Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, September 16, 2012

Catatan Perjalan 2


Perjalanan 2: Kejohanan KFC-19th Merdeka Day Open Regatta 2012 masih berlangsung masuk hari ke-3 dengan berbaki 2 perjalanan berbaki.
 
Pertandingan berjalan lancar dengan keadaan angin dan ombak yang baik dan kadang-kadang mencabar tahap kemabukan coach terutama untuk hari semalam dengan ombak yang menenggelamkan bot Optimist ketika berada di bawah ombak.

Kedudukan pelayar Terengganu selepas 7 pertandingan berakhirnya hari ke-2 dengan 1 discard dibenarkan untuk kejohanan ini:
  1. Int 420: 2nd (Solehuddin dan fathuddin) di belakang Faizal dan Kiki - Kebangsaan, 3rd pelayar Negerei Sembilan
  2. Laser Standard: Azri ke-3 di belakang Nizam yang tak tercabar oleh group Laser dan juga Farhan si Moon dar Johor. Azri belayar pada kejohanan ini dengan masalah bot yang agak ketara berat dan penuh air.
  3. Laser Radial: Kumat menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan apabla memberikan saingan kepada pelayar-pelayar kebangsaan dan bekas (1st -Rufina, 2nd - Farhan dan 3rd - Amirah). Mustaqiim pula hanya berpuashati dengan kedudukan ke-5 dengan keputusan agak kurang memuaskan booking 5 dan 6 pada kebanyakan perlumbaan
  4. Optimist: 
    1. Izzuddin menunjukkan sedikit peningkatan apabila berjaya berada di aats sedikit dari pertengahan fleet dengan fleet B berada pada kedudukan ke-4.
    2. Nuur fatin Solehah menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan pada hari pertama dan semalam juga agak baik dengan sedikit merosot pada perlumbaan terakhirnya, merupakan kejohanan ke-2 luar negeri Terengganu selepas kejohanan MSSM
  5. Laser 4.7: Asri juga menunjukkan prestasi yang memuaskan bagi acara ini yang merupakan kejohanan yang pertama baginya terutama beraksi semasa angin melebihi 10kts. Cuma prestasi semasa angin perlahan sedikit merosot.
Hari terakhir hari iniAhad masih lagi AP dinaikkan kerana ketiadaan angin




No comments:

Post a Comment