Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Monday, October 10, 2011

BERITA MONSOON 9

Berita monsoon bagi kejohanan MMRC (Malaysian Match Racing Championship) melabuh sauh pada hari ini.
Menyambung pertandingan sepatuh akhir berlangsung sengit dalam keadaan angin sangat perlahan dan tidak menentu pada awal pagi.
Pertandingan separuh akhir yang sengit berakhir dengan kemenangan tipis 2 pasukan, Jeremy ke atas Masyuri dan Hazim ke atas Romzi kedua-dua pertembungan berakhir dengan 3-2.
pada penentuan tempat ke-3 dan ke-4. Romzi tewas tipis kepada Masyuri untuk tempat ke-3 kepada Masyuri dan Romzi ke-4. 
Sebelum itu 'Our coach Team" Ain menyingkir "Super Coach" Zaidi untuk tempat ke-5 dan ke-6.
"Mr GM - Afendy" sudah tidak kelihatan di venue mungkin sudah berlepas pulang.

Perlawanan akhir juga berlangsung dengan sengit antara Jeremy dan Hazwan Hazim. Keputusan kejohanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Jeremy dengan Hazim yang terpaksa melakukan penalty pada pertemuan penentuan final ke-5.

Bermakna selain menjuarai kejohanan MMRC ini; Jeremy akan mewakili Malaysia pada kejohanan berprestij penutup tirai World Match Racing Tour (WMRT) pada Nov 22 hingga Nov 27 nanti. Manakala Hazwan Hazim masih lagi berpeluang untuk ke WMRT pada kelayakan asia yang berlangsung selepas ini.

Apa-apa pun syabas diucapkan kepada "Our Coach Team" walaupun gagal mencapai sasaran mara ke separuh akhir sekurang-kurangnya mereka sudah mencuba yang terbaik mungkin. "Apa-apa pun nasihat saya mereka sepatutnya berlatih sebagai 1 pasukan lebih awal dan bukannya pada saat-saat terakhir membentuk pasukan" melainkan kalau sudah biasa bermain dengannya. Cuba lagi tahun depan.

Keputusan-keputusan peringkat separuh akhir dan akhir:

Semi Final 1
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Jeremy
1
0
0
1
1
3
Masyuri
0
1
1
0
0
2
Semi Final 2
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Hazim
0
1
1
0
1
3
Romzi
1
0
0
1
0
2


5th-7th
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Ain
1
1



2
Zaidi
0
0



0

Petit Final
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
Masyuri
1
0
1


2
Romzi
0
1
0


1

FINAL
Match 1
Match 2
Match 3
Match 4
Match 5
Points
JEREMY
1
0
0
1
1
3
HAZIM
0
1
1
0
0
2

No comments:

Post a Comment