Wow sehari dua ni glamourlah kita punya coach, keluar kat TV dan surat khabar ari-ari.....
Berikut adalah petikan dari Harian Metro..:
SELEPAS dua tahun menyepi, Nurul Ain Md Isa kembali menyertai Kejohanan Lumba Kapal Layar Satu Lawan Satu Kebangsaan (MMRC) di Pulau Duyong, Kuala Terengganu bermula Jumaat ini.
Juara MMRC tahun 2008 itu berkata, masanya sudah tiba untuk dia aktif semula dalam sukan lumba kapal layar yang diceburinya sejak berusia 11 tahun.
“Selepas mewakili negara di Kejohanan Piala Monsun pada 2008, saya kembali menyambung pelajaran sebelum terbabit dengan perniagaan keluarga di Lumut, Perak.
“Namun, darah pelayar mengalir deras dalam tubuh ini dan saya tidak dapat menahan desakan hati untuk kembali mencuba nasib mendapat tempat dalam Kejohanan Piala Monsun tahun ini,” katanya.
Pelayar berusia 26 tahun yang memenangi MMRC edisi 2008 bersama Pasukan Pelayaran Perak itu berkata, dia kini mempunyai pasukan baru di samping azam tinggi untuk terus mencipta kejayaan.
“Saya akan mengetuai pasukan Terengganu iaitu Pasukan Pelayaran Ri-Yaz Heritage yang berpangkalan di Pulau Duyong.
“Kalau dulu saya tertekan dengan perasaan rendah diri semasa bertanding dalam sirkit terakhir Jelajah Lumba Kapal Layar Satu Lawan Satu Dunia (WMRT), kini saya lebih yakin dengan kebolehan diri saya sendiri,” katanya.
Menurut anak kelahiran Perak itu, pengalaman berlumba dengan pelayar bertaraf dunia seperti Peter Gilmour yang juga juara Piala Monsun 2008 dan naib juara, Adam Minoprio amat berharga buatnya.
“Saya mengaku terlalu menghormati pelumba ternama seperti Ian
Williams, Paolo Cian, Ben Ainslie dan Sebastien Col sehingga gagal
memenangi sebarang perlumbaan serta menduduki tempat terakhir dalam
pertandingan 12 pasukan itu.
“Sekiranya kami berjaya menjuarai MMRC dan layak ke Piala Monsun lagi, saya yakin akan dapat memberi saingan lebih sempurna dan sekurang-kurangnya dapat memenangi satu atau dua perlumbaan di peringkat awal,” katanya.
Namun, dia mengaku tugas berat menanti pasukannya kerana juara bertahan, Jeremy Koo dan johan 2009, Hazwan Hazim Dermawan, turut mengambil bahagian dalam pertandingan empat hari itu.
“Berbanding pasukan mereka, kru saya, Mohd Fairuz Mat Daud, Mohd Izzaq Amir dan Abdul Rahim Mohd Zan kurang pengalaman kerana sebelum ini mereka cuma bertanding dalam Kejohahanan Piala Warisan saja.
“Hanya Mohd Saifullah Mohd Esa yang mempunyai lebih pengalaman selepas bersama pasukan Tiffany Koo dalam kejohanan MMRC tahun lalu apabila mereka berjaya menjadi naib johan selepas tewas kepada Jeremy dalam perlumbaan akhir,” katanya.

Glamor-glamor juga bajunya mana?
ReplyDeletealah...nnt la habis dlu...yg pnting statment yg paling ast skali paling sedap dengar 2..hahahaha
ReplyDelete