Blog aktiviti dan info pelayaran di Terengganu

Blog ini adalah blog peribadi yang memuatkan hal-hal berkaitan dengan aktiviti-aktiviti, maklumat-maklumat dan perkara yang berkaitan dengan sukan pelayaran untuk negeri Terengganu terutamanya melibatkan diri penulis dan juga pelayar-pelayar negeri Terengganu. Tidak mewakili sebarang badan, persatuan, kelab ataupun kelas bot.

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

TEAM PERAHU LAYAR SUKMA TERENGGANU 2012

Friday, September 21, 2012

Latihan Minggu ke-3 September

Aktiviti pelayaran negeri Terengganu bagi bulan September agak rancak.

Minggu ini sahaja 3 acara berbeza telah berlangsung.

Latihan kepada pelayar-pelayar tunas berjalan dengan lancar walaupun kedatangan sedikit merosot dengan ketidakhadiran beberapa pelayar yang nampaknya seolah-olah sudah mengundur diri. Berbaki dengan kira-kira 15 orang sahaja bagi daerah Kuala Terengganu sudah dikira baik. Apa yang dibanggakan dengan kehadiran mereka yang begitu mengujakan sekali dengan semangat tinggi untuk main air walaupun tanpa kehadiran coach Pok Lahnya. Latihan diteruskan juga pada hari Selasa under coach Rani walaupun masih kepenatan sebaik sampai dari Kota Kinabalu dan perjalanan panjang melebihi 12 jam dari LCCT ke Terengganu. Latihan untuk pelayar baru ini juga diadkan pada Hari Khamis. Thank kepada Asri, Awi, Izzuddin dan beberapa senior tunas yang membantu latihan termasuk latihan di air. Pasukan juga telah berjaya menyiapkan 7 buah bot Optimist termasuk bot-bot yang terbengkalai. Bagaimana latihan bagi pusat latihan daerah lain....???

Hari Jumaat dan Sabtu ini hanya dihadkan kepada pelayar senior tunas dan pelayar SUKMA sahaja dengan kehadiran hanya kelas Optimsit sahaja (Tak termasuk Ali). Tahniah dengan kehadiran semula  Al-Auyoma, bersama dengan Safares, Omar, Hakimi dan tak ketinggalan si Syawal. Kesihan Ayouma dan Syawal baru aje joint balik dah kena belasah dengan uncle Rani. 12 rounds kena hari ini mau juga 2.5km jumlah larian kena hari ini. Sekali lagi baki 2 bot Optimist berjaya di lancarkan ke air menjadikan 09 buah bot Optimist berjaya berada di air. Sekali lagi Asri terutamanya, dengan bantuan Awi, Latif dan Izzuddin telah berjaya merealisasikan semua bot Optimist berada di air. Latihan pada 2 hari ini juga adalah untuk pemilihan atlet bagi kejohanan di Johor pada minggu hadapan

Pada masa yang sama aktiviti pelayaran juga diadakan di pusat latihan Setiu di bawah kendalian coach Pok Lah bersama-sama dengan pelayar-pelayar Setiu dan En Rosdi. Ada gambar-gambar menarik??? Updatekan..Coach Pok Lah ada access untuk blog ini.


No comments:

Post a Comment