Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, September 16, 2012

Terengganu Monsoon Regatta 2012

Untuk makluman Terengganu Sailing Association akan menganjurkan kejohanan Terengganu Monsoon Regatta 2012. Kejohanan ini sebagai salah satu acara yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui T-BEST sempena MONSOON CUP 2012.

Kepada kekawan yang berminat silalah datang beramai-ramai memeriahkan kejohanan ini. Hadiah kemenanagan selain medal dan wang tunai peserta juga akan diberi sijil penyertaan. Sama seperti tahun lepas kejohanan ini juga menawarkan persaingan antara pasukan terbaik yang diambilkira melalui pungutan mata peserta pada setiap perlumbaan berdasarkan kedudukan masing-masing.

Bulan November merupakan bulan pelayaran bagi negeri Terengganu yang mana akan diadakan juga beberapa acara lain pada bulan ini. Acara-acara ini akan saya updatekan kemudian

Bersama ini saya postkan detail berkenaan dengan acara tersebut. Sebarang perkembangan akan diupdatekan sepanjang masa:

  1. Preliminary NOR Terengganu Monsoon Regatta
  2. Preliminary Entry Form
  3. Lists of Accomodation
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ataupun cikgu Othman

Salam

Catatan Perjalanan 3

Pertandingan KFC-19th Merdeka Day Sabah baru sahaja berakhir; dengan perlumbaan terakhir tidak dapat dijalankan kerana hari ini angin tidak seperti 2 hari sebelumnya hanya bertiup di bawah 2 kts dan kadang-kadang tiada angin langsung.

Pelayar kini sedang sibuk melakukan unrig dan pemulangan bot.

Juga bermakna keputusan hari semalam kekal dengan Terengganu berjaya memenangi
  1. Tempat ke-2 bagi acara Int 420 (Solehudin dan fathuddin)
  2. Tempat ke-3 bagi acara laser Standard (Azri)
  3. Tempat ke-3 bagi acara Laser 4.7 (Asri)
Selain itu keputusan-keputusan melibatkan pelayar Terengganu;
  1. Laser Radial: Kumat ke-4 dan Mustaqiim ke-5
  2. Optimist: 
    1. Izzuddin ke-20 Overall dan ke-4 Div B
    2. Nuur Fatin ke-25 Overall dan Ke-6 Div B
Sekian; Laporan lanjut akan menyusul

Catatan Perjalan 2


Perjalanan 2: Kejohanan KFC-19th Merdeka Day Open Regatta 2012 masih berlangsung masuk hari ke-3 dengan berbaki 2 perjalanan berbaki.
 
Pertandingan berjalan lancar dengan keadaan angin dan ombak yang baik dan kadang-kadang mencabar tahap kemabukan coach terutama untuk hari semalam dengan ombak yang menenggelamkan bot Optimist ketika berada di bawah ombak.

Kedudukan pelayar Terengganu selepas 7 pertandingan berakhirnya hari ke-2 dengan 1 discard dibenarkan untuk kejohanan ini:
  1. Int 420: 2nd (Solehuddin dan fathuddin) di belakang Faizal dan Kiki - Kebangsaan, 3rd pelayar Negerei Sembilan
  2. Laser Standard: Azri ke-3 di belakang Nizam yang tak tercabar oleh group Laser dan juga Farhan si Moon dar Johor. Azri belayar pada kejohanan ini dengan masalah bot yang agak ketara berat dan penuh air.
  3. Laser Radial: Kumat menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan apabla memberikan saingan kepada pelayar-pelayar kebangsaan dan bekas (1st -Rufina, 2nd - Farhan dan 3rd - Amirah). Mustaqiim pula hanya berpuashati dengan kedudukan ke-5 dengan keputusan agak kurang memuaskan booking 5 dan 6 pada kebanyakan perlumbaan
  4. Optimist: 
    1. Izzuddin menunjukkan sedikit peningkatan apabila berjaya berada di aats sedikit dari pertengahan fleet dengan fleet B berada pada kedudukan ke-4.
    2. Nuur fatin Solehah menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan pada hari pertama dan semalam juga agak baik dengan sedikit merosot pada perlumbaan terakhirnya, merupakan kejohanan ke-2 luar negeri Terengganu selepas kejohanan MSSM
  5. Laser 4.7: Asri juga menunjukkan prestasi yang memuaskan bagi acara ini yang merupakan kejohanan yang pertama baginya terutama beraksi semasa angin melebihi 10kts. Cuma prestasi semasa angin perlahan sedikit merosot.
Hari terakhir hari iniAhad masih lagi AP dinaikkan kerana ketiadaan angin




