Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi aktiviti pelayaran negeri Terengganu dan juga melibatkan anak Terengganu.
- Kejohanan Kelayakan Asian bagi Monsoon Cup masih berlangsung untuk hari ke-3 dan mereka sudah menghabiskan 1 match untuk semi final. Laporan ringkas hanya akan menerangkan berkenaan dengan acara final sahaja. pasukan Hazwan hazim dari Perak yang menarik diri dari meneruskan saingan sebagai pemenang tempat kedua MMRC juga menyuramkan semangat untuk mengikut secara dekat acara ini.
- Pada hujung minggu ini bermula hari ini acara Pameran dan demontrasi bot telah diadakan di daerah Dungun setelah ianya ditangguhkan pada minggu lepas. Untuk acara ini dikendalikan sepenuhnya oleh group pusat latihan daerah Dungun dengan dibantu oleh pelayar Solehuddin dan Fathuddin. Coach Hamdan Yahaya juga dikhabarkan turut serta. Saya akan cuba mendapatkan butiran daripada mereka apabila berkesempatan nanti. Khabarnya seramai 60 peserta mengambil bahagian dalam acara ini. Keadaan angin juga dikhabarkan baik sekitar 6-10kts. Juga . Ketika post ini sedang ditulis mereka sedang sibuk dengan BBQnya selamat menjamu selera dan besok kita berharap semuanya berjalan lancar.
- Sementara itu pihak jurulatih-jurulatih (coach Rani, Nurul Ain dan Saifullah) termasuk Cikgu Othman, Cikgu Rashid dan Cikgu Hazman berkampun di Langkawi juga mulai hari ini untuk Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat. Kursus ini merupakan kursus yang pertama diadakan di dalam negara. Kursus ini mendapat pengiktirafan daripada ISAF dan setiap peserta akan diberi dengan lesen untuk mengendalikan Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat. Beberapa gambar menarik dipaparkan:
Aksi-aksi di air pulak pada hari pertama kursus
No comments:
Post a Comment