Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, September 16, 2012

Terengganu Monsoon Regatta 2012

Untuk makluman Terengganu Sailing Association akan menganjurkan kejohanan Terengganu Monsoon Regatta 2012. Kejohanan ini sebagai salah satu acara yang dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui T-BEST sempena MONSOON CUP 2012.

Kepada kekawan yang berminat silalah datang beramai-ramai memeriahkan kejohanan ini. Hadiah kemenanagan selain medal dan wang tunai peserta juga akan diberi sijil penyertaan. Sama seperti tahun lepas kejohanan ini juga menawarkan persaingan antara pasukan terbaik yang diambilkira melalui pungutan mata peserta pada setiap perlumbaan berdasarkan kedudukan masing-masing.

Bulan November merupakan bulan pelayaran bagi negeri Terengganu yang mana akan diadakan juga beberapa acara lain pada bulan ini. Acara-acara ini akan saya updatekan kemudian

Bersama ini saya postkan detail berkenaan dengan acara tersebut. Sebarang perkembangan akan diupdatekan sepanjang masa:

  1. Preliminary NOR Terengganu Monsoon Regatta
  2. Preliminary Entry Form
  3. Lists of Accomodation
Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya ataupun cikgu Othman

Salam

No comments:

Post a Comment