Thursday, September 13, 2012

Merdeka Day Regatta 2012: Catatan Perjalanan 1

Update: beberapa gambar semasa...
Pasukan perahu layar buat masa sekarang sedang  berada di Kota Kinabalu untuk Kejohanan KFC-Merdeka Day Open Regatta 2012. Senarai peserta adalah mengikut seperti mana yang telah dipaparkan pada posting lalu, Syukur Pasir dan Kumat yang pada awalnya tidak dapat bersama pasukan telah berada di KK akhirnya.

Atlet telah menerima bot masing-masing kecuali Azri masih belum menerima botnya lagi (bot dari TLDM). Persiapan asas bot baru shj dilakukan. Kelemahan persiapan menyediakan peralatan yang dilewatkan dan tidak mengikut jadual menyebabkan beberapa perkara tidak dapat dilakukan dengan lancar.

Coretan perjalan ke Sabah:
  1. Isnin dan Selasa (10 & 11hb) Hanya Laser 4.7 dan Optimist melakukan persiapan bot pada hari Isnin. Tak boleh nak secured semua peralatan kena tunggu hingga Selasa.
  2. Selasa 18++ pergerakan ke LCCT bermula dari MSNT:
    1. Singgah Pulau Duyong ambil Fatin
    2. Singgah Dungun ambil En Rosdi
    3. Berhenti makan di Paka, Dungun
    4. Singgah sebentar hari ini dalam sejarah tak semena-mena seekor ular sawa (besar gila untuk kategori anak ular) berehat ditengkok coach di dalam bas. Tak caya nih hah videonya kat dalam fb.
    5. Singgah UMP utk ambil Mustaqiim dan terakhir sekali setelah berehat sebentar di Hentian Karak, perjalanan diteruskan dengan stop terakhir di hentian Rehat Dengkil
  3. Rabu pagi selepas berehat, mandi dan solat Subuh di R&R Dengkil akhirnya perjalan dengan bas berjaya dengan selamatnya sampai ke LCCT.
  4. Penerbangan mengikut jadual dengan sedikit lewat hampir-hampir jam 1000am ke KKIA Terminal 2. Perjalan ke tempat penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Thank Pak Yusop dan Untie Chin-Chin datang menjemput kitarang kat airport.
  5. Sekitar jam 1330 setelah berehat sebentar ke kelab KYC (Kinabalu Yacht Club), singgah sebentar di Medan Selera Tg Aru untuk makan tengahari. Semua bot berjaya dapat kecuali Azri
Sekian laporan awal1: 12hb September 2012



Sunday, September 9, 2012

Latihan Mingguke-2 Fasa1 2012-2013

Aktiviti latihan hujung minggu lalu berakhir hanya 2 hari latihansahaja dapat dijalankan dengan kehadiran atlet tunas yang semakin memberangsangkan. Tetapi latihan didapati agak mencabar minda coach....

