buat rekod-rekod ni apa lagi...cari idea..MALAYSIA BOLEH..

No comments:

Post a Comment