Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Sunday, October 9, 2011

BERITA MONSOON 8

Hari ini hari ke-3 pertandingan kejohanan MMRC 2011 telah berjaya dijalankan dengan lebih baik dengan keadaan angin yang lebih konsisten sekitar 7-8kts tetapi masih dengan patches gust dan perbezaan angin yang agak ketara.

Akhirnya "our coach team" menemui sentuhan kemenangan pada hari ini tetapi sayangnya sedikit lambat panas dengan 2 kekalahan awal kepada Jeremy dan kepada Mr GM berjaya membangunkan mereka untuk kemenangan berturut-turut ke atas team Mat Bond dan Super coach Zaidi sebelum mengejutkan pasukan Romzi dengan kemenangan ketiga mereka sebelum menutup tirai pusingan ke-2 kelayakan round robin ke-2 dengan kekalahan kepada pasukan Hazim. Sayangnya prestasi yang lebih baik pada pusinganke-2 ini belum mampu untuk mereka mencapai sasaran layak ke peringkat separuh akhir dengan jumlah pungutan 4 mata hanya berada di tempat ke-5, 3 mata tewas kepada Romzi di tempat ke-4.

Keputusan round robin pada hari ini agak mengejutkan jika dibanding dengan pusingan round robin pertama tetapi tidaklah begitu menghairankan jika dilihat dari segi kekuatan pasukan yang bertanding dengan ulasan:
  1. Jeremy seperti katanya tidak merasa tergugat atau bimbang dengan keputusan pusingan pertama berjaya melakukan perfect bullet dengan 6 kemenangan. Jumlah mata berjaya dipungut 10mata sudah cukup untuk membolehkan mereka berada pada ranking pertama dan mempunyai kelebihan memilih lawan pada peringkat separuh akhir; setelah berperah otak memikirkan lawan yang akan ditemui mereka, mereka lebih selesa memilih Mat Bond yang berada pada ranking ke-3 dan bukannya Romzi yang berada pada ranking ke-4.
  2. Begitu juga dengan Hazwan Hazim berjaya menemui sentuhannya semula setelah sedikit yoyo pada pusingan pertama dengan hanya kecundang 1 flight kepada Jeremy. Dengan jumlah mata keseluruhan 9 mata membolehkan mereka berada pada tangga ke-2 ranking dan terpaksa bertemu dengan pasukan Romzi UPM pada peringkat separuh akhir.
  3. Mat Bond tidak beraksi baik pada pusingan ke-2 dengan kekalahan 3 flight termasuk kepada Nurul Ain tidak menggugat kedudukan mereka untuk ke pusingan separuh akhir, kemenangan kepada Romzi memberikan sedikit kekuatan kepada mereka untuk menentang pasukan yang akan ditemui pada peringkat separuh akhir iaitu pasukan Jeremy. Dengan kutipan 8 mata mereka berada pada ranking ke-3 dengan kelebihan 1 mata berbanding dengan Romzi.
  4. Aksi tidak menjadi pasukan UPM Romzi pada hari ini dengan hanya 2 kemenangan ke atas Mr Afendy dan Super Coach Zaidi. Walaupun begitu prestasi cemerlang pada pusingan 1 semalam berjaya membawa mereka ke peringkat separuh akhir dengan 7 mata kemenangan dan akan bertemu dengan pasukan Hazim pada peringkat separuh akhir
  5. Super Coach gagal menemui sentuhan ajaibnya pada kejohanan kali ini..dengan hanya satu kemenangan pada pusingan kedua mereka berada pada kedudukan ke-6 di belakang pasukan "our coach team" Ain besok untuk menentukan kedudukan ke-5 dan ke-6
  6. Akhir sekali pasukan Mr GM Afendy berjaya juga akhirnya menemui kemenangan sulong dan mangsanya adalah "our coach team" Ain...hehehh apa dah jadi Ain?
Carta kedudukan pada peringkat pusingan round robin ke-2 dan jumlah pungutan mata:


Jeremy
Hazim
Masyuri
Romzi
Nurul Ain
Zaidi
Afendy
WINS
LOSES
Mata
Jeremy

1
1
1
1
1
1
6
0
10
Hazim
0

1
1
1
1
1
5
1
9
Masyuri
0
0

1
0
1
1
3
3
8
Romzi
0
0
0

0
1
1
2
4
7
Nurul Ain
0
0
1
1

1
0
3
3
4
Zaidi
0
0
0
0
0

1
1
5
3
Afendy
0
0
0
0
1
0

1
5
1

Peringkat separuh akhir berjalan dengan 4 pasukan terbaik tadi bertembung secara timbal balik untuk mendapat best 2 dari 3 flight. Seperti dinyatakan pasukan Jeremy memilih pasukan Mat Bond pada peringkat separuh akhir dan telah memenangi pertemuan flight pertama pada hari ini. Manakala pasukan Romzi melakukan kejutan memenangi flight pertama ke atas pasukan Hazim pada flight 1 separuh akhir pada hari ini. Baki 2 flight separuh akhir akan disambung besok.

Bersambung esok.....

No comments:

Post a Comment