Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Saturday, October 8, 2011

BERITA MONSOON 6

Kejohanan Kelayakan Malaysia untuk Piala Monsoon di kejohanan Malaysia Match Racing Championship (MMRC) bermula pada hari ini dalam keadaan cuaca yang agak baik walaupun berlumba dengan angin yang tidak menentu yang sudah mejadi kebiasaan bagi venue di Pulau Duyong ini. Average angin sekitar 5-7kts sahaja tetapi sudah cukup bagi pelayar-pelayar bersaing merebut piala MMRC dan juga merebut slot ke kejohanan Mosoon cup WMRC

Sebayak 5 flight telah berjaya di tamat dengan "Mat Bond" Masyuri melakukan kejutan mengungguli 5 flight  menang 4 dan kalah kepada team Jeremy. Manakala Jeremy dan team Romzi (UPM) berada di tempat kedua dengan juga hanya kalah 1 flight tetapi kedua mereka bye 1 flight hanya bertarung di 4 flight berbanding Mat bond yang dah bertanding di 5 flight dan hanya 1 flight berbaki pada pusingan pertama ini menentang Mr Afendy (Kedah). Team Hazim pula tewas pada 2 flight dan menang 2 flight; manakala team Super Coach Zaidi pula di tempat ke-5 di belakang Hazim dengan 2 kemenangan dan 3 x kalaha. Our coach team (Ain-Riyaz) tewas  pada 3 flight (1 flight bye) dan hanya memenangi flight bertemu dengan team Mr GM-Kedah di tempat ke-6, bermakna team Mr Afendy masih memburu kemenangan pertama berbaki 2 lagi flight untuk round robin pusingan pertama sebelum mereka meneruskan round robin pusingan yang akan diteruskan sebaik tamat pusingan pertama.

Komen dari "our coach team" mereka mampu untuk memenangi atas beberapa pasukan malah telah mendahului pada laluan awal tetapi sedikit kesilapan  semasa last leg menyebabkan kalah tipis pada jarak yang kurang dari 10 saat. Mereka berazam untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan semalam dan melakukan yang terbaik walaupun sedar bakal berhadapan dengan pasukan yang agak kuat pada baki 2 flight pusingan pertama pada hari ini. Harapan masih lagi ada untuk mencapai sasaran layak ke peringkat separuh dengan beraksi sebaik mungkin terutamanya pada pusingan kedua round robin nanti....kita nantiii........

Saya akan cuba mendapatkan carta kedudukan round robin mereka bila berkesempatan, maklumlah agak sibuk pada setiap hujung minggu melayan anak-anak Terengganu untuk program penyediaan atlet SUKMA dan juga program tunas harapan. Semalam mereka berkesempatan untuk menjalani latihan di luar muara untuk keadaan berombak. Juga semalam juga sesi pertama berjaya diadakan untuk sesi bersama mental trainer/psikologis setelah menunggu dari awal tahun....so agak sibuk ma..

No comments:

Post a Comment