  1. Latihan hari Khamis berjalan dengan baik mulai jamh 3.00 ptg hingga jam 6.30ptg. Momentum ini jika berterusan rasanya lagi 3-5 sesi pelayar mampu membawa sendiri bot dalam keadaan angin 4-7kts.
  2. Latihan hari Jumaat:
    1. Bermula sesi pagi untuk pelayar-pelayar terutamanya tunas....masih melakukan ujian fizikal terpaksa coach Pok Lah bersendirian...coach Rani sedikit sibuk dengan persiapan akhir menyediakan NOR Terengganu Open 2012. Harapan tahun ini bertambah ramai penyertaan dengan sedikit awal NOR dikeluarkan. Rancangnya kalau kepada MYA dan state semasa AGM MYA. Cuma beberapa kekeliruan dan keraguan masih menjadi tanda tanya...???
    2. Semasa sesi pagi didapati ada pelayar yang hadir tetapi tidak bersama dengan kumpulan melepak di bahagian lain termasuk diruangan restoren Cindai Ballroom Riyaz. Perkara ini perlukan pemantauan bersama dan langkah-langkah pencegahan sebelum merbak ke-isu-isu lain yang mungkin lebih besar kesannya terhadap program.
    3.  Sesi teori bermula jam 1130 selepas pelayar dilepaskan pulang kira-kira 1 jam kerana ramai yang belum bersarapan pagi... Perlu ada pengurusan dalam hal ini supaya waktu tidak banyak terbuang. Pelayar digalakkan untuk membawa sendiri bekalan makan pagi
    4.  Tengahari atlet tunas dilepaskan untuk balik makan tengahari. Terdapat beberapa atlet yang tidak balik terus ke rumah tetap berada di tempat lain tanpa pengetahuan pihak keluarga dan ini merisaukan sehingga ada pelayar diturut oleh keluarga dan disuruh balik. Agak merugikan perkara ini berlaku dan seterusnya pelayar tidak boleh mengikuti sessi berikutnya pada sebelah petang. Pelayar telah diingatkan akan pekara ini.
    5. Petang sekitar jam 1445ptg pelayar mulai turun ke air. Latihan pada awalnya berjalan lancar dengan 2 bot Optimist Senior (Izzuddin, Fatin), 3 bot Optimist Tunas, 1 x windsurf tunas, 1 x Laser 4.7 (Asri). 
    6. Tiba-tiba seorang pelayar mengadu sakit kaki tercucuk benda (disyaki terkena duri ikan mati). Agak teruk juga dengan menangis-nangis dan dihantar balik oleh Omar Al Farouk.
    7. Pada masa yang sama ribut mulai melanda venue latihan. Tindakan pantas dilakukan oleh pihak jurulatih dan pelayar senior mengarahkan semua pelayar naik ke darat telah berjaya mengelak sesuatu yang buruk dari berlaku. Cuma pelayar windsurf sahaja (bersama coach Pok Lah lagi 1 windsurf) gagal balik ke pantai kerana agak jauh ke tengah dan tidak mampu mengemudikan layar dalam keadaan angin melebihi 20kts kira-kira 30min). Sekali lagi tindakkan pantas Sollehudin membawa coach boat telah berjaya melakukan recovery terhadap Pok Lah dan windsurf. 
    8. Dimaklumkan pada masa yang sama pelayar yang tercucuk duri tadi ditimpah musibah lain kerana dimaklumkan rumahnya telah ditimpa pohon yang tumbang menimpa sebahagian rumahnya semasa ribut.
    9. Atlet tunas diberi pelepasan sebaik ribut berakhir dengan keadaan angin yang telah mati di bawah 2kts.
    10. Sesi diteruskan untuk student Uniszar dengan sesi pemasangan bot Laser dibantu oleh Sollehudin dan pelayar senior.
  3. Itulah dia sssi minggu ini yang agak mencabar minda dan kudrat....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
  4. Moral of story...
    1. Program pembangunan berjalan dengan baik sekali dan lancar.
    2. Kelancaran dan peningkatan prestasi dapat berlaku dengan lebih pantas dengan latihan berterusan berjadual dan dengan bantuan pelayar-pelayar senior
    3. Pertolongan dan kerjasama dari semua yang terlibat amatlah diperlukan dan dihargai dan nyata berjaya membuatkan program berjalan lancar dan mampu mengelak dari berlaku sesuatu keburukan dan musibah lain yang tak terjangka.
    4. Mengikuti setiap standard Operating Procedure amatlah penting dalam menjayakan program latihan.
    5. Last but not least....mana pelayar-pelayar senior lain kenapa tidak datang berlatih; kecuali pelayar-pelayar yang mempunyai peperiksaan anda dikecualikan, yang lain???. Harap masalah ini dapat diatasi segera..kerana kerbau di pegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya (katanya), ikutlah program latihan telah kita bersama-sama rancangkan.
  5. Tidak terlupa sehingga kini saya masih lagi tidak menerima laporan latihan atlet...okey sape antar dulu kita bagi duit raya...hehehh.. Cikgu Othman plan nak buat jamuan raya di Setiu, moga-moga berlaku. jadikan cikgu....???


