Salam
Hari ini telah masuk hari kedua kejohanan pada kejohanan KFC-Felda Johor Open Regatta 2012. Kembara pasukan Terengganu agak menarik juga dengan beberapa perkara-perkara yang agak mencabar bagi mereka;
Jumaat: Sekitar jam 0630am kembara Johor memasuki hari kedua kembara ataupun hari pertama di Tg Leman ini. Hari ini telah masuk hari kedua kejohanan pada kejohanan KFC-Felda Johor Open Regatta 2012. Kembara pasukan Terengganu agak menarik juga dengan beberapa perkara-perkara yang agak mencabar bagi mereka;
- Khamis27hb September:
- Bermula dengan terpaksa menukar lori dari lori sedia ada atas sebab-sebab teknikal pengurusan yang tak dapat dielakkan menyebabkan perancangan untuk bergerak pada awal pagi Khamis tidak berjalan lancar.
- Jam 1130am lori yang telah diload lewat petang semalam sampai ke Riyaz dan bot diturunkan oleh atlet dan menunggu untuk lori baru
- Jam 1230tghari lori baru sampai dan naikkan bot, kesian atlet-atlet kecik.... tetapi terpaksa tunjuk garang ckit baru kerja jalan.....Tapi taklah teruk sangat abang lori ada.
- Jam 1330 selesai dan atlet sembahyang dahulu sebelum memulakan perjalanan
- Perjalanan panjang ke Johor bermula sudah dengan 2 kenderaan; 1 x van Majlis Daerah Kemaman dan terpaksa coach korbankan kereta Avanza yang mempunyai masalah aircond. Singgah di Dungun mengambil En Rusdi dan berhenti makan tengahari di Dungun depan Hospital...(apalah kereta-kereta kat Dungun ni...ambulan sikitnya kuat melalak nak keluar dari hospital buat bodoh aje....bukan orang Dungun tu, orang luar...sure punya).
- Sekitar jam 6pm lebih berhenti kat area Gebeng kot (depan shell) ambil layar windsurf untuk pasukan MYA yang tertinggal dari Usop Pahang.
- Jam 7pm hampir jam 8pm singgah sembahyang dan makan malam kat Nenasi
- Jam 1230 malam akhirnya sampai kawasan pertandingan di Tg Leman setelah melalui perjalanan yang bagaikan ular kena palu juga selepas melepasi bandar Mersing
- Jam 0130pagi hari Jumaat. Selepas turunkan bot (lori kena balik) check-in bilik mula-mula berangan ke Felda residence tetapi kemudian ke bangunan hostel yang baru dan dan dan kitalah orang penghuni pertama dorm tersebut okey lah juga ada aircond dan berkipas lagi tu..dan bilik airnya juga berada dalam satu dorm. Ada 10 katil double decker kot dalam 1 bilik dan kita pasukan terakhir menginap 1 dorm tu kita punyalah.
- Selepas solat dan beratur pagi atlet terus ke venue untuk melakukan persiapan bot. Begitu bersemangat sekali walaupun masih belum pulih sepenuhnya dari perjalanan jauh mereka tekun melakukan bot rig hinggakan 3- 4 kali kena suruh berhenti dulu untuk sarapan pagi.
- Manager juga sibuk dengan urusan pendaftaran dan sebagainya.
- Taklimat kepada pelayar oleh pihak pengelola dilakukan pada jam 1030am dengan keadaan agak ok pada awalnya kemudiaannya bertukar sedikit baik dari suasana pasar malam P. Duyong. Dapati pada kejohanan ini Sailing Instructionnya paling banyak dibuat silap dan tidak begitu diambil berat oleh juri yang dilantik untuk pembetulan ayat-ayat yang boleh mengelirukan dan mencetus suasana yang tidak begitu baik.
- Atlet diberi makan tengahari dan seterusnya bergerak untuk solat Jumaat yang dikatakan jauh oleh sangat oleh Coach pok lah adalah kira-kira 55-50=5minit dengan kereta.
- Pelayar turun ke laut untuk pertandingan pertama dengan hanya 1 pertandingan sahaja yang dapat dijalankan dalam keadaan angin sangat perlahan pada awalnya sebelum awan hujan melintasi gelanggang dengan gust yang agak kuat dan mengubah arah angin menjadi tak menentu dan terus drop di bawah 2kts selepas awan berlalu. Hanya 1 pertandingan sahaja yang dapat dijalankan dengan juga race maraton utk 420 terpaksa diberi shorten course.
- Pertandingan diberi postponment dan ditangguh esok sekitar jam 1645pm pelayar balik ke darat
- Taklimat malam pada jam 2015mlm dengan perbincangan prestasi atlet vs sasaran. Keputusan 1 perlumbaan hari ini
- Asri tempat pertama bagi Laser 4.7 Boys
- Opti: Ali di tempat ke-6 dan ke-2 division
- Izzuddin ke-21 dan ke-7 Division B
- Latif ke-23 dan ke-9 Division
- Asmawi ke24 dan ke-10 Division B
- Omar ke-34 dan ke-15 Division
- Fatiin ke-42 dan ke-19 Division
- Manakala Hakimi dan Safares tidak berjaya menamatkan pertandingan bersama 35 peserta lain setelah angin mati dan mereka ketinggalan agak jauh dari top fleet
No comments:
Post a Comment