Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Tuesday, September 25, 2012

updatekan penyertaan Anda

Kepada pelayar-pelayar dari Terengganu samada bekas pelaayar ataupun atlet sedia ada sila confirmkan penyertaan anda untuk Kejohanan Terengganu Monsoon yang akan berlangsung pada 8-11hb November ini. Ini kerana akan memudahkan pengurusan bot dan peralatan. Juga sekiranya anda berminat untuk menjadi pembantu teknikal/pegawaiperlumbaan pada kejohanan ini sila juga pastikan menghantar nama anda kepada pihak pengurusan TESA ataupun jurulatih negeri dalam kadar segera kerana finalised pegawa-pegawai kejohanan akan dikeluarkan dalam kadar segera.

Dalam masa yang sama Terengganu Sailing juga ingin mengambil kesempatan menjemput semua warga pelayaran untuk turut sama menyertai kejohanan ini. Format pertandingan adalah sama seperti tahun lepas cuma hadaiah wang tunainya mungkin sedikit akan di...............tambah tak banyaklah ckit aje. Termasuk juga untuk pasukan terbaik kita menawarkan hadiah berupa wang tunai dan piala pusingan.

Buat masa ini dari segi penyertaannya hanya Sabah sahaja yang telah membuat booking bot dan penyertaan, itupun hanya melalui talipon dan juga coach Balok telah book 2 buah bot Int 420. Buat masa sekarang Laser hanya tinggal 3 buah itupun kurang memuaskan kondisinya dan Int 420 tinggal 3 buah sahaja dan setakat ini secara tak resminya 3 bpenyertaan (MYA x 2+ Terengganu).

Windsurf board juga kemungkinan ada 1 buah tetapi seperti biasa kami hanya boleh board sahaja lain-lain kena bawa sendirilah...harga boleh dirunding.

No comments:

Post a Comment