Thursday, September 6, 2012

Pencapaian Terkini

Kepada atlet-atlet negeri yang ingin mendapatkan kedudukan terkini dan pencapaian mereka sepanjang program SUKMA 2012 untuk apa-apa jua kegunaan seperti untuk mendapatkan insentif ganjaran, pingat anugerah dan sebagainya boleh mendapatkannya di link di bawah:


Fasa transisi sudah berakhir; atlet diingatkan untuk melengkapkan borang aktiviti yang telah diberikan dan menyerah kembali kepada saya.

Atlet tidak bersekolah dan atlet yang tidak mempunyai peperiksaan penting juga hendaklah mulai menjalani latihan seperti yang telah dirancang.

Aktiviti-aktiviti Pasukan:
  1. Untuk makluman majlis pelancaran program mentor akan ditangguh kepada antara tarikh berikut: 24hb-26hb September bersempena dengan Klinik Perahu Layar dan Circuit MSST 1-12 anjuran MSST.
  2.  Aktiviti latihan pertandingan terkini pasukan perahu layar Terengganu adalah Kejohanan KFC-Merdeka Day 2012 yang akan berlangsung di KYC, Tg Aru, Kota Kinabalu Sabah mulai 14hb - 16hb Sep. 
    1. Pasukan dijangka bergerak pada 11hb atau 12hb Malam dengan bas ke Kuala Lumpur (LCCT)
    2. Senarai atlet terpilih adalah:

KELAS
NAMA ATLET
OPTIMIST
1.   Muhammad Izzuddin Bin Abdul Rani
2.   Nuur Fatin Solehah binti Abdul Rahman
LASER
3.   Mohd Asri Bin Azman
4.   Muhammad Amirul Mustaqiim Bin Abdul Rani
5.   Azri Bin Suhaimi
6.   Tengku Mohd Amirul Asraf Bin Tengku Othman
INT 420
7.   Mohd Sollehudin Bin Ismail
8.       Mohammad Fathuddin Bin Salleh
COACH
9.   Abdul Rani Bin Idris
10.  Mohd Saifullah Bin Mohd Esa
PENGURUS
11.  Rusdi Bin Muda



Wednesday, September 5, 2012

Selamat Menyambut Idul Fitri dan Berposting Kembali

Sempena masih lagi berada di bulan Syawal...belum terlewat rasanya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri dengan ucapan ampun maaf atas segala ketelanjuran, tersilap-tersalah perkataan, perbuatan dan tingkah yang menyinggung sesiapa yang mengenali diri ini.

Kalau ada terhutang tu bagi tau la no..maklumlah selalu terlupa...biasala tu utang orang pada kita pun terlupa ini kan pula utang kita pada orang....hehhhhh....hehh

Juga maaflah lama tak berposting...boring dan terlalu sibuk dengan program penyediaan SUKMA Baru kini lega sedikit...SUKMA dah berakhir. Baru ada can ditambah dengan kejayaan TERENGGANU HANELANG menjuarai SUKMA buat kali ke-4 berturut-turut dan jugasyabas kepada kejayaan pasukan perahu layar negeri berjaya memenangi 3 pingat emas berada di tangga kedua di belakang negeri Kedah dengan 4 emasnya dalam jumlah pungutan pingat acara pelayaran.

Untuk tatapan semua beberapa gambar yang sempat dirakam bagi persiapan SUKMA:
1. Gambar sempena lawatan VIP ke venue latihan Riyaz Heritage