Aktiviti latihan hujung minggu lalu berakhir hanya 2 hari latihansahaja dapat dijalankan dengan kehadiran atlet tunas yang semakin memberangsangkan. Tetapi latihan didapati agak mencabar minda coach....
- Latihan hari Khamis berjalan dengan baik mulai jamh 3.00 ptg hingga jam 6.30ptg. Momentum ini jika berterusan rasanya lagi 3-5 sesi pelayar mampu membawa sendiri bot dalam keadaan angin 4-7kts.
- Latihan hari Jumaat:
- Bermula sesi pagi untuk pelayar-pelayar terutamanya tunas....masih melakukan ujian fizikal terpaksa coach Pok Lah bersendirian...coach Rani sedikit sibuk dengan persiapan akhir menyediakan NOR Terengganu Open 2012. Harapan tahun ini bertambah ramai penyertaan dengan sedikit awal NOR dikeluarkan. Rancangnya kalau kepada MYA dan state semasa AGM MYA. Cuma beberapa kekeliruan dan keraguan masih menjadi tanda tanya...???
- Semasa sesi pagi didapati ada pelayar yang hadir tetapi tidak bersama dengan kumpulan melepak di bahagian lain termasuk diruangan restoren Cindai Ballroom Riyaz. Perkara ini perlukan pemantauan bersama dan langkah-langkah pencegahan sebelum merbak ke-isu-isu lain yang mungkin lebih besar kesannya terhadap program.
- Sesi teori bermula jam 1130 selepas pelayar dilepaskan pulang kira-kira 1 jam kerana ramai yang belum bersarapan pagi... Perlu ada pengurusan dalam hal ini supaya waktu tidak banyak terbuang. Pelayar digalakkan untuk membawa sendiri bekalan makan pagi
- Tengahari atlet tunas dilepaskan untuk balik makan tengahari. Terdapat beberapa atlet yang tidak balik terus ke rumah tetap berada di tempat lain tanpa pengetahuan pihak keluarga dan ini merisaukan sehingga ada pelayar diturut oleh keluarga dan disuruh balik. Agak merugikan perkara ini berlaku dan seterusnya pelayar tidak boleh mengikuti sessi berikutnya pada sebelah petang. Pelayar telah diingatkan akan pekara ini.
- Petang sekitar jam 1445ptg pelayar mulai turun ke air. Latihan pada awalnya berjalan lancar dengan 2 bot Optimist Senior (Izzuddin, Fatin), 3 bot Optimist Tunas, 1 x windsurf tunas, 1 x Laser 4.7 (Asri).
- Tiba-tiba seorang pelayar mengadu sakit kaki tercucuk benda (disyaki terkena duri ikan mati). Agak teruk juga dengan menangis-nangis dan dihantar balik oleh Omar Al Farouk.
- Pada masa yang sama ribut mulai melanda venue latihan. Tindakan pantas dilakukan oleh pihak jurulatih dan pelayar senior mengarahkan semua pelayar naik ke darat telah berjaya mengelak sesuatu yang buruk dari berlaku. Cuma pelayar windsurf sahaja (bersama coach Pok Lah lagi 1 windsurf) gagal balik ke pantai kerana agak jauh ke tengah dan tidak mampu mengemudikan layar dalam keadaan angin melebihi 20kts kira-kira 30min). Sekali lagi tindakkan pantas Sollehudin membawa coach boat telah berjaya melakukan recovery terhadap Pok Lah dan windsurf.
- Dimaklumkan pada masa yang sama pelayar yang tercucuk duri tadi ditimpah musibah lain kerana dimaklumkan rumahnya telah ditimpa pohon yang tumbang menimpa sebahagian rumahnya semasa ribut.
- Atlet tunas diberi pelepasan sebaik ribut berakhir dengan keadaan angin yang telah mati di bawah 2kts.
- Sesi diteruskan untuk student Uniszar dengan sesi pemasangan bot Laser dibantu oleh Sollehudin dan pelayar senior.
- Itulah dia sssi minggu ini yang agak mencabar minda dan kudrat....Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
- Moral of story...
- Program pembangunan berjalan dengan baik sekali dan lancar.
- Kelancaran dan peningkatan prestasi dapat berlaku dengan lebih pantas dengan latihan berterusan berjadual dan dengan bantuan pelayar-pelayar senior
- Pertolongan dan kerjasama dari semua yang terlibat amatlah diperlukan dan dihargai dan nyata berjaya membuatkan program berjalan lancar dan mampu mengelak dari berlaku sesuatu keburukan dan musibah lain yang tak terjangka.
- Mengikuti setiap standard Operating Procedure amatlah penting dalam menjayakan program latihan.
- Last but not least....mana pelayar-pelayar senior lain kenapa tidak datang berlatih; kecuali pelayar-pelayar yang mempunyai peperiksaan anda dikecualikan, yang lain???. Harap masalah ini dapat diatasi segera..kerana kerbau di pegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya (katanya), ikutlah program latihan telah kita bersama-sama rancangkan.
- Tidak terlupa sehingga kini saya masih lagi tidak menerima laporan latihan atlet...okey sape antar dulu kita bagi duit raya...hehehh.. Cikgu Othman plan nak buat jamuan raya di Setiu, moga-moga berlaku. jadikan cikgu....???
No comments:
Post a Comment