Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, October 9, 2011

BERITA MONSOON 7

Semalam hari kedua kejohanan MMRC tidak banyak aksi dapat dipertontonkan dalam keadaan angin yang sangat perlahan dan tidak menentu menyebabkan beberapa pertandingan yang sedang berlangsung terpaksa dibatalkan dan melalui beberapa permulaan semula.

Walaupun begitu kesemua baki flight untuk 1st round pertandingan secara round robin berjaya dijalankan

Tahniah kepada peserta yang setia menunggu di air terutama pada sebelah petang dengan ketiadaan angin dan juga perubahan angin yang begitu besar hinggakan penanda windward menjadi leeward; juga kepada group race official yang setia dengan 'keunikan" angin Pulau Duyung.

"Our coach team - Ain dan Pok Lah sekali lagi tidak mampu untuk memenangi lawan mereka pada hari ini ke atas lawan yang mempunyai ahli pasukan pelayar berpengalaman. Walaupun memberikan cabaran yang begitu sengit terutamanya ke atas pasukan Romzi-UPM, sedikit kesilapan menyebabkan mereka tewas hanya dengan kira-kira 17saat sahaja melintasi garisan penamat.

Berakhir pusingan pertama round robin - "Mat Bond" Masyuri - MAF 2 dan pasukan Romzi-UPM berkongsi kedudukan teratas dengan masing-masing menang 5 dan kalah 1. Pasukan Jeremy - KRT dan Hazim - Permai Hotel Perak pula masing-masing dengan 4 kemenangan dan kalah 2. Diikuti dengan "Super Coach" Zaidi - MAF 1 dengan 2 kemenangan dan kalah 4. "Our Coach Team" pula berbekal 1 kemenangan sahaja untuk ke pusingan round robin ke-2 yang berjaya dijalankan separuh pada flight 1 semalam. Manakala pasukan Mr Gm-Afendy - Kedah masih memburu kemenangan sulung pada pusingan kedua nanti.

Kedudukan carta pusingan pertama round robin adalah seperti berikut:


ROMZI
MAT BOND MASYURI
JEREMY
HAZIM
ZAIDI
NURUL AIN
MR GM -AFENDY
WINS
LOSES
ROMZI

0
1
1
1
1
1
5
1
MAT BOND MASYURI
1

0
1
1
1
1
5
1
JEREMY KRT
0
1

0
1
1
1
4
2
HAZIM
0
0
1

1
1
1
4
2
ZAIDI
0
0
0
0

1
1
2
4
NURUL AIN
0
0
0
0
0

1
1
5
MR GM -AFENDY
0
0
0
0
0
0

0
5

Selamat berjaya kepada semua untuk pertandingan seterusnya kepada semua terutama kepada Ain & Pok Lah.


No comments:

Post a Comment