Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Thursday, September 13, 2012

Merdeka Day Regatta 2012: Catatan Perjalanan 1

Update: beberapa gambar semasa...
Pasukan perahu layar buat masa sekarang sedang  berada di Kota Kinabalu untuk Kejohanan KFC-Merdeka Day Open Regatta 2012. Senarai peserta adalah mengikut seperti mana yang telah dipaparkan pada posting lalu, Syukur Pasir dan Kumat yang pada awalnya tidak dapat bersama pasukan telah berada di KK akhirnya.

Atlet telah menerima bot masing-masing kecuali Azri masih belum menerima botnya lagi (bot dari TLDM). Persiapan asas bot baru shj dilakukan. Kelemahan persiapan menyediakan peralatan yang dilewatkan dan tidak mengikut jadual menyebabkan beberapa perkara tidak dapat dilakukan dengan lancar.

Coretan perjalan ke Sabah:
  1. Isnin dan Selasa (10 & 11hb) Hanya Laser 4.7 dan Optimist melakukan persiapan bot pada hari Isnin. Tak boleh nak secured semua peralatan kena tunggu hingga Selasa.
  2. Selasa 18++ pergerakan ke LCCT bermula dari MSNT:
    1. Singgah Pulau Duyong ambil Fatin
    2. Singgah Dungun ambil En Rosdi
    3. Berhenti makan di Paka, Dungun
    4. Singgah sebentar hari ini dalam sejarah tak semena-mena seekor ular sawa (besar gila untuk kategori anak ular) berehat ditengkok coach di dalam bas. Tak caya nih hah videonya kat dalam fb.
    5. Singgah UMP utk ambil Mustaqiim dan terakhir sekali setelah berehat sebentar di Hentian Karak, perjalanan diteruskan dengan stop terakhir di hentian Rehat Dengkil
  3. Rabu pagi selepas berehat, mandi dan solat Subuh di R&R Dengkil akhirnya perjalan dengan bas berjaya dengan selamatnya sampai ke LCCT.
  4. Penerbangan mengikut jadual dengan sedikit lewat hampir-hampir jam 1000am ke KKIA Terminal 2. Perjalan ke tempat penginapan disediakan oleh pihak penganjur. Thank Pak Yusop dan Untie Chin-Chin datang menjemput kitarang kat airport.
  5. Sekitar jam 1330 setelah berehat sebentar ke kelab KYC (Kinabalu Yacht Club), singgah sebentar di Medan Selera Tg Aru untuk makan tengahari. Semua bot berjaya dapat kecuali Azri
Sekian laporan awal1: 12hb September 2012



No comments:

Post a